Kota Bharu: Selepas berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir Piala FA, ketua jurulatih Kelantan, Steve Darby mula membayangkan peluang cerah pasukannya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu.
Kelantan meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas menyingkirkan cabaran PKNS FC di peringkat suku akhir dengan agregat 6-5 dan pengendali The Red Warriors yakin anak didiknya itu tiada masalah besar untuk mengekalkan mahkota.
Mengulas persembahan pasukannya ketika aksi suku akhir kedua menentang PKNS di Stadium Selayang malam kelmarin, pengendali berusia 59 tahun kelahiran England itu ternyata bangga dengan semangat berpasukan ditunjukkan pemainnya walaupun bermain di tempat lawan.
“Pemain menunjukkan keyakinan tinggi selepas mengharungi beberapa perlawanan dan kini mereka ada peluang cukup baik untuk mempertahankan gelaran. Tapi kami tidak boleh terlalu yakin malah harus lebih berwaspada ketika berdepan FELDA United di separuh akhir.

BH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan