Resepi Inti 'Pau Daging"
300gm Daging (tenderloin)
2 sudu besar serbuk kari.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih.
300ml air
3 sudu besar minyk masak.
1 ikat daun ketumbar.
15 helai daun kari.
garam secukup rasa
perencah stock ayam secukup
rasa
Cara2:
1.Cincang halus daging.
2.Potong dadu(fine mince) bawang
merah dan bawang putih,setelah itu,
Tumis sehingga naik bau kemudian
masukkan serbuk kari bersama serbuk kunyit.
3.Kacau rata,masukkan sedikit
air(untuk masak kari sehingga pecah minyak,jagan masukkan bnyak air),kemudian
setelah pecah minyak masukka daging cincang.
4.Kacau rata,masukkan air bersama
daun kari dan masak sehingga air kering.
5.Setelah kering,tutup api perasakan
dengan garam dan perencah stock ayam tadi.
6.Cincang halus daun ketumbar dan tabur diatas inti daging tadi,dan kacau rata.
Bahan-bahan dan Cara membuat roti Pau
Bahan-bahan :
1 kg tepung gandum pau.
1 sudu teh baking powder.
-Kedua-dua bahan di atas diayak
bersama (Bahan A)
1 sudu teh garam.
1/2 cawan minyak jagung atau minyak
masak.
2 1/4 cawan air.
11 gm yis.
1 sudu makan gula.
2 sudu makan susu pekat manis.
1 biji telur.
-Satukan bahan di atas dan kacau
hingga gula larut (Bahan B)
Cara Membuat :
1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk besar.
2. Tuangkan Bahan B cecair sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
3. Tutup doh dengan kain dan biarkan 5 minit.
4. Ambil sedikit doh dan bulatkan sebesar bola pimpong ( anggaran berat 35 gm ).
5. Kemudian leperkan.
6. Masukkan inti yang telah dibulat-bulatkan sebesar guli ( anggaran berat 12 gm ).
7. Tutup dan kemaskan.
8. Letakkan doh di atas lapik kertas minyak yang dipotong segi empat atau bulat, atau letakkan di atas paper cup yang dileperkan sedikit.
9. Susun dalam kukusan, dan jarakkan sedikit antara satu sama lain.
Tips :
Biarkan doh naik 1 kali ganda (jangan
terlalu naik ya, sebab ia akan mengecut pula bila di kukus dan membuatkan
permukaannya mengerutu dan keras).
Pastikan kukusan telah di panaskan
terlebih dahulu hingga airnya betul-betul mendidih.
Balut tutup kukusan dengan kain
supaya air dari kukusan tidak menitis atas pau yang membuatkan permukaan pau
berkawah.
Jika mahu buat ½ adunan, kurangkan
jumlah air, gula, susu pekat, sukatan yis tetap sama.
10. Kukus pau selama 7 hingga 10
minit.
SELAMAT MENCUBA.
Kredit kepada : saji.my & Amazing
Ayu Food
Tiada ulasan:
Catat Ulasan