20 Februari 2014

'Arkitek' PAS Batang Lupar meninggal dunia

20 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Batang Lupar, Mohd Parhi Bujang meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi ketika sedang tidur.

Ahllahyarham, 68, (gambar kanan bertopi)merupakan antara ahli PAS terawal di daerah Saribas, Sarawak dan telah menyumbang jasa besar dalam pembangunan PAS di daerah itu.


Yang Dipertua PAS Batang Lupar, Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata, pemergian Mohd Parhi satu kehilangan besar bukan sahaja buat PAS kawasan itu tetapi PAS secara keseluruhannya.

"Bagi pihak PAS Kawasan Batang Lupar, saya ingin mengambil ruang ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga dan waris Allahyarham.

"Di antara jasa besar beliau sepanjang hidupnya di dalam konteks pembangunan PAS di sini adalah mewujudkan cawangan-cawangan PAS di Pusa, Undai dan Rumah Panjang Iban.

"Sehingga kini, PAS bertapak kukuh di Batang Lupar dan mula bertanding di Dun Beting Maro pada tahun 2001, sedikit sebanyak kerana jasa beliau," katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.
(Gambar: Allahyarham berbaju biru ketika mesyuarat persedian korban 2013)
"Kami mengenalinya sebagai rakan yang tahan lasak membawa sesuatu yang asing bagi rakyat di situ.

"Beliau adalah salah satu contoh individu yang berani membawa perubahan dalam keadaan komunitinya masih dengan dogma tradisi," kata beliau.

Harakahdaily

Tiada ulasan: