06 Jun 2014

'Enakmen baru Johor langgar prinsip tanggungjawab'

9 Sya'aban 1435. [MOD] -


Pakar perlembangaan Abdul Aziz Bari berkata cadangan enakmen baru yang memberi kuasa yang luas ke atas Sultan Johor dalam satu lembaga perumahan adalah satu perkara aneh.
Aziz berkata ia bertentangan dengan prinsip tanggungjawab, di mana kerajaan negeri memikul tanggungjawab ke atas kesemua dasar pentadbiran, kecuali bagi hal berhubung agama.

"Masalah dengan aturan seperti ini ialah bagaimana, atau siapa, yang perlu dipertanggungjawabkan? Siapa yang perlu menjawab atau memikul kesalahan jika berlaku apa-apa?," kata Aziz kepadaMalaysiakini.

Katanya, kedudukan Sultan tidak dicipta untuk menjadikan ketua negeri itu bertanggungjawab memberi penjelasan kepada DUN.

"Sebab itulah kita ada tanggapan kerajaan yang bertangggungjawab di bawah sistem demokrasi berparlimen atau Westminster.

"Ia untuk menjadikan kerajaan bertanggungjawab. Ia juga bermaksud pembayar cukai (ada saluran) penyelesaian," katanya.

Rang undang-undang baru yang akan dibentangkan di DUN Johor pada hari Isnin ini akan membuat kuasa meluas kepada Sultan untuk menyelia akaun Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.
http://www.malaysiakini.com

Tiada ulasan: