20 Februari 2014

Seorang maut, dua selamat kenderaan terhumban dalam laut

20 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KOTA KINABALU: Seorang maut, dua lagi selamat selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam laut di Tanjung Lipat, di sini, jam 1.30 pagi tadi. 


Difahamkan, kenderaan dinaiki mangsa dalam perjalanan ke Sepanggar dari arah arah bandar raya namun dikatakan hilang kawalan lalu terjunam ke dalam laut. 


Seorang daripada mangsa dikatakan tercampak keluar daripada kenderaan dan jatuh di atas batu sebelum meninggal dunia di tempat kejadian. 

Dua lagi mangsa dipercayai termasuk ke dalam laut bersama kenderaan itu, namun berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing. 

BH

Tiada ulasan: