05 Oktober 2021

'Salah pemain terbaik dunia'

 Salah (tengah) menjaringkan gol cantik apabila mengelecek empat pemain City sebelum menewaskan penjaga gol Ederson pada aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.

Salah (tengah) menjaringkan gol cantik apabila mengelecek empat pemain City sebelum menewaskan penjaga gol Ederson pada aksi Liga Perdana Inggeris, semalam.

LONDON: Jamie Carragher yakin bahawa Mohamed Salah adalah pemain terbaik dunia ketika ini dengan mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Namun adakah ia terbukti dengan statistik?

Salah meledak gol solo menarik ketika menentang Manchester City semalam - gol kesembilannya pada musim ini.

Selepas perlawanan itu, Carragher yang juga legenda Liverpool menegaskan 'saya rasa tiada lagi pemain lebih baik di dunia ataupun di Eropah buat masa ini, saya tidak fikirkan (pemain lain).'

"Saya menyaksikan Liga Juara-Juara, rekodnya dalam beberapa minggu ini juga menakjubkan.

"Anda tidak boleh mempersoalkan apa yang sudah dilakukan olehnya di Liverpool. Dia lebih tajam daripada apa yang pernah saya saksikan sebelum ini."

Berdasarkan statistik sejak musim lalu, Salah meledak 40 gol dalam 60 penampilan selain merekodkan enam bantuan gol.

Sebagai perbandingan, Messi meledak 39 gol dan 12 bantuan gol dalam 52 perlawanan sementara Ronaldo pula menjaringkan 41 gol dan lima bantuan gol dalam 51 perlawanan.

Salah juga merekodkan satu gol dan satu bantuan gol setiap 101 minit sepanjang tempoh terbabit.

Messi pula terbabit dalam menghasilkan gol bagi setiap 89 minit sementara Ronaldo menyumbang setiap 92 minit.

Bintang Liverpool itu juga memiliki kadar penyudah yang lebih baik, menjaringkan gol dengan 20.5 peratus daripada percubaannya ke arah gol.

Messi pula menjaringkan gol dengan 13.7 peratus daripada percubaannya berbanding Ronaldo dengan 17.2 peratus.

Messi menyempurnakan 63.1 peratus daripada gelecekannya - lebih 20.7 peratus daripada Salah.

Ronaldo pula melengkapkan 59.6 peratus daripada gelecekannya.

PERBANDINGAN ANTARA SALAH, MESSI dan RONALDO DALAM SETIAP PERTANDINGAN SEJAK MUSIM LALU

MOHAMED SALAH

Perlawanan: 60

Minit permainan: 4,953

Gol: 40

Percubaan (termasuk dihalang): 195

Percubaan tepat: 94

Kadar penyudah: 20.5 peratus

Hantaran gol: 9

LIONEL MESSI

Perlawanan: 52

Minit permainan: 4,562

Gol: 39

Percubaan (termasuk dihalang): 284

Percubaan tepat: 132

Kadar penyudah: 13.7 peratus

Hantaran gol: 12

CRISTIANO RONALDO

Perlawanan: 51

Minit permainan: 4,247

Gol: 41

Percubaan (termasuk dihalang): 238

Percubaan tepat: 98

Kadar penyudah: 17.2 peratus

Hantaran gol: 5

bharian/-

Tiada ulasan: