08 March 2014

Penerbangan MH370 KL - Beijing Terputus Hubungan Dengan Menara Kawalan

6 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -

SEPANG: Malaysia Airlines (MAS) mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang pada pukul 2.40 pagi, Sabtu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MAS, Penerbangan MH370, pesawat B777 -200 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi 8 Mac 2014.
MH370 dijangka mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Penerbangan itu membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal.
Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari pesawat.
Syarikat penerbangan itu akan menyediakan kemas kini perkembangan keadaan.
Sementara itu, orang ramai boleh menghubungi +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

3 comments:

Drs.Khalil Idham Lim (林川興) said...

Maklumat terbaru dr pilot 737. Kesemua krew dan pilot selamat. Pilot berjaya membuat pendaratan kecemasan di china tetapi kawasan masih lg di rahsiakan.

Drs.Khalil Idham Lim (林川興) said...


BERITA
Published: Sabtu Mac 8, 2014 MYT 11:14:00 AM
Updated: Sabtu Mac 8, 2014 MYT 11:18:54 AM
Pesawat Hilang: Laporan Pesawat Mendarat Di Nanning Tidak Betul
Oleh NEVILLE SPYKERMAN


PETALING JAYA: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) mengesahkan laporan yang menyatakan penerbangan MH370 telah membuat pendaratan kecemasan di Nanning, China adalah palsu.

"Kami telah menyemak dengan pusat kawalan dan ia tidak benar," kata Naib Presiden Kawalan Operasi, Fuad Sharuji, Sabtu.

Beliau berkata, dalam laporan hubungan terakhir pada ketinggian 35,000 kaki, kira-kira dua jam selepas berlepas dari KLIA, tiada sebarang panggilan daripada anak kapal atau pemberitahuan dari menara kawalan bahawa mereka mempunyai apa-apa kesukaran.

"Sehingga kini, kita masih tidak mempunyai petunjuk tentang di mana ia berada sekarang" katanya kepada CNN pada pukul 10.45 pagi.

MAS mengadakan satu sidang akhbar pada jam 11 pagi.

Drs.Khalil Idham Lim (林川興) said...


BERITA
Published: Sabtu Mac 8, 2014 MYT 11:34:00 AM
Updated: Sabtu Mac 8, 2014 MYT 11:36:30 AM
Pesawat Hilang: Kerja Mencari Dan Menyelamat Tertumpu Di Laut China Selatan
PETALING JAYA: Kerja-kerja mencari dan menyelamat pesawat MH787 KL - Beijing yang terputus hubungan dengan menara kawalan di Subang, pagi Sabtu akan tertumpu di Laut China Selatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS, Ahmad Jauhari Yahya berkata kali terakhir penerbangan MH370 berhubung dengan menara kawalan adalah pada posisi 120 batu nautika dari Kota Bharu, merentasi Laut China Selatan.

"Ia merupakan kawasan sempadan laut Malaysia - Vietnam," katanya pada sidang media, Sabtu.

Beliau berkata, kerjasama akan dilakukan dengan pihak berkuasa Vietnam dalam usaha menjejaki pesawat tersebut.