MASJID TANAH: Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bertemu calon Perikatan Nasional daripada PAS bagi DUN Kuala Linggi di pejabat operasi di Kuala Linggi, pagi tadi.
Beliau bersama beberapa pemimpin mengadakan perjumpaaan tertutup dengan Aziah Md Saad selama lebih kurang 30 minit.
Dalam pertemuan tersebut, beliau memberi sokongan penuh kepada Cikgu Aziah supaya dipilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menjadi Adun pada 20 November nanti.
Menurut beliau, keperluan wanita untuk menjadi Adun penting bagi membela nasib penduduk di Kuala Linggi terutama kaum wanita.
Katanya, untuk kaum muda juga perlu memberi sokongan kepada calon berkenaan.
Turut mengiring beliau ialah AJK PAS Pusat, Dr Rosni Adam; Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Rosli Abdul Jabar dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Shahir Sulaiman. – HARAKAHDAILY 14/11/2021
Tiada ulasan:
Catat Ulasan