28 Jun 2021

Tambahan RM1.1b dana mikrokredit

 


KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dana pembiayaan mikrokredit akan ditambah sehingga RM1.1 bilion untuk dimanfaatkan oleh golongan sasar.

Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan RM3 bilion dana mikrokredit sepanjang tahun ini bagi membantu usahawan mikro.

"Pembiayaan mudah ini akan disediakan oleh AgroBank dan Bank Simpanan Nasional, masing-masing berjumlah RM500 juta dan TEKUN sebanyak RM100 juta.

"Institusi koperasi turut disokong melalui peruntukan RM20 juta bagi program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi.

"Ini bagi membolehkan usahawan menjalankan aktiviti ekonomi secara berkumpulan melalui koperasi termasuk memasarkan produk melalui platform dalam talian," katanya dalam pengumuman khas Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), hari ini. BH/-

Tiada ulasan: