KUALA LUMPUR: Moratorium bayaran balik pinjaman bank selama enam bulan akan diberi kepada semua individu tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perdana Menteri berkata, pemberian moratorium itu tidak memperuntukkan sebarang syarat seperti pengurangan pendapatan, selain tiada semakan bagi mengesahkan sama ada pemohon hilang pekerjaan.
Beliau turut memaklumkan tiada lagi dokumentasi perlu dikemukakan untuk permohonan bayaran balik pinjaman berkenaan.
"Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik, malah kemudahan ini ditawarkan kepada pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
"Ini tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank. Permohonan akan dibuka pada 7 Julai ini.
"Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan," katanya ketika mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan