28 November 2021

96.1 peratus populasi dewasa lengkap divaksin

 Foto NSTP/Faiz Anuar (hiasan)
Foto NSTP/Faiz Anuar (hiasan)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 96.1 peratus atau 22,504,497 individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98.4 peratus atau 23,044,851 individu bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu 88.2 peratus atau 2,776,260 individu bagi populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 84.7 peratus atau 2,664,877 individu remaja telah lengkap vaksinasi.

Dalam pada itu, 54,526 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 4,737 suntikan dos lengkap, 2,522 dos pertama dan 47,267 pula suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 53,185,334 dos.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 2,194,849. – BERNAMA

 

Tiada ulasan: