13 February 2014

Kerjaya Adenan Penuh Warna Warni

13 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
Adenan bakal menjadi Ketua Menteri Sarawak yang kelima, menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kanan).
KUCHING: Bakal Ketua Menteri Sarawak yang kelima, Tan Sri Adenan Satem, memiliki kerjaya yang penuh warna warni.
Beliau memulakan kerjayanya sebagai wartawan dengan Sarawak Tribune, yang sudah dibubarkan, dan menjadi guru sekolah sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Adelaide di Australia.
Selepas tamat pengajiannya, Adenan berkhidmat sebagai majistret di Kuching selama tiga tahun bermula pada 1970 sebelum mengambil alih jawatan penasihat undang-undang bagi hal ehwal petroleum di Kementerian Perusahaan Utama dari 1972 hingga 1974.
Kerjaya politik beliau bermula apabila dipilih bertanding kerusi Dewan UndanganNegeri Muara Tuang pada pilihan raya kecil 1979, yang menyaksikannya menewaskanRazali Sabang (PAJAR) dengan majoriti 2,797 undi.

Beliau mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri ketiga Sarawak padaSeptember 1979 dengan menewaskan calon PAJAR Bujang Ali Nor dengan majoriti 3,422 undi.
Dalam pilihan raya negeri keempat pada Disember 1983, Adenan mempertahankan kerusi Muara Tuang buat penggal kedua apabila mengalahkan Abang Ibrahim Abang Othman (Bebas) dengan majoriti 3,696 undi, dan sekali lagi memenanginya dalam pilihan raya negeri pada April 1987.
Dalam pilihan raya negeri keenam pada September 1991, beliau mengulangikejayaannya mempertahankan kerusi itu dengan majoriti 8,272 undi dan sekali lagimemenanginya tanpa bertanding dalam pilihan raya negeri ketujuh pada September1996.
Dalam pilihan raya negeri kelapan pada September 2001, Adenan mempertahankan Muara Tuang bagi penggal keenam apabila menewaskan Suhaili Hamid (Bebas) dengan majoriti 9,708 undi.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-11 pada Mac 2004, Adenan memenangi kerusi Batang Sadong apabila mengalahkan calon PAS Adam Ahid dengan majoriti 9,731 undi.
Dalam pilihan raya negeri kesembilan pada Mei 2006, Adenan berpindah dari Muara Tuang untuk bertanding di kerusi Tanjung Datu dan berjaya menewaskan calon PKR Sobey Daud dengan majoriti 4,136 undi.
Dalam pilihan raya negeri ke-10 pada April 2011, Adenan mempertahankan kerusi Tanjung Datu dengan menewaskan Gilbert Asson ak Kulong (Bebas) apabila memperoleh majoriti 3,216 undi.
Kerjaya beliau dalam kementerian juga meluas dengan dilantik sebagai MenteriMuda Kementerian Pembangunan Tanah Sarawak pada 11 Julai 1985, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak (12 Mac 1987), Menteri Pembangunan Sosial Sarawak (10 Sept 1992), Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sarawak (1 Jan 1998), anggota Kabinet Negeri Sarawak (28 Sept, 2001), Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Persekutuan (30 Mac, 2004), Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak (2April 2010 - 6 Jun 2011) dan Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak (30 Sept 2011hingga sekarang). Adenan, yang berketurunan Melayu Melanau, merupakan ADUN Tanjung Datu dan pernah menjadi Anggota Parlimen Batang Sadong.
Berasal dari Kuching, Adenan kini anggota Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) selain menjadi Ketua Penerangan parti itu.
Dilahirkan pada 27 Jan 1944, beliau mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Jamilah Anu.
Mereka mempunyai dua anak perempuan dan seorang anak lelaki.-BERNAMA

No comments: