KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyasarkan sekurang-kurangnya 420,000 pelancong domestik mengunjungi Pulau Langkawi sehingga hujung tahun ini.
Ketua Setiausahanya, Datuk Wira Dr Noor Zari Hamat, berkata MOTAC menjangkakan sambutan yang memberangsangkan dengan peringkat awal pembukaan semula Pulau Langkawi bulan ini, mampu mencapai sekurang-kurangnya 40,000 pengunjung.
"MOTAC menyasarkan angka pelancong ke Pulau Langkawi akan terus mencatatkan peningkatan iaitu 40,000 bagi bulan ini, 80,000 untuk Oktober, 100,000 pengunjung pada November dan Disember nanti dianggarkan 200,000 pelancong," katanya pada sidang media Pembukaan Semula Sektor Pelancongan Langkawi, di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), di sini, hari ini.
Turut hadir, Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri. BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan