19 September 2021

Pyramid Step adalah piramid tertua yang terkenal dan antara satu contoh seni bina monumental pertama dunia kuno, menurut UNESCO. Ia dipercayai menjadi inspirasi bagi Piramid di Giza. Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir berkata selain Makam Selatan, dataran tinggi Saqqara menempatkan sekurang-kurangnya 11 piramid, termasuk Piramid Step, serta ratusan makam pegawai kuno dari Dinasti 1 (2920 SM-2770 SM) hingga zaman Koptik (395-642). Tapak Saqqara adalah sebahagian daripada nekropolis ibu kota kuno Memphis di Mesir yang merangkumi Piramid Giza serta piramid yang lebih kecil di Abu Sir, Dahshur dan Abu Ruwaysh. Runtuhan Memphis diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1970-an.

 

Inskripsi yang menghiasi dinding di kawasan perkuburan selatan Raja Djoser selepas dibaik pulih, berhampiran Piramid Step, Saqqara, selatan Mesir.

Selasa lalu, Mesir mula mempamerkan struktur makam kuno milik kompleks perkuburan Raja Djoser, seorang firaun yang hidup lebih 4,500 tahun lalu, usai kerja baik pulih tapak tersebut.

Struktur yang dikenali sebagai Makam Selatan itu sebahagian besarnya berada di bawah tanah dan merangkumi koridor yang berselirat, dihiasi dengan ukiran dan jubin hiroglif.

Pusat pemakamannya menempatkan sarkofagus (keranda batu) besar dari Dinasti Ketiga Mesir.

Walau bagaimanapun, firaun itu tidak dikuburkan di sana sebaliknya di Piramid Step yang terletak berhampiran.

Kedua-dua struktur tersebut merupakan sebahagian daripada kompleks Saqqara berhampiran Kaherah, salah satu tapak arkeologi terkaya di negara ini.

Pyramid Step adalah piramid tertua yang terkenal dan antara satu contoh seni bina monumental pertama dunia kuno, menurut UNESCO. Ia dipercayai menjadi inspirasi bagi Piramid di Giza.

Kementerian Antikuiti dan Pelancongan Mesir berkata selain Makam Selatan, dataran tinggi Saqqara menempatkan sekurang-kurangnya 11 piramid, termasuk Piramid Step, serta ratusan makam pegawai kuno dari Dinasti 1 (2920 SM-2770 SM) hingga zaman Koptik (395-642).

Tapak Saqqara adalah sebahagian daripada nekropolis ibu kota kuno Memphis di Mesir yang merangkumi Piramid Giza serta piramid yang lebih kecil di Abu Sir, Dahshur dan Abu Ruwaysh.

Runtuhan Memphis diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1970-an.

Mesir mula mempromosi beberapa lokasi penemuan arkeologi baru-baru ini sejak setahun lalu dalam usaha untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan utamanya, yang teruk terjejas akibat pergolakan yang diikuti pemberontakan pada tahun 2011.

Sektor itu juga terjejas teruk akibat penularan pandemik Covid-19.

FMT/-

Tiada ulasan: