21 Februari 2014

Ketua mafia Itali dibicara untuk diekstradisi di UK

21 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
LONDON: Seorang ketua mafia Itali yang ditahan di Lodon selepas lebih dua dekad menyembunyikan diri, hari ini bakal mengetahui nasibnya bagi menghalang daripada dihantar ke tanah airnya untuk pendakwaan. 

Pihak berkuasa Itali mahu Domenico Rancadore menjalani hukuman tujuh tahun penjara sekiranya didapati bersalah kerana terbabit dalam jenayah mafia di Sicily. Polis Itali juga mendakwa Rancadore turut terbabit dalam jenayah ugut dan pengedaran dadah. 


Pada hari pertama untuk dua hari perbicaraan di Mahkamah Majistret Westminster London, Rancadore hari ini mendakwa beliau datang ke Britain kerana kekayaan keluarganya. 

Berusia 64 tahun, Rancadore memberitahu mahkamah beliau berhijrah ke London untuk memastikan kehidupan yang lebih baik buat keluarganya, selain keselamatannya tidak terjamin di Itali. 

Dikenali sebagai “The Professor” di kalangan mafia, Rancadore adalah dalam senarai penjenayah paling merbahaya di Rom. 
Beliau tinggal di kediaman mewah di pinggir barat Bandaraya London dengan memakai nama sebagai Marc Skinner bersama isteri warga UK dan dua anak. 

Beliau ditahan 7 Ogos tahun lalu menerusi waran Eropah. 

Rancadore memberitahu mahkamah: "Saya sudah menukar nama saya, menukar kehidupan saya. Saya tidak mahu kembali ke Itali." 


- AFP

Tiada ulasan: