12 Disember 2021

97.3 populasi dewasa lengkap vaksinasi Covid-19

 

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22,772,882 individu atau 97.3 peratus populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 98.7 peratus atau 23,094,811 golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja pula, sebanyak 89.7 peratus atau 2,824,847 individu berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala 86.5 peratus atau 2,723,137 golongan itu telah lengkap divaksinasi.

Sementara itu, sebanyak 70,382 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 1,407 dos pertama, 2,353 dos lengkap dan 66,622 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 54,820,915 dos manakala dos penggalak pula 3,597,902 dos. – BERNAMA

Tiada ulasan: