13 May 2014

Krisis Umno T’ganu: PAS negeri adakan mesyuarat khas

12 Rejab 1435. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Terengganu sedang mengadakan mesyuarat khas berhubung krisis politik yang sedang berlaku sekarang.
Sehubungan itu Pesuruhjaya PAS negeri Ustaz Satiful Bahri Mamat berharap semua pihak dapat bertenang dan bersabar.

“Insya Allah atas kepentingan seluruh rakyat, kita akan memutuskan perkara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Menurut beliau, PAS Terengganu akan membuat pemberitahuan kepada media dari semasa ke semasa melalui media rasmi bagi mengelakkan sebarang khabar angin dan kenyataan-kenyataan di luar dari keputusan pemimpin.

“Pemimpin PAS Terengganu mengikuti dengan teliti perkembangan yang berlaku ini dari awal dan tindakan yang perlu sedang di ambil,” katanya.

No comments: