24 Januari 2008

Kenyaataan Muhyiddin : Sah BN Takut Kepada Menefesto PAS

Giliran Naib Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membuat ulasan mengenai Manifesto Pas. Ulasan Muhyiddin dilihat sebagai suatu kebimbangan kepada beberapa tawaran PAS dalam PR ke 12 akan datang. Rakyat cuba dialihkan pandangan bahawa hanya BN yang mampu dan layak memerintah.


Rakyat cuba di tanam dengan semangat membenci pembangkang sehingga apa yang kita tawarkan semuanya tidak betul dan tidak masuk akal, sekaligus dengan melupai inilah tradisi dalam demokrasi di mana parti-parti yang akan bertanding menawarkan sesuatu yang dianggap terbaik dan mampu dilakukan.

Dengan tidak cerdiknya Muhyiddin berkataa, untuk mewujudkan sebuah `negara kebajikan’ hanyalah satu penipuan dan gimik politik menjelang pilihan raya. Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, manifesto seperti itu datangnya daripada pihak yang tidak memahami mengenai pentadbiran dan kerajaan.`` Sekiranya Pas sanggup mewujudkan sebuah negara kebajikan dengan menanggung 100 peratus kebajikan rakyat di negara ini, saya yakin (jika Pas menang) sepenggal sahaja mereka menjadi kerajaan, nauzubillah negara ini akan menjadi bankrap."Mereka fikir mudah untuk mentadbir sesebuah negara dan atas sebab itu mereka boleh melemparkan janji kosong tanpa rasa tanggungjawab, tetapi Barisan Nasional (BN) tidak boleh buat begitu kerana kita sudah 50 tahun memerintah negara ini," katanya mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.
Jangan megah dengan 50 tahun BN memerintah, kerana dalam tempoh tersebut nampaknya tidak jelas aqidah mereka tanpa satupun pelaksanaan hukum Islam, keduanya hutang negara yang bertempek, rasuah yang menduduki indeks yang sangak buruk dan macam-macam lagi.

Kita yakin dan rakyatpun yakin bahawa semua yang ditawarkan oleh PAS adalah melalui kajian dan realiti yang kita telah capai di Kelantan. Ini baru beberapa butir dari Menifesto yang didedahkan oleh PAS nampaknya memukul UMNO macam Tsunami dan mereka jadi macam cacing kepanasan. Tidak cukup dengan kenyataan Najib dan Anuar Musa, hari ini muhyiddin, entah esok dan lusa macam-macam lagi versi komen pimpinan UMNO mengenai tawaran PAS ini.

Panas..

Panas adalah sesuatu yang ditakuti oleh semua mahluk Allah SWT. Termasuk manusia, panas adalah sesuatu yang di sangat ditakuti . Jika sesuatu yang dikaitkan dengan panas tentu membawa keresahan kepada manusia. Adakah dikatakan berita panas, isue panas dan sebagainya.


Panas pada pandangan Islam adalah satu bentuk siksaan dari Allah SWT kepada manusia yang engkar kepada perintah Allah iaitu Neraka. Lawan bagi Neraka yang panas adalah Syurga.


Kita wajib menghindarkan dari panasnya api neraka ini seperti Firman Allah SWT :



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ وَلَن تَفْعَلُواْ فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ


Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya) -, peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir.(Al-Baqarah: 24)


dan doa yang kita sering panjatkan :



وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ



Dan di antara mereka ada orang yang bendo`a: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".(Al-Baqarah:201)

Tangisan

Seorang hamba yang sangat gerun kepada Sang Pencipta Allah SWT pasti mengalirkan airmatanya semasa hayatnya dalam keadaan susah atau senang, dalam keadaan sihat atau sakit.



Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. bersabda: "Ada tujuh orang yang akan diberi naungan oleh Allah pada hari Kiamat dalam naungan-Nya pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya, yaitu: Imam yang adil, Pemuda yang hidup untuk beribadah kepada Allah, seorang lelaki yang berdzikir (ingat) kepada Allah dalam tempat yang sepi lalu kedua matanya mengeluarkan air (menangis), seorang lelaki yang hatinya senantiasa tertuju kepada Masjid, dua orang lelaki yang saling mencintai karena Allah, seorang lelaki yang diajak oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan tinggi dan cantik kepada dirinya (diajak berbuat maksiat) namun ia berkata: "Sesungguhnya saya takut kepada Allah", dan seorang lelaki yang memberikan shodaqah lalu ia merahasiakannya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya".(HR: Bukhari)


Lalu alirkan air mata kita untuk mendapatkan keredhaan Allah. Jangan alirkan air mata hanya untuk mengharap dunia yang sementara ini. Ingatlah mata yang kita miliki juga dari Allah mata sebaiknya lah kita gunakan untuk menunjukkan kita berharap kepada redhanya.


Persoalannya sebanyak manakah sudah kita alirkan air mata untuk mendapatkan redha Allah itu ?


وَيَخِرُّونَ لِلأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعاً


Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu`.(Al-Israa`:109)

China Tekad akan Kekalkan Keamanan Dunia

China menerbitkan rencana hari ini yang menyatakan bahawa China akan mengekalkan keamanan dunia sejagat . Ini merupakan pilihan kerajaan dan rakyat China berdasarkan arah aliran perkembangan perabadan dan kepentingan sendiri.



Rencana itu menjelaskan bahawa China bersedia untuk membangunkan kerjasama persahabatan dengan pelbagai negara berdasarkan lima prinsip hidup bersama secara aman damai, aktif menyertai urusan pelbagai hala, memikul tanggungjawab antarabangsa dan mendorong oder antarabangsa berkembang ke arah yang lebih adil dan rasional.

23 Januari 2008

Mencegah Kezaliman.

Bersaing mencari rezeki yang tersebar di muka bumi ini kadangkala tidak dengan jalan yang betul .Seringkali muncul kezaliman di antara sesama manusia. Ada pihak yang menzalimi dan juga yang dizalimi. Keadaan ini samasekali tidak diinginkan dalam Islam sebagai agama yang adil dan damai. Sebab itu Rasulullah SAW mengajak kita untuk membantu mereka berdua.

Tolonglah saudaramu yang melakukan kezaliman dan yang dizalimi" (HR. Bukhari).

Apabila Rasulullah mengajak para sahabat dan umat Islam untuk membantu orang zalim mengundang tanda tanya seorang sahabat, "Wahai Rasulullah, tentu saja saya akan menolong orang yang dizalimi orang. tetapi bagaimana menolong orang yang melakukan kezaliman?" Rasulullah memberikan penjelasan, "Kamu mencegah atau menghalanginya agar tidak melakukan kezaliman, maka itu adalah cara untuk menolongnya (HR. Bukhari).

Banyak faedah apa bila kita mencegah kezaliman. Ia akan menyelamatkan pelakunya dari berbuat dosa dan mendapat azab. Apalagi doa-doa orang orang yang dizalimi atau teraniaya sangat mustajab dan mudah dikabulkan Allah. Faedah lain ialah menyelamatkan lebih ramai lagi orang lain yang akan dizalimi. Sehingga dunia ini aman damai kerana tidak ada pihak yang menzalimi dan dizalimi.

Hakikatnya antara orang yang melakukan kezaliman dan yang ingin mencegahnya sentiasa bertembung pada sesuatu zaman. Kerana itu usaha dari orang-orang yang beriman untuk mencegahnya hendaklah dilakukan secara bersungguh-sungguh dan tanpa rehat.

22 Januari 2008

Doa Anak Soleh

Ibu dan Ayah yang masih sihat dan hidup kalau menziarahinya kita fikirkan perlu membawa buah tangan, adakah dalam bentuk makanan, minuman, buah-buahan dan sebagainya. Sebagai anak yang mengenang jasa mereka berdua pasti kita balik kampung bukan dengan sedikit buah tangan.


Namun mereka jika sekira telah dahulu meninggalkan kita, ziarahilah kuburnya sebagai mengenang jasanya melahir, mendidik sehingga menjadi insan yang berguna. Buah tangan kita sangat mudah iaitu bacaaan al Fatihah dan doa yang dipanjatkan.

Doakan seperti yang disebutkan Allah dalam al Quran :-


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu`min pada hari terjadinya hisab (hari kiamat)".(Ibrahim: 41)


رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِناً وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَاراً

Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan".(Nuh: 28 )



Dibangkit Dengan Mata Buta

Sesungguhnya orang-orang yang berpaling dari ayat-ayat Allah akan dibutakan mata mereka kelak dihadapan Allah SWT walaupun di dunia mata mereka celik.




وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَى


Dan barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta".(Thaahaa:124 )



قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَى وَقَدْ كُنتُ بَصِيرا


ًBerkatalah ia: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau menghimpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulunya adalah seorang yang melihat?"

(Thaahaa : 125)

ً

قَالَ كَذَلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَلِكَ الْيَوْمَ تُنسَى


Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan".(Thaahaa:126)


وَكَذَلِكَ نَجْزِي مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِن بِآيَاتِ رَبِّهِ وَلَعَذَابُ الْآخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَى


Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.(Thaahaa:127)


Isue Lagu Bersih

Menteri Penerangan semakin bercelaru " kepala otak " nya dengan pengumumannya kelmarin dengan mengharamkan lagu Seloka Cak Kun Cak nyanyian bersama Tan Sri SM Salim dan M Nasir kena gam kerana terlalu banyak menyebut perkataan ‘bersih’. Inilah perangai pemimpin UMNO yang takut kepada bayang-bayang.


Sejauhmanakah bahaya lagu ini , sehingga hampir tidak masuk akal jika kita nilai kembali senikatanya yang saya perturunkan di bawah:


Satu masa yang telah silam
Tak dapat diambil kembali
Melayu masyhur serata alam
Hidup mewah gagah sekali
Pahlawan kita ramai terbilang
Ditakuti ramai perwira
Melawan musuh tak terbilang
Keras semangat kerana bangsa
Gerak semangat kerana bangsa Dialog itu orang dulu, berani rajin


Kelekaan jangan dikenang
Lautan juga kelak direnang
hampir tinggal sehelai benang
bencana sengaja dipinang
jika perhati bangsa dagang
kapak beliong,di tangan memegang
kekayaan hendaklah diregang
akhirnya saudagar pangkat dijulang


korus


Disulami syair termasyhur
usahlah berdengkur
Kita jua yang bertafakur
Yang mana khilaf tegur menegur

laallalala

kulitnya bersih, hatipun bersih
budi yang baik hatinya pengasih
kulitnya bersih, hatipun bersih
memikul belati tiada yang memilih

Jadikan bersih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Biarlah khazanah pintu terpilih

hohoohoh

Awak yang payah membelah ruyung
Orang bertandang yang beroleh untung
Akhirnya kita tak akan dihitung



Timbalan Menteri Kesihatan : 1 dari 5 Berpenyakit Mental

Sebelum Chua Soi Lek meletakkan jawatan, bekas menteri kesihatan tersebut pernah mendedahkan sebanyak 16 % rakyat Malaysia menghadapi penyakit mental. Atau sebanyak 3 juta dari 27 juta rakyat Malaysia yang mengalami masalah tersebut.




Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Abdul Latiff Ahmad pula mendedahkan seorang daripada lima penduduk Malaysia berisiko tinggi mengalami tekanan perasaan yang mendedahkan mereka kepada masalah mental peringkat awal jika dibiarkan. Gejala berkenaan yang majoritinya berpunca daripada amalan pemakanan dan gaya hidup masyarakat banyak melanda penduduk di peringkat usia 25 hingga 45 tahun.Lebih memburukkan keadaan, katanya, gejala berkenaan turut menyerang golongan profesional termasuk doktor dan pengamal perubatan, arkitek, jurutera serta akauntan.Katanya data ini bukan direka, sebaliknya ia dibuat berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tahun lalu. Mengikut kajian dan bancian tersebut, dua daripada 10 penduduk atau satu daripada lima penduduk terdedah kepada risiko stres,” .Abdul Latiff berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Wisma Leso Group of Companies (Leso) di Jalan Bukit Kemuning di sini hari ini.

Mengikut data terbaru ini bermakna 20 % ( 1 : 5) rakyat Malaysia yang mengalami penyakit mental. Lebih banyak 4 % dari data sebelum dari ini. Berarti dalam 100 orang terdapat 20 orang yang bermasaalah mentalnya.

Apapun alasan Tim. menteri Kesihatan, yang saya dapat simpulkan adalah kegagalan pemerintahan kerajaan BN itu sendiri. Dasar nya dalam semua bidang menekan dan menindas rakyat terutama rakyat bawahan, jiwa dan raga rakyat tertekan begitu teruk sekali dan terdedah kepada pelbagai penyakit termasuk penyakit mental.

Dijangkakan lebih ramai rakyat yang tertekan mentalnya jika BN terus menang dalam PR yang akan datang. Kerana Kemenangan BN setiap kali membawa " hadiah " yang cukup istemewa kepada rakyat iaitu kenaikan harga barang. Jika BA menjanjikan akan menurunkan harga minyak sekitar 30 sen, tidak mustahil BN akan menaikkan harga minyak sehingga 80 sen seliter. Kenaikan ini akan membawa kepada kesemua harga barangan lain.

Kita yakin dengan menolak BN maka akan aman dan damailah negara kita, banyak masalah akan diselesaikan dengan mengembalikan semua keadilan yang dianjurkan oleh Allah SWT yang diperlukan oleh rakyat tidak mengira bangsa dan agama dan telah sekian lama diperjuangkan.




Antara Kandungan Menifesto PAS

Berikut adalah antara kandungan Menefisto PAS yang disebut oleh Presiden PAS di dalam Ceramah Perdana di Madrasah As-Saadah, dekat sini malam tadi.






1. Menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘negara kebajikan’ sekiranya menang dalam pilihan raya umum ke-12.

2.Mengurangkan harga minyak petrol sekurang-kurangnya 30 sen daripada harga semasa .

3. Menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

4. Menawarkan sistem pembelajaran percuma tanpa dikenakan bayaran tambahan di sekolah rendah dan menengah bagi semua aliran.

5. Perkhidmatan kesihatan percuma di hospital kerajaan.

6. Rakyat miskin terutama warga emas juga akan diberi elaun sara hidup bagi menampung kehidupan mereka setiap bulan.

Penyakit...

Manusia sesungguhnya mengalami pelbagai penyakit. Penyakit manusia pada akhir zaman ini semakin aneh dan sukar mencari ubatnya. Islam menganjurkan kita untuk berikhtiar sedaya mungkin untuk menyembuhkan penyakit yang kita hadapi, setelah makan ubat baru berserah kepada Nya.

Firman Allah :

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku,(Asy-Syuaraa`:80 )

Setiap penyakit yang dihadapi oleh seseorang ada hikmahnya yang sendiri, sabda Nabi :
Dari `Aisyah ra. ia bercerita, bahwa ia bertanya kepada Rasulullah saw. tentang penyakit sampar, lalu beliau bersabda: "Penyakit sampar adalah sebagai siksa yang dikirimkan oleh Allah kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya, lalu Allah menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang beriman, Setiap hamba yang berada di sebuah negeri yang ia tinggali dan ia singgahi, ia tidak keluar dari negeri itu dengan bersabar dan mengharap pahala, ia mengetahui bahwa tidak ada sesuatu yang menimpanya kecuali apa yang telah ditetapkan oleh Allah kepadanya, mestilah ia mendapat pahala yang sepadan dengan pahala orang yang gugur sebagai syuhada`(HR: Bukhari)

Dalam hadits yang lain Nabi bersabda : Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati.

Manusia yang diciptakan oleh Allah SWT terdiri dari dua unsur utama iaitu Jasmani dan rohani. Kedua-dua unsur ini pasti dihinggapi penyakit dan pasti ada ubatnya. yang penting manusia itu sendiri mahu atau tidak menyembukannya.

Jika rohaninya penyakitnya suka mengumpat, ubatnya adalah hendaklah sentiasa berzikir atau ingat kepada Allah dan hukuman Allah kepada pegumpat yang amat keras. Jika jasadnya dihinggai penyakit pening kepala, ubatnya paling kurang makan sebiji pil dan sesudah itu berserah kepada Allah.

Kesimpulannya mustahil apapun penyakit tidak ada penyebuhnya. Maka berusahalah untuk menyembuhkan penyakit-pebyakit yang ada pada diri masing-masing, penyakit jasmani atau rohani.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.(Ali-`Imraan:159 )

Teruknya BN :40,000 anak India tiada surat beranak

Pendedahan mengenai 40.000 orang India tidak memiliki sijil kelahiran menggambarkan kelemahan pentadbiran kerajaan BN itu sendiri. Kenyataan ini dalam suatu segi lain adalah saya anggap sebagai strategi politik dan memujuk masyarakat India suapa kembali menyokong MIC dan BN.




Namun usaha kita ragu dan gentar kerana telah berulangkali ditegaskan dalam banyak tulisan bahawa orang India sah telah berubah angin. swing politik orang India telah mencapai tahap 360 darjah dan di atas tahap mendidih. Nasi telah menjadi bubur semua hati-hati dan perasaan rakyat telah terbakar hangus dan kita sepakat untuk menolak BN dan kita telah maklumkan BN adalah sangat bahaya kepada negara Malaysia.

Utusan melaporkan, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini bersetuju mewujudkan sebuah pasukan khas bagi menangani masalah kira-kira 40,000 anak kaum India luar bandar di seluruh negara yang tidak memiliki sijil kelahiran. Ahli MT UMNO,Mohamad Khir Toyo berkata, pasukan tersebut akan memasuki kawasan terpencil khususnya ladang untuk mengumpul maklumat terperinci bagi membolehkan golongan itu mendapat dokumen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Besar Selangor menambah, kerajaan akan menyiasat terlebih dahulu latar belakang kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapa mereka sebelum mengeluarkan sijil kelahiran bagi mengelak berlakunya penipuan. “Perdana Menteri yang mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO baru-baru ini mengarahkan sebuah pasukan khas ditubuhkan bagi menyelesaikan masalah pendaftaran anak kaum India yang tidak mempunyai surat beranak.

Persoalannya kenapa orang India begitu ramai sekali yang tidak mendaftarkan kelahiran anak. Jawapannya mudah sahaja kerana mereka rata-rata melahirkan anaknya diluar pengetahuan pihak berwajib iaitu melahirkan dirumah sahaja. Kalau beranak di hospital tentu urusan mendapatkan surat beranak dapat dikesan lebih awal.

Bukanya orang India sahaja seronok-seronok hendak beranak di rumah. Kita beranggapan mereka memang tidak mampu melakukan kerana walaupun ke hospital kerajaan mesti memerlukan wang. Mereka betul-betul terdesak dan miskin.

Kemiskinan ini lah yang didedahkan oleh HINDRAF, sekaligus senasiblah rakyat Malaysia tak kira bangasa, Melayu, Cina atau India jadi miskin kerana dasar BN yang tidak membantu rakyat. Politik pecah dan perintah BN pada dasarnya menguntungkan pemimpin-pemimpin politik kompenan BN sahaja. Yang merempat dan susah adalah rakyat bawahan.

Pesoalan keduanya saya kira adalah gimik politik kerajaan dan BN untuk memujuk dan buat baik kepada orang India yang menolak BN, kebimbangan ini semakin pasti menyebabkan banyak kerusi BN yang diwakili oleh MIC akan jatuh kepada pembangkang. Begitu juga kerusi Parlimen dan DUN yang komposisi orang Indianya adalah undi penentu. Di Perak tempat Presiden MIC dsi Sungai Siput juga sudah tidak selamat. Nama "abang Mie" sangat dibenci ditempatnya sendiri.
Pagi tadi apabila saya bertemu dengan seorang pemuda India, bila ditanya apa nak pangakah , tanpa berfikir panjang dia kata "bulan".
Kita yakin orang india tidak sedagkal itu fikiran mereka, mereka sudah cukup perit dengan penipuan selama ini. Ayuh teman-teman masyarakat India bersiap sedia untuk menjatuhkan BN untuk menaikkan Kerajaan Barisan Alternatif (BA) yang memberi keadilan kepada semua agama dan bangsa.

21 Januari 2008

Senyuman..

Senyum dalam Islam adalah sesuatu yang dianjurkan, dia dianggap sedekah dan suatu ibadah. Senyuman yang lahir dari hati yang ikhlas adalah gambaran akhlak yang terpuji yang menghubungkan hati antara manusia.



Senyuman memberi seribu makna dan menyejukkan mata yang memandang bagi yang menerima senyuman. Seorang suami yang memberi senyuman kepada isteri dan anak-anak mengambarkan betapa bahagianya keluarga tersebut berbanding seorang ayah atau suami yang mahal dengan senyuman.

Senyuman seorang ketua kepada orang bawahannya adalah suatu penghargaan kepada kerja yang dilakukan selama ini.

Dari A`isyah ra. ia berkata: "Aku sama sekali tidak pernah melihat Nabi tertawa yang sangat, sehingga aku bisa melihat Anak lidahnya, paling-paling beliau hanya tersenyum".(HR: Bukhari)

Senyuman adalah suatu sunnah yang perlu diamalkan oleh umatnya sehingga akhir zaman.

Saling Menghormati Yang Kaya Dengan Yang Miskin.

Allah maha menentukan kepada rezeki setiap makhluknya, kerana itu ada yang mendapat rezeki yang banyak dan ada yang mendapat rezeki yang sedikit malah ada yang gagal memperolihinya. Lalu terjadilah apa yang dikatakan kemiskinan.


Kemiskinan bukan milik sesuatu bangsa, agama dan suku, tetapi terdapat diseluruh pelusuk alam.Kalau ada yang menuding kepada segelintir umat Islam yang mengemis dan dianggap miskin, realitinya pandangan ini terpesong dari kenyataan. Ianya terjadi dimana-mana tidak mengira agama dan bangsa.

Sebetulnya yang merosakkan alam ini adalah orang yang kaya. Pencemaran udara tentunya dari kenderaan orang yang ada wang. Orang miskin cuma berjalan kaki sahaja atau menaiki basikal.

Namun orang miskin perlu berterima kasih kepada orang yang berada kerana segala hasil tanaman, ternakan yang diusahakan ada orang kaya yang membelinya. Inilah kehidupan bermasyarakat dan saling kebergantungan sesama makhluk.

Pada orang kaya ada hak orang miskin iaitu dalam bentuk Zakat yang difardukan untuk dibayar bila cukup nisabnya. Alangkah indahnya jika dua golongan ini saling memahami dan berkasih sayang. Sesungguhnya masing-masing mempunyai hak dan kewajipan yang saling memerlukan.

Kemuncaknya kita semua adalah makhluk Allah yang akan dinilai semua amalan sedikit ataupun banyak:


إِنَّ الَّذِينَ آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ وَأَقَامُواْ الصَّلاَةَ وَآتَوُاْ الزَّكَاةَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan shalat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al-Baqarah:282)

Siapa lobi jadi Menteri Besar Perak ?

PARIT BUNTAR 20 JAN ;- Kerusi Menteri Besar Perak hangat diperkatakan di negeri ini. Utusan hari ini turut melaporkan berita ada usaha pihak tertentu sedang melobi untuk menduduki jawatan tersebut.

Menteri Besar Perak Mohd. Tajol Rosli mendedahkan kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan Barisan Nasional (BN) Zon Utara Perak di sini hari ini. Zon Utara terdiri Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang dan Larut. Kata beliau walaupun tarikh pilihan raya umum belum lagi diketahui dan masih menjadi teka- teki, namun sudah terdapat gerakan pihak tertentu melobi pemimpin atasan semata-mata mahu merebut jawatan Menteri Besar Perak.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika diminta mengulas mengenai perkara itu menganggap ia sebagai perkara biasa lebih- lebih lagi ketika pilihan raya umum semakin hampir.“Dalam politik semua orang mesti ada cita-cita besar tersendiri, jadi kerja lobi melobi untuk menjadi Menteri Besar adalah perkara biasa,” katanya.

Realiti ini sedang hangat diperkatakan di Parit Buntar. Dikatakan Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Abdul Rahman Suliman yang juga merupakan Timbalan Menteri di jabatan Perdana Menteri adalah individu yang disebut oleh Menteri Besar Perak itu.

Isue ini telah kedengaran sejak tahun 2007 yang lepas. Menurut satu sumber dikatakan beliau akan bertanding di Kerusi DUN Titi Serong bagi merealisasikan hasrat tersebut. ADUN BN di Titi Serong pada masa ini ialah Abu Bakar Mat Ali, Seorang bekas kakitangan kerajaan yang pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir Kanan. Beliau memenangi kerusi DUN Titi Serong dengan majoriti, 2,587 undi dalam pilihan raya umum 2004 dengan mengalah calon PAS Ahmad Azhar Sharin yang menang pada PR ke 10 tahun 1999. Kedudukannya dikatakan tergugat disebabkan tempat ini akan diambil oleh Ketua Bahagian Parit Buntar itu.

Pada PR Umum ke 10 tahun 1999, calon PAS telah mendapat 8,358 dengan mengalahkan calon BN Abd Latif Bin Mat Ali yang mendapat 6,896 (majoriti 1,462).