17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Persatuan Ulama Malaysia (PUM) melahirkan rasa kesal terhadap penganjuran seminar pemikiran tokoh kontroversi Kassim Ahmad yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya hari minggu lalu.
NGO itu menganggap sikap itu tidak sensitif dan berbeza sekali degan sikap terhadap penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di negara ini.
“Tetapi masih ada pihak yang ingin menjadi juara menentang hadis; bahkan ia datang dari institusi perdana.
“Sungguh pelik,” Setiausaha Agung PUM Prof Madya Dr Mohd Roslan Mohd Nor dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily semalam.
Kassim semalam antaranya mengkritik “kasta paderi” yang dipanggil ulama, pendewaan terhadap Nabi Muhammad dan berkata rambut bukan aurat wanita.
Roslan berkata, PUM menerima aduan yang menyatakan tiada wakil daripada bidang agama mahu pun ulama yang hadir untuk membetulkan “penyelewengan tafsiran” dalam seminar itu.
Harakahdaily juga menyebut, aduan itu juga melaporkan, masing-masing bersetuju bahawa hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim tidak autentik, malah mempertikaikan keabsahan hadis dan mengatakan ia tidak boleh dijadikan sumber hukum.
Sehubungan itu, Roslan berkata, pihak berkuasa agama di peringkat persekutuan dan Wilayah Persekutuan wajar menegur dan memberi amaran keras ekoran penganjuran acara itu.
Seminar dua hari pada Sabtu dan Ahad itu diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana dan dirasmikan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Malaysiakini/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan