08 March 2014

Tentera Laut Vietnam Sahkan Pesawat Terhempas Dalam Laut

6 Jamadil Awwal 1435. [MOD] -
Peta menunjukkan lokasi terakhir pesawat MAS dikesan pada awal pagi Sabtu.
PETALING JAYA: Laman web akhbar harian Vietnam, Tuoi Tre, melaporkan bahawa Tentera Laut Vietnam mengesahkan pesawat MH370 dari KL - Beijing terhempas ke dalam laut, menurut 'Yahoo News'.

Laksamana Tentera Laut Ngo Van Phat berkata rekod radar tentera menunjukkan bahawa pesawat terhempas ke dalam laut, 153 batu ke Selatan pulau Phu Quoc.
Yahoo News melaporkan, ketika dihubungi, Malaysia Airlines (MAS) enggan mengesahkan atau menafikan laporan dan berkata pihak berkuasa Malaysia sedang bekerjasama dengan pihak Vietnam mengenai perkara itu.
Sementara itu, Al Jazeera melaporkan bahawa China telah menghantar dua kapal menyelamat maritim untuk membantu mengesan pesawat yang hilang.

No comments: