Hidangan seperti cempedak goreng, sukun goreng apatah lagi pisang goreng memang cukup sinonim dengan orang Malaysia.
Bagaimanapun, seorang TikToker yang cukup suka menggoreng segala benda dikenali sebagai Scott telah berkongsi sesuatu yang amat mengejutkan warganet Malaysia.
angan terkejut kerana kali ini, Mat Salleh pemilik akaun TikTok @scottsreality itu telah menggoreng rambutan!
Sebelum anda sempat menyangka bahawa mungkin hidangan ini sedap, Scott terus mengejutkan semua dengan menggoreng buah tersebut bersama kulit dan tangkainya sekali.
Tidak hairanlah video ini menerima 14 juta tontonan dalam masa beberapa hari saja.
Dalam satu lagi perkongsian berbeza yang menerima 15 juta tontonan, Scott dilihat tergamak menggoreng durian tanpa mengupas kulitnya terlebih dulu.
Sudah pasti ramai rakyat Malaysia dan pengguna media sosial sekitar rantau Asia Tenggara melontar pelbagai maklum balas di ruangan komen.
Rata-rata terkejut dan seram melihat perkongsian tersebut namun tidak kurang juga yang mengusik dan melawak. Berikut antara perkongsian mereka.
“You melawan hukum alam wehh,” komen seorang netizen terkejut.
“Kenapa goreng rambutan,” kata seorang lagi warganet bingung.
“Melihat video ini buat otak saya hilang,” akur seorang lagi pembaca.
“Ya Allah, itu rambutan,” ujar pembaca tidak percaya.
“Amaran: anda tidak sepatutnya makan kulit rambutan,” kongsi seorang lagi warganet memberi peringatan.
FMT/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan