14 November 2021

79.6 peratus populasi remaja lengkap divaksin

 

KUALA LUMPUR: Sejumlah 2,505,157 individu atau 79.6 peratus kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun di negara ini telah lengkap diberi suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.


Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sebanyak 2,734,057 individu atau 86.9 peratus populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sebanyak 22,286,520 individu atau 95.2 peratus daripada populasi dewasa negara lengkap menerima dos vaksin manakala 22,858,958 (97.6 peratus) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 55,703 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 14,875 suntikan dos lengkap, 3,203 dos pertama dan 37,625 pula menerima suntikan dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif vaksin bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,138,954.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 938,437. – BERNAMA

Tiada ulasan: