23 Jun 2021

Tok Mun patuh SOP PKP, berhasrat tanding PRU15


Warga emas, Maimun Yusoff, 99, atau lebih dikenali sebagai Tok Mun merupakan bekas calon bebas Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) dan PRU13 ditemubual Bernama ketika ditemui di kediamannya di Kampung Atas Tol. - Bernama

KUALA TERENGGANU: Mungkin ramai yang masih ingat tentang Maimun Yusof yang pernah menjadi calon pilihan raya umum (PRU) tertua di negara ini, dan kini pada usia 102 tahun, warga emas yang lebih mesra dipanggil Tok Mun itu sedar tentang bahaya COVID-19.
Katanya, dia akur dan patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa dengan mengelak keluar rumah sekiranya tidak ada kepentingan.
"Tok memang duduk di rumah saja, tapi jualan keropok keping menurun sedikit sebab tak boleh jual tempat jauh... banyak sekatan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Atas Tol di sini.
Bernama/-

Tiada ulasan: