Muktamar PAS kali ke 54 kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menyempurnakan majlis perasmiannya. 08 Ogos 2008
Persiapan Muktamar PAS Ke 54 di Ipoh berjalan lancar.
Muktamar PAS kali ke 54 kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa akan menyempurnakan majlis perasmiannya. 07 Ogos 2008
Harapan di Muktamar PAS ke-54
Muktamar PAS Ke-54 yang bakal berlangsung di Perak Darul-Ridzwan dari 13 hingga 17 Ogos ini sudah tentu mempunyai makna penting atas beberapa sebab.Pertama, rakyat ingin melihat pernyataan komitmen PAS untuk turut memperkukuh Pakatan Rakyat. Justeru kerana Muktamar kali ini diadakan setelah Pakatan Rakyat, di mana PAS menjadi komponannya yang penting, menguasai lima negeri hasil keputusan PRU Ke-12 8 Mac lalu.
Pakatan Rakyat, yang berdepan dengan pelagai cabaran getir dari musuh politiknya itu sedang mengamil tempatnya yang kukuh di arena politik tanah air.
Bahkan sebelum itupun, Presiden PAS sendiri dalam satu kenyataannya baru-baru ini telah menyatakan ikrar untuk bersama-sama dalam Pakatan Rakyat dan akan turut memperkukuhnya.
Kehadirannya penting diiktiraf, kerana ia bukan sebuah parti pinggiran, atau parti yang tercungap-cungap menumpang hidup atas kudrat orang lain.
Dalam PRU Ke-12, PAS telah menampilkan jenteranya demikian tersusun dan kemas, kawalan keselamatannya yang cukup rapi dan berhikmah, solat hajat, doa munajat yang tidak putus-putusnya dari para Tuan Guru di setiap markas.
Jadi selepas menang ini, katanya, peranan pendukung PAS perlu diambil kira dan jangan sekali-kali mengenepikan peranan mereka selepas pilihan raya.
(Abdul Syukur Harun)
Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Beijing siap diatur.
BEIJING, 6 Ogos :-Persiapan Majlis Pembukaan Sukan Olimpik Beijing siap diatur. Demikian diumumkan oleh pegawai Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Beijing yang bertanggungjawab terhadap kerja majlis pembukaan, Encik Zhang Heping.Menurut beliau, majlis pembukaan itu akan berlangsung pada pukul 8.00 malam 8 Ogos di Sarang Burung, iaitu arena utama Sukan Olimpik.
Anwar sahkan bertanding di Permatang Pauh
Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumuman tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.
Permatang Pauh di Seberang Prai Tengah merupakan kawasan Parlimen yang amat menarik di Pulau Pinang kerana wakil rakyatnya beberapa kali bertukar sejak pilihan raya umum 1969.
Kerusi itu menjadi milik parti Perikatan pada pilihan raya umum 1969 setelah calonnya, Mohd Nor Bakar menewaskan wakil Pas, Musa Mohd Yatim dan pada 1974, Ariffin Md Daud, calon Barisan Nasional (BN) (yang menggantikan Perikatan), menewaskan Abu Bakar Murni dari Pekemas dan Baharuddin Ibrahim dari Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM).
Pada pilihan raya umum 1978, calon Pas, Zabidi Ali menewaskan Ariffin untuk mengambil alih kerusi itu, dan pada pilihan raya umum 1982, calon BN Datuk Seri Anwar Ibrahim merampas kembali kerusi itu daripada Zabidi dalam pertandingan yang turutu membabitkan Tan Ah Huat dari DAP.
Pada pilihan raya umum 1999, Anwar yang disingkirkan daripada Umno dan dikenakan hukuman penjara kerana tuduhan liwat dan rasuah tidak dibenarkan bertanding, dan kerusi itu dimenangi oleh isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menerusi parti baru, Parti Keadilan Nasional (PKR), yang kemudiannya menukar nama pada Ogos 2003 kepada PKR setelah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Wan Azizah, yang mempertahankan kerusi itu untuk tiga penggal, akhirnya melepaskan kerusi itu pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding semula di situ.
Bagi penduduk Permatang Pauh, penat pilihan raya umum 2008 pada 8 Mac lalu belumpun reda, dan kini mereka berhadapan kembali dengan tanggungjawab untuk membuat pilihan sekali lagi.
Permatang Pauh yang juga satu daripada 13 kerusi Parlimen di Pulau Pinang, memang ’panas’ sejak kawasan itu diambil alih oleh PKR daripada BN pada 1999.
Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu iaitu 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti kaum Cina (14,489) atau 24.79 peratus dan India 3,581 (6.3 peratus) serta lain-lain 240 (0.41 peratus).
Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Kerusi DUN Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus).
Kerusi DUN Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus).
Kerusi DUN Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus).
Pada pilihan raya umum lalu, Wan Azizah mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi.
Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan tetap akan bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini meskipun tuduhan dakwaan liwat di mahkamah, esok.
Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini, petang ini, Penasihat PKR itu juga menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan kejam dan konspirasi terancang kerajaan terhadapnya.
Beliau turut mempertikaikan tarikh mengundi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi tadi, sebagai 'unik' kerana menyukarkan pengundi keluar mengundi pada hari bekerja.
06 Ogos 2008
Fatwa: Tidak boleh buat pinjaman bank tunai Haji
KUALA LUMPUR, 5 July :- Umat Islam di negara ini diingatkan supaya tidak membuat pinjaman bank atau mana-mana institusi kewangan jika berhasrat untuk menunaikan ibadah haji, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Lebih baik menderma daripada beli rokok - MB Kelantan
KOTA BHARU, 4 Ogos : - Mereka yang gemar merokok disaran meninggalkan tabiat buruk tersebut dan menggunakan wang membeli rokok itu untuk menderma.Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tidak seorang pun pegawai perubatan menyebut merokok tidak membahayakan kesihatan.
"Sekiranya wang berkenaan digunakan untuk menderma termasuk pembinaan masjid, dan sekolah, ia dapat membantu seseorang itu di akhirat kelak.
"Lebih baik saya mengeluarkan perkataan kurang ajar di dunia ni berbanding balasan neraka jahanam kepada mereka yang tidak mengerjakan solat," katanya.
Timbalan PM resmi Persidangan Parlimen Komanwel.
Majlis mengangkat sumpah Ahli Majlis Daerah Kerian berjalan lancar.
No. 11, Jalan Permai 3/4,Taman Kerian Permai,34200 Parit Buntar.
05 7163549 / 012 4618869
173-A, Jalan Sungai,34200 Parit Buntar.
012 5666765
300, Jalan Pantai,34350 Kuala Kurau.
014 6029780
155, Jalan Pantai,34350 Kuala Kurau.
016 4108155
No. 34, Jalan Besar,34350 Kuala Kurau.
05 7147334 / 012 5785987
No. 20, Jalan Perdana 1/15,Taman Serai Perdana,34300 Bagan Serai.
013 4312251
478F, Sungai Kota,Bagan Tiang,34250 Tanjung Piandang.
017 4299354
No. F493A, Titi Serong,34200Parit Buntar.
019 5760800
No. 14, Jalan Abdul Raof,34200 Parit Buntar.
012 4123141
No. 17, Parit Telok Pial Darat,Jalan Bharu34200 Parit Buntar.
012 4423941
No. 3, Jalan Merbau,Taman Setia Jaya,34200 Parit Buntar.
05 7160873 / 019 4632597
No. 24, Parit Hj. Taib 1,34300 Bagan Serai.
05 7211748 / 019 4141167
No. 25, Parit Hj. Tahir,Telok Medan,34300 Bagan Serai.
019 4144225
No. 80, Jalan Murni 1,Taman Murni,34200 Parit Buntar.
013 4859981
No. 35, Tingkat 1,Jalan Temenggong Pusat Bandar,34200 Parit Buntar.
05 7166567 / 012 4299930
No. 20, Jalan Penkalia,Taman Pekan Baru,34200 Parit Buntar.
05 7161797 / 012 4332080
No. 222-E, Jalan Dennistown,34200 Parit Buntar
012 4751041
No. 402, Bagan Selatan,34250 Tanjung Piandang
017 4751041
35-B, Kampung Padri,34300 Bagan Serai.
019 4136204
Simpang Lima,Alor Pongsu,34300 Bagan Serai.
019 4352165
No. 7109, Jalan Balik Bukit,Batu 11,34400 Semanggol
019 5111099
No. 75, Kampung Raja Bashah,34350 Kuala Kurau.
017 5367806
F18, Kampung Hj. Musa,Titi Serong,34200 Parit Buntar.
019 4003776
No. 24, Batu 10,Jalan Krian,34400 Taiping.
019 5757593
Jalinkan silaturrahim.
“Barangsiapa yang ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia sukakan menjalin silaturrahim” (HR. Bukhari). Dalam berinteraksi sebagai makhluk sosial, manusia diibaratkan seperti senduk dan belanga. Maksudnya, dalam interaksinya, senduk seringkali menyentuh belanga, bahkan sampai mengeluarkan bunyi agak kuat. Namun keduanya seakan-akan selalu bermaaf-maafan dan menjadi teman setia sekian lama. Demikian juga manusia, yang dalam interaksi sesamanya kadangkala menyentuh hati manusia lain. Sebab itu Islam menganjurkan kita untuk selalu memperbaharui silaturrahim.
04 Ogos 2008
Siapa benar ? siapa salah ? mustahil semua benar ? mustahil semua salah ?
Antara Saiful, Anwar dan Najib semuanya mempunyai alasan dan hujah yang telah dikemukakan kepada rakyat, terserahlah kepada rakyat untuk menilainya. Khususnya kepada DS Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan ditandinginya akan mengambarkan kedudukan sebenar sokongan rakyat kepadanya.
Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."
Mana dia Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia?
Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.
Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.
Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.
"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.
"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.
Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.
Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan."
Janji Menteri Penerangan.
Liputan berita mengenai pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh akan dibuat secara adil dan profesional, kata Menteri Penerangan , Ahmad Shabery Cheek hari ini.Beliau berkata, selain memastikan perkara itu dipatuhi stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), ia juga akan dimaklumkan kepada pengamal media lain.
Pematang Pauh jadi tumpuan kembali.
Parlimen Permatang Pauh setelah dikosongkan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden KeAdilan. Kini telah sahlah Ketua Umum Parti KeADILan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding ditempat itu.Pada tahun 1999, Wan Azizah menang dengan majoriti 9077 menewaskan bekas Setiausaha Politik Anwar, Dato' Dr Ibrahim Saad, dikatakan kerana undi simpati terhadap Anwar. Pada 2004 kerusi Permatang Pauh dikekalkan dengan majoriti yang kecil (590 undi) dengan menewaskan bekas Imam Besar Masjid Negara, Dato' Pirdaus Ismail. 2008 menyaksikan Wan Azizah mengekalkan kerusinya dengan majoriti lebih besar iaitu 13,388.
03 Ogos 2008
UMNO Perak sekali lagi melamar PAS bentuk kerajaan
Maksud firman Allah SWT:“Jika kamu mendapat sesuatu kebaikan, maka mereka menjadi tidak senang kerananya; dan jika kamu ditimpa oleh sesuatu bencana, mereka berkata: “Sesungguhnya kami sebelumnya telah memperhatikan urusan kami”, dan mereka berpaling dengan rasa gembira.” (At-Taubah:50)
Dalam ucapan alu-aluan di majlis perasmian Konvensyen PAS Perak Kali Ke-13 di Ipoh pada 26-27 Julai 2008 yang disempurnakan oleh Dato’ Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, saya mengulangi lagi ketegasan PAS menolak sebarang rundingan untuk membentuk kerajaan dengan UMNO/BN di Perak. Saya menegaskan bahawa PAS akan tetap bersama Pakatan Rakyat. Saya lihat Dato’ Ngeh Koo Ham, Pengerusi DAP Perak dan Hj Ismail Yusof, Pengerusi Perhubungan PKR Perak, kedua-duanya mengangguk-angguk sambil tersenyum mendengar penegasan saya di hadapan lebih 800 orang peserta konvensyen. Turut hadir dif-dif jemputan dari pimpinan DAP dan PKR, ketua-ketua Kelab Penyokong PAS, wakil-wakil NGO dan Dewan Perhimpunan Cina Perak serta Yayasan Orang Asli Perak (YOP).
Tiba-tiba tak semena-mena sehari selepas konvensyen itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Dato’ Seri DiRaja Mohamad Tajol Rosli mengadakan satu sidang akhbar di Ipoh. Kononnya sebagai respon kepada kenyataan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS yang melontarkan cadangan supaya UMNO dan PAS dibubarkan dan ditubuh satu parti baru berteraskan Islam sekiranya orang Melayu/umat Islam negara ini hendak benar-benar disatukan.
Dalam sidang media itu, Tajol Rosli menawarkan kepada PAS Perak untuk membentuk kerajaan baru bersama UMNO/BN. Beliau bersetuju supaya jawatan Menteri Besar Perak terus dipegang oleh Menteri Besar yang mewakili PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekarang. Beliau sendiri tidak akan memegang sebarang jawatan Exco atas alasan supaya tidak dituduh mengontrol kerajaan PAS/UMNO yang dicadangkan itu. Dalam tawaran pada kali ini tidak disebutkan samada jawatan speaker diberi kepada PAS seperti yang pernah ditawarkan dahulunya selain daripada 4 jawatan Exco.
Berita selanjutnya:http://usahmadawang.blogspot.com/
Janganlah penyokong PAS berbalah dengan pemimpin disebabkan muqabalah
Maksud firman Allah SWT:“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.” (Al-Anfal:61-62)
Lebih seminggu saya sibuk bergerak di antara KL/Ipoh/Kota Bharu kemudian balik ke Semanggol dan seterusnya berada di Ipoh selama 3 hari kerana bermesyuarat dan menghadiri Konvensyen PAS Perak Ke-13.
Saya tidak membuat sebarang posting dalam blog saya lebih seminggu kerana menunggu-nunggu agar keresahan dan kekeliruan terutama di kalangan akar umbi penyokong PAS mengenai isu apa yang dinamakan Muzakarah UMNO/PAS dapat diredakan. Ini apabila presiden Tuan Guru Hj Hadi bersama 5 ahli Majlis Syura termasuk saya membuat pertemuan dengan Tuan Guru Mursyidul Am di JKR 10, Kota Bharu pada petang Rabu 23 Julai 2008. Selepas pertemuan tersebut yang berlangsung kira-kira 1 jam, Mursyidul Am memberitahu wartawan media termasuk TV3 bahawa kenyataan beliau mengenai apa yang dikatakan Muzakarah UMNO/PAS itu tdak bercanggah langsung dengan kenyataan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang, iaitu tidak ada sebarang perbincangan atau perundingan dengan UMNO untuk membentuk kerajaan dengan UMNO/BN. Mursyidul Am menegaskan isu muzakarah sudah ditutup fail. Yang boleh diadakan ialah muqabalah atau pertemuan bersemuka untuk berbincang perkara mengenai kepentingan Islam dan rakyat amnya.
Berita selanjutnya: http://usahmadawang.blogspot.com/