BEIJING: China lancar bilik gerakan kecemasan susulan seuah pesawat membawa kira-kira 160 warga China terputus hubungan dari menara kawalan, awal pagi tadi.
"Kami amat bimbang selepas laporan berita mengenainya. Kami cuba untuk berhubung dengan semua pihak yang terbabit mengenainya," kata jurucakap Menteri Luar China, Qin Gang dalam satu kenyataan hari ini.
Kementerian Luar China dan Kedutaan China di Malaysia dan Vietnam turut melancarkan bilik gerakan kecemasan. - Xinhua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan