13 May 2014

Kerana kenduri anak, Ahmad Said jadi ADUN Bebas

12 Rejab 1435. [MOD] -

Kerana kenduri anak, Ahmad Said jadi ADUN Bebas

KUALA LUMPUR: Tindakan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Saidkeluar dari UMNOdibuat kerana permintaannya untuk meletak jawatan selepas melangsungkan majlis kenduri anaknya 17 Mei ini tidak dibenarkan.

Ahmad Said ketika dihubungi Astro AWANI  berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pertukaran itu namun ditolak atas alasan ia perkara peribadi.


"Tak cukup ke apa yang sudah saya lakukan selama 5 tahun berkhidmat sebagai Menteri Besar?

"Saya minta tangguh bukan tak mahu tetapi tunggu hingga majlis anak saya selesai" katanya dalam nada tersekat-sekat.

Tambah Ahmad Said lagi pertukaran jawatan beliau telah diarahkan oleh Najib sendiri.

"Kalau sudah tidak mahu saya lagi, saya keluarlah daripada UMNO, InsyaAllah lepas ini tidak akan ada lagi kerajaan" katanya.

Kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu ketika ini adalah 15 kerusi Barisan Nasional, 15 lagi Pakatan Rakyat dan dua Bebas selepas Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib bertindak keluar parti beberapa jam selepas perletakan jawatan Ahmad Said sebagai Menteri Besar.

Menurut Ahmad Said dia tidak pasti adakah akan ada lagi ADUN mengikut jejak langkahnya bertindak keluar parti.

Ditanya adakah sudah ada mana-mana pihak yang menghimpit beliau untuk menyokong sama ada BN atau PR memandangkan beliau kini ADUN Bebas,

"Belum ada lagi mana-mana pihak yang datang jumpa saya menyertai mereka".

No comments: