13 May 2014

Krisis Terengganu: Sejarah mungkin berulang?

12 Rejab 1435. [MOD] -

Krisis Terengganu: Sejarah mungkin berulang?

KUALA LUMPUR: Susulan peletakan jawatanDatuk Seri Ahmad Saidsebagai Menteri Besar  (MB), yang kemudiannyakeluar dari parti UMNO, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.


Peguam Syahredzan Johan yang mengulas perkara tersebut berkata situasi di Perak membabitkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dari BN untuk merebut kerusi MB Perak mungkin bakal berulang di Terengganu.

Tambah beliau, jika terdapat undi tidak percaya yand dibuat di dalam Dewan, antara pilihan yang ada adalah untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya negeri.

Namun Syahredzan turut berkata dalam kes di Perak, seseorang Menteri Besar boleh ditentukan melalui cara lain di luar DUN.

No comments: