Hari ini 5 Mei 2014, genap setahun berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13 Malaysia yang merupakan antara tersengit di dalam sejarah tanah air kita yang tercinta ini. Masih terngiang lagi suara tangisan kesedihan dan luahan kekecewaan ramai teman anak muda yang mengimpikan kerajaan baru gabungan Pakatan Rakyat memerintah menggantikan Barisan Nasional di mercu kuasa Putrajaya.
PRU13 yang penuh kontroversi seperti isu ‘dakwat kekal yang tidak kekal’ itu tetap masih terukir rapi dalam ingatan kerana itulah buat kali pertama bergelar pengundi dan pada masa sama diberikan pula tugasan sebagai “Polling Agent” di pusat mengundi.
Pengalaman peribadi hari itu saya dapat melihat sendiri beberapa orang pengundi warga emas yang kehilangan hak mengundi mereka gara-gara nama mereka disenaraikan sebagai pengundi pos dan mereka dikatakan telah pun mengundi awal lagi.
Mungkin pihak tertentu menyangkakan kebanyakan pengundi yang berusia 80 tahun ke atas ini sudah pulang ke rahmat Ilahi, maka bolehlah digunakan sewenangnya nama-nama tersebut oleh orang lain bagi menggantikan pengundi yang sudah ‘mati’.
pilihan raya telus?
Sampai ke hari ini saya tidak pernah percaya dengan jaminan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa pilihanraya kita telus, adil dan bersih.Itu sekadar sebahagian coretan peristiwa 5 Mei 2013 yang mana masih ramai lagi yang mempunyai pengalaman yang pelbagai ragam dan cerita yang berbeza.
Kata orang, “yang sudah lepas itu biarkan ia pergi dan usahlah dikenang lagi”. PRU 13 pastinya sudah menjadi sebahagian daripada sejarah tetapi ia tidak boleh dilupakan begitu sahaja kerana untuk mara melangkah ke hadapan, sesekali kita juga perlu menoleh ke belakang agar kita dapat memperoleh mutiara iktibar dan memperbaiki kesilapan yang telah berlaku agar tidak berulang kembali.
Barisan Nasional mungkin masih boleh tersenyum hari ini kerana mereka berjaya mempertahankan lubuk kuasa mereka buat kesekian kalinya semenjak Malaysia mencapaikemerdekaan pada tahun 1957.
Namun, BN perlu sedar juga hakikat kemenangan mereka itu tidaklah tulen sepenuhnya kerana mereka berjaya dengan bantuan jentera kerajaan, media arus perdana, pengundi di kawasan pedalaman dan sistem First Past The Post yang menyebelahi mereka.
Hal ini kerana, jika berasaskan jumlah undi popular mereka perolehi daripada seluruh Malaysia ini ialah sekadar 47% maka tidaklah salah untuk kita menggelar Kerajaan BN sebagai ‘Kerajaan Minoriti’.
tsunami cina
Ada yang berpandangan PRU 13 ialah ‘Tsunami Cina’ kerana majoriti pengundi Cina menolak BN di hampir kesemua tempat. Terdapat juga penganalisa politik yang berpandangan PRU 13 adalah “Rural-Urban Divide” apabila BN terus berkubu di kawasan pedalaman dan luar bandar manakala Pakatan Rakyat pula berjaya mengukuhkan tapak penguasaan di kawasan urban iaitu bandar dan separa bandar.
Bertitik-tolak daripada natijah PRU 13 ini, dinamika politik Malaysia kian rencam dan mencabar samada bagi BN mahupun PR kerana adakah mereka masih ingin bermain di atas pentas politik etnik iaitu siapakah juara mempertahankan hak kaum masing-masing..?
Apabila menyorot kembali hasil hajian daripada Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihanraya Universiti Malaya (UMcedel) pada penghujung tahun 2013, dapatlah disimpulkan bahawa isu kaum dan agama seperti kalimah Allah adalah senjata ampuh yang BN mampu gunakan untuk melemahkan PR manakala isu kenaikan kos sara hidup pula adalah senjata terbaik PR untuk menyerang BN.
Jadi, usahlah kita pelik mengapa kumpulan pendesak seperti Perkasa dan Isma begitu bersungguh untuk menjadi hero dalam memperjuangkan isu yang membabitkan orang Melayu-Islam kerana Umno sedar akan hakikat sifat orang Melayu agak sensitif apabila dihebahkan dalam media bahawa hak mereka kini kian terancam.
Untuk melekakan orang Melayu daripada terpengaruh dengan PR yang menjadikan isu ekonomi sebagai modal utama menyerang kerajaan BN maka, perangkap perkauman dan keagamaan ini dipasang dengan begitu kemas dan rapi agar ia boleh digunakan dengan tempoh yang lebih lama berpanjangan sehingga menjelang PRU14 pula.
kenaikan kos sara hidup
Setelah setahun berlalu, rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana kini bergelut dengan kenaikan kos sara hidup. Kenaikan harga minyak,barangan keperluan, tarif elektrik, tambang pengangkutan awam, harga rumah, dan pelbagai lagi sungguh menyesakkan pemikiran khususnya mereka yang tinggal di bandar.
Tindakan kerajaan untuk melaksanakan Cukai GST sebagai ganti kepada Cukai SST pada April 2015 kelak, pastinya akan menambah lagi derita yang ditanggung bak kata pepatah “mencurah cuka atas luka yang berdarah”.
Yang menghairankan sekalian rakyat jelata, ialah tatkala pemimpin BN menyeru rakyat berjimat tetapi pada masa sama mereka pula mewah berbelanja untuk projek-projek besar dan membazirkan wang rakyat di sana-sini.
Kerajaan meminta rakyat bersyukur serta faham berkenaan “rasionalisasi subsidi” dan “dasar fiskal negara” yang dikatakan tidak populis demi peningkatan taraf ekonomi negara menuju Wawasan 2020 Negara Maju sedangkan pada masa sama isu rasuah, kronisme, ketirisan dan kebocoran wang rakyat masih berulang tanpa ada penyelesaian yang kongkrit daripada pihak kerajaan.
Masalah ini bukan sahaja disedari oleh rakyat biasa bahkan pemimpin Umno sendiri ada yang bersuara seperti kata Tengku Razaleigh, tokoh veteran Umno yang juga Ahli Parlimen Gua Musang iaitu “Pemberian subsidi RM136.5 bilion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP) antara 1997 hingga 2011, sewaktu sebahagian subsidi barangan pengguna dihentikan, adalah "berdosa dan tidak dapat dimaafkan".
kenaikan harga tol
Ini belum lagi dikira perjanjian berat sebelah konsesi Tol pelbagai lebuhraya yang menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat, sehingga kita terfikir kerajaan yang dipilih rakyat ini adalah wakil rakyat atau wakil syarikat..?
Dalam Manifesto BN pada PRU13 yang lalu, pemimpin BN menyebut ia adalah “Aku Janji” yang bertemakan “Menepati Janji, Membawa Harapan” dengan menyenaraikan 17 agenda utama. Antaranya ialah menangani kos sara hidup, ke arah kecekapan terhebat pengangkutan awam, membina ekonomi mapan, dinamik dan inovatif, meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam, memerangi gejala rasuah dan banyak lagi.
Setelah setahun berlalu, rakyat berhak untuk bertanya pencapaian kerajaan dalam melaksanakan janji dalam Manifesto tersebut agar mereka sedar bahawa kuasa memerintah yang diberikan adalah untuk membela kepentingan sekalian rakyat bukannya kaum kerabat serta tokoh korporat yang mengelilingi mereka sahaja.
Bagi pihak Pakatan Rakyat pula, tempoh setahun pasca PRU13 ini kelihatannya telah mula menzahirkan bibit-bibit perpecahan dan pergeseran dalaman. Kesemua parti samada PAS, PKR dan DAP perlu sedar bahawa masih ramai lagi rakyat yang menaruh harapan agar gabungan ini tetap berpadu dan seiring-sejalan untuk mempersiapkan diri dalam pertarungan merebut Putrajaya pada PRU 14 nanti.
Hal ini kerana, secara teori mudahnya tidak ada parti yang mampu memerintah Malaysia secara bersendiri tanpa bergabung dengan parti lain. Perbezaan pendirian dalam perkara tertentu adalah lumrah dan adalah tidak wajar untuk ia dijadikan asas perpecahan.
Seperti contoh dalam isu hudud, tindakan sesetengah pemimpin DAP yang membuat kenyataan bersifat ‘mengugut’ rakan serumah sendiri keluar daripada PR adalah tindakan yang terlalu emosional dan melulu. Bukankah masih terdapat banyak lagi ruang persamaan yang patut didahulukan dan diperjuangkan secara kolektif?
hasil post-mortem
Bagi berhadapan PRU14, kesemua parti dalam PR perlu melihat kembali dan bertindak berpandukan hasil post-mortem PRU13 yang lalu. Pastinya, dilema yang paling pahit ditelan oleh PAS kerana ia tersepit antara wajah sebagai parti teras orang Melayu-Islam yang mampu untuk menggantikan UMNO atau parti yang memperjuangkan untuk semua sepertimana slogan “PAS for All”.
DAP dan PKR mungkin boleh menarik nafas sedikit lega kerana kerusi yang mereka tandingi ialah majoriti cina ataupun campuran pelbagai kaum serta kerusi yang kebiasaannya terletak di bandar. Bagaimana pula dengan nasib PAS yang berhadapan dengan pengundi majoriti Melayu yang terletak di kawasan pedalaman dan luar-bandar?
Lenggok bahasa dan strategi yang hendak digunapakai kepada pengundi sebegini perlubersesuaian dengan jiwa dan budaya orang Melayu yang masih tebal dengan feudalisme (ketaatan yang tinggi kepada penguasa) dan “politik budi”. Tambahan pula,mereka juga begitu sensitif dengan hal yang berkait dengan simbol dan nilai kemelayuan, Islam serta kesultanan.
Di samping itu, Pakatan Rakyat perlu menyiapkan lebih awal gandingan generasi pelapis yang mantap untuk menyambung obor perjuangan ke Putrajaya. Tokoh besar seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, dan Lim Kit Siang pastinya tidak asing lagi bagi kita yang sudah mengenali mereka tetapi bagi generasi baru pengundi yang lebih dikenali sebagai Gen Y mengharapkan adanya kemunculan tokoh muda yang baru untuk tampil ke hadapan membawa bersama aspirasi dan suara anak muda yang lebih segar dan energetik.
Pada masa sama, isu perebutan kuasa dan konflik dalaman parti masing-masing perlu diurus dengan cermat dan bijaksana agar ia tidak membarah. Jika tidak, pastinya pengundi yang kian kritikal kini akan menghukum pula kita kerana mereka akan meluat melihat gelagat PR yang tidak ada beza dengan BN yang menjadikan kuasa sebagai bahan rebutan untuk mendapatkan khazanah harta kekayaan bukannya membela rakyat jelata.
Sebagai penutup, pemimpin politik sama ada BN mahupun PR, usahlah terlalu larut dalam pertempuran politik yang tidak berkesudahan dan melampaui batas sehingga rakyat biasa ini yang menjadi mangsa.
Percaturan dan perebutan kuasa itu bukanlah segala-galanya. Terokai dan cubalah merintis jalan untuk berdiplomasi serta bekerjasama secara telus dalam isu yang membabitkan kepentingan sekalian rakyat jelata kerana jatuh-bangun negara Malaysia ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Setahun pasca PRU13: ke mana arah kita semua?Jalan dan pilihan sudah ada, terserahlah kepada kita untuk terus berusaha dengan gigihke arah perubahan yang lebih baik atau masih ingin kekal dengan corak pemerintahan yang lama dan kian lapuk ditelan zaman.
_________________________
Penulis ialah Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan