04 September 2021

PARALIMPIK: Liek Hou raih emas kedua negara

 Aksi atlet badminton negara, Cheah Liek Hou ketika menentang pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi pada aksi final kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas) di temasya Sukan Paralimpik 2020 di Stadium Kebangsaan Yoyogi, Tokyo sebentar tadi. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para, Cheah Liek Hou mencipta sejarah dengan menjadi pemain pertama negara memenangi pingat emas dalam sukan itu di Sukan Paralimpik 2020 dan kedua buat Malaysia di Tokyo, sebentar tadi.

Liek Hou yang beraksi bagi kategori SU5 cemerlang apabila menewaskan pemain nombor satu dunia yang juga musuh tradisinya dari Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21-15 dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Yoyogi.

Kemenangan itu menyaksikan pemain berusia 33 tahun berkenaan menjadi penyumbang emas kedua kontinjen negara selepas jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin memenangi emas pertama minggu lalu.

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama sukan badminton di pertandingan di Sukan Paralimpik.

Dengan kejayaan itu, Liek Hou yang dibimbing Datuk Rashid Sidek akan menerima ganjaran sebanyak RM1 juta yang dijanjikan menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) bagi kejayaan memenangi emas Paralimpik dan ganjaran tambahan RM100,000 daripada FWD Takaful.

BH/-

Liek Hou meraikan kemenangan selepas menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi. - Foto BERNAMA
Liek Hou meraikan kemenangan selepas menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi. - Foto BERNAMA

Liek Hou memenangi pingat emas selepas tewaskan Dheva Anrimusthi dengan 21-17 dan 21-15. - Foto BERNAMA
Liek Hou memenangi pingat emas selepas tewaskan Dheva Anrimusthi dengan 21-17 dan 21-15. - Foto BERNAMA

Liek Hou meraikan kemenangan selepas menewaskan lawannya dari Indonesia Dheva Anrimusthi pada perlawanan akhir kategori SU5 di temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Yoyogi National Stadium hari ini. - Foto BERNAMA

Tiada ulasan: