PASTI ada yang terpaksa berhadapan dengan kucing liar yang sering membuang air besar di halaman rumah sehingga menyebabkan bau busuk.
Lebih malang apabila si bulus akan kembali ke tempat sama dan meninggalkan 'tanda' meskipun najis sebelum ini sudah dibersihkan.
Sebenarnya terdapat beberapa cara mudah untuk mencegah kucing liar membuang air besar sembarangan di halaman rumah anda.
1. Sebar aroma dibenci kucing
Sudah menjadi sifat kucing mencari tempat untuk meninggalkan tanda mereka. Salah satu cara menghentikan tabiat itu adalah dengan menyebarkan aroma yang ia tidak sukai.
Ini kerana kucing sangat sensitif terhadap bau sehingga aroma kuat seperti lavender, pudina atau kayu manis akan membuatkan ia menjauhkan diri.
Pilih salah satu daripada aroma ini, campurkan dengan air dan curahkan ke kawasan halaman anda. Walaupun baunya tidak dapat bertahan lama namun cara ini jimat dan tidak membahayakan kucing.
Ulang beberapa kali sehingga kucing tidak lagi muncul di halaman rumah anda dan meninggalkan jejaknya!
2. Kulit limau
Penyelesaian berikutnya adalah dengan memotong halus kulit buah limau atau lemon dan letakkan di sekitar halaman anda.
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Kucing tidak menyukai bau asid dan menyengat daripada limau atau lemon. Nak lebih berkesan, perah air buah itu ke lantai atau rumput.
3. Ranting
Kucing tidak menyukai tanah yang berduri atau mempunyai benda asing yang menyukarkan ia berjalan - jadi taburkan ranting bagi membuatkan ia menjauhkan diri.
Walaupun ranting itu akan mencacatkan pemandangan tetapi ia cara penyelesaian terbaik dan tidak membahayakan kucing.
4. Pisang
Kucing juga tidak suka bau pisang jadi cara lain untuk hentikan ia berak di halaman rumah anda adalah dengan memotong halus pisang dan taburkan ke atas lantai.
Pisang yang matang akan mengeluarkan bau yang kuat dan membuatkan kucing lari ketakutan. Jangan sampai monyet pula yang datang sudahlah, ya?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan