Sahlah kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO. Kelmarin beliau dengan resminya telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO. Tahniah dan eloklah beliau telah membuat keputusan kerana Mohamad Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan telah keluar parti itu tahun lalu.Tambahan pula keputusan beliau untuk menyertai UMNO merupakan pilihannya sendiri.29 Mei 2008
Ezam lawan anwar dalam pilihanraya kecil ?
Sahlah kemasukan semula bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd. Noor ke dalam UMNO. Kelmarin beliau dengan resminya telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden UMNO. Tahniah dan eloklah beliau telah membuat keputusan kerana Mohamad Ezam yang juga merupakan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan telah keluar parti itu tahun lalu.Tambahan pula keputusan beliau untuk menyertai UMNO merupakan pilihannya sendiri.Tembok pemisah antara bangsa Cina dan India dengan Parti PAS telah roboh
ADUN PAS berbangsa cina asal Kelantan itu menjelaskan, kalau melihat kepada melayu dia tidak akan masuk Islam 22 tahun lepas.
Sambil itu beliau beliau menyeru supaya penduduk FELDA Kemahang meninggalkan perjuangan berasaskan melayu kerana "melayu" tidak boleh menyelamatkan, tetapi "berjuanglah atas dasar Islam", katanya.
28 Mei 2008
Jaga kebersihan untuk jaga imej Parit Buntar
27 Mei 2008
Kerajaan Selangor haram program berkaitan Islam Hadhari
SHAH ALAM, 26 Mei :- Kerajaan Selangor mengharamkan sebarang bentuk program yang mempunyai kaitan dengan Islam Hadhari mulai hari ini kerana tidak mahu konsep yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikembangkan di negeri itu.ADUN Titi Serong tahnik mulut bayi
Dianjurkan agar yang melakukan tahnik adalah orang yang memiliki keutamaan,dikenal sebagai orang yang baik dan berilmu. Dan hendaklah ia mendo’akan kebaikan (barakah) bagi bayi tersebut.
Dalil tentang tahnik ini disebutkan dalam beberapa hadits di antaranya.
MB Perak rasmi pelepasan konvoi Kembara Zakat 2008
IPOH, 26 Mei :- Menteri Besar Perak, Dato� Seri Mohammad Nizar Jamaluddin merasmikan pelepasan peserta konvoi Program Kembara Zakat 2008 di Kompleks Islam dekat sini pagi tadi. Beliau mengibarkan bendera negeri Perak sebagai perasmian upacara pelepasan tersebut kepada setiap sebuah daripada 20 buah kereta yang kesemuanya dijadualkan melakukan expedisi menjelajah seluruh Perak selama tiga hari bermula pagi ini.
Pasukan Kembara Zakat 2008 tersebut terdiri daripada 40 orang Pegawai dan Kakitangan Kutipan Zakat Pejabat Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perak yang beribu pejabat di Komplek Islam di sini.
Hari kedua, peserta kembara akan mengadakan pelbagai program bersama masyarakat di Masjid Daerah Manjung.
Majlis penutupan akan disempurnakan oleh ADUN Titi Serong, YB Drs Khalil Idham Lim pada jam 10.00 pagi di Masjid Muhyiddin Batu 5. Pada kesempatan itu juga akan diadakan penyampaian sumbangan pakej makanan kepada 50 orang fakir miskin.
Dialog bersama exco bincang pelbagai masalah penduduk
KUALA KANGSAR, 26 Mei:- Pelbagai masalah rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Rengas dekat sini telah dibangkitkan dalam perjumpaan bersama Exco Agama dan Kebajikan, Haji Mohd. Zainuddin Yusof semalam. Antara masalah yang dibangkitkan ialah mengenai kedudukan kuil-kuil Hindu, pelajaran anak-anak India yang tinggal di ladang-ladang getah, keselamatan jalan raya murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di Pekan Padang Rengas dan maslah ketiadaan jalan di Taman Perumahan Awam yang menghubungkan jalan raya utama.
Beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan Perak akan membantu mendapatkan geran hak milik tanah kekal kepada penoroka kebun dan kampung di Hulu Sungai Kangsar dekat sini yang menunggu sejak 30 tahun lalu.
"Segala usaha yang dilakukan itu adalah tanda kerajaan sekarang tidak lupa kepada rakyat setelah menang dalam PRU-12 lalu, tetapi sentiasa berusaha mencari jalan memberikan keselesaan hidup kepada semua rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto ketika kempen dulu," katanya.
Indah khabar dari rupa..
Saya sudah hampir tidak percaya langsung jika masih ada isu mengenai tuntutan pulau-pulau diperairan Malaysia dengan negara jiran terkini mengenai isu Pulau Pisang.Beberapa kenyataan dikeluarkan seolah-olah pandainya kita mengurus kedaulatan tanah air ini, sedangkan saya beranggapan ianya tidak lebih dari kenyataan untuk menutup malu setelah kita terlepas Pulau Batu Putih.
Al-kisah bermula suatu episod kononnya kerajaan perlu segera merangka program untuk membangunkan Pulau Pisang bagi menjamin status kedaulatan negara ke atas pulau tersebut berkekalan, selain memberi manfaat kepada masyarakat setempat. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut diminta mengkaji untuk mengambil alih pengurusan rumah api di pulau itu daripada Singapura.
26 Mei 2008
Drs. Khalil : Siapa lebih muaalaf, Melayu atau Cina?
Hadir sama dalam program tersebut adalah ADUN Tawang , YB. Ust. Hassan mahmood, Penghulu-penghulu, dan muslimat sekitar DUN tersebut.
Drs. Khalil menjelaskan inilah program yang pertama beliau hadir untuk menyampaikan ucapan sejak beliau mula berhijrah keluar dari kampungnya yang terletak dalam DUN Tawang sejak tahun 1985.
ADUN Titi Serong sampaikan sumbangan kepada fakir miskin
Sumbangan berupa sekampit beras, gula dan minyak masak itu diharapkan dapat meringankan sedikit beban kepada warga yang terpilih.
Drs. Khalil yang ditemui selepas program tersebut menjelaskan akan meneruskan pemberiaan sumbangan tersebut dari masa kesemasa mengikut keperluan dan bekalan yang beliau ada.
25 Mei 2008
Mangsa Korban Gempa Bumi Sichuan Meningkat kepada 60,560 Orang
CHINA , 24 Mei :-Mangsa korban gempa bumi Sichuan telah meningkat kepada 60.560 orang dan tiada kemalangan pekerjaan ekoran gempa bumi berlaku di kawasan bencana. Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Keselamatan Pekerjaan Negara China, Wang Dexue hari ini di Beijing berkata, pihaknya telah mengarah lombong-lombong, kilang bahan kimia yang berbahaya di kawasan bencana ditutup dan memindahkan pekerja ketempat yang selamat.
ADUN Titi Serong serah kutipan untuk magsa gempa di China
Dalam satu majlis ringkas yang diadakan di lapangan reakriasi Dataran Sungai Kerian pagi tadi, ADUN Titi Serong, YB. Drs. Khalil Idham Lim telah hadir bagi menyerahkan wang kutipan tersebut kepada wakil akhbar harian Guang Ming, En. Khor.
Beliau menyedari hal tersebut penting demi keselamatan pengunjung pada masa tersebut. Selain itu usaha yang dilakukan tersebut mendapat pujian dari ADUN Titi Serong.
Sambil mengalu-alukan kehadiran ke pejabatnya jika mempunyai masalah, beliau juga berjanji jika ada masayang terluang akan hadir sama mempelajari Taici.
PM perbodohkan rakyat Malaysia ?
Pertikaian mengenai status Pulau Batu Putih yang berlarutan selama 28 tahun akhirnya diputuskan hari ini oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di sini dengan menyerahkan kedaulatan pulau tersebut kepada Singapura.23 Mei 2008
MB Perak: Muzakarah membuktikan keperihatinan terhadap perkembangan dan ketamadunan islam
IPOH, 20 Mei:- Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak berkenan merasmikan Muzakarah Cendekiawan Islam 2008 Sempena Sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Baginda disini selasa lepas.Dalam buku cenderamata sempena majlis tersebut, MB Perak Y.A.B Dato' Seri Ir. Hj Mohammad Nizar Bin Jamaluddin berkata, bersyukur kehadrat Allah Subhana Wataa'la kerana pada tahun ini Kerajaan Negeri Perak sekali lagi dapat mengadakan Muzakarah Cendekiawan Islam Sempena Ulang Tahun hari Keputeraan Ke-80 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dengan temanya "PEMBENTUKAN MODAL INSAN TERBILANG KE ARAH NEGERI PERAK MAJU".
Sesungguhnya muzakarah yang kita adakan pada hari ini membuktikan keprihatinan Kerajaan Negeri Perak terhadap perkembangan dan ketamadunan Islam di negeri ini khususnya. Muzakarah kali ini sangat penting dalam memacu kemajuan negeri selaras dengan kehendak Allah S.W.T.
Mudah-mdahan muzakarah kita ini akan menjadi usaha murni dan menjadi satu ibadah yang diberkati Allah Subhanahu Wata'ala. Kerajaan Negeri Perak mengalu-alukan pandangan yang membina oleh para ulama' dan cendekiawan Islam dalam usaha mewujudkan sebuah negeri yang makmur dan maju dalam menuju wawasan Negeri Perak Maju.
Mari bermunajat selamatkan Pulau Batu Putih
PARIT BUNTAR, 22 Mei:- Esok adalah tarikh penting bagi seluruh rakyat Malaysia, dimana status Pulau Batu Putih akan ditentukan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung tuntutan bertindih Pulau Batu Putih, Middle Rocks dan South Ledge adakah milik Malaysia atau Singapura.Satu kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Parit Buntar, yang juga ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim supaya semua cawangan PAS di Parit Buntar mengadakan Zikir Munajat dan Majlis Bacaan Yassin bagi memohon daripada Allah supaya kedaulatan Pulau Batu Putih memihak kepada Malaysia.
Sehubungan dengan itu, ADUN Titi Serong juga berharap program yang sama dilakukan oleh seluruh peringkat parti di seluruh Malaysia.


