IPOH: Perak became the first state to form the "Free Teresa Kok" caucus aimed at seeking a solution for the immediate and unconditional release of the Selangor state executive councillor and Seputeh MP from ISA.26 September 2008
PERAK THE FIRST STATE TO SET UP CAUCUS
IPOH: Perak became the first state to form the "Free Teresa Kok" caucus aimed at seeking a solution for the immediate and unconditional release of the Selangor state executive councillor and Seputeh MP from ISA.25 September 2008
Kuih Kalakataar.
Beberapa hari kebelakangan sejak pertengahan puasa lepas ramai orang membicarakan tentang kuih tradisi orang Banjar "kalakataar"(lihat :http://adamftrade.blogspot.com/ )Terasa istimewa pula sebab isteri saya adalah orang Banjar dan kuih itu telah menjadi kegemaran sejak khawin dengan isteri tercinta.Kalau bercakap mana dia kalakataar yang paling sedap saya spontan akan menjawab yang paling sedap adalah yang dibuat oleh isteri dan ibu mertua kesayangan. Satu lagi yang dijual disebuah warung kecil di Parit Teluk Pial dalam DUN Kuala Kurau tidak kurang juga sedapnya.
Anak-anak kami semuanya gemar memakan kuih itu, pastinya memberi semangat kepadanya untuk membuat kuih itu kalau ada kelapangan.
Biarlah kita riuh dengan kalakaatar tetapi masalah lain banyak lagi yang kita kena selesaikan dan fikirkan. Kulakataar akan terus kekal sebagai kuih tradisi orang Banjar namun masalah yang meghadapi masyarakat dan bangsa serta suku Banjar kita kena selesaikan.
Minyak turun 10 sen.
Sesi persekolahan 2009 bermula 4 Januari
KUALA LUMPUR 24 Sept. — Sesi persekolahan untuk tahun depan bagi negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 4 Jan manakala bagi negeri-negeri lain adalah pada hari berikutnya.Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran mengenai kalendar persekolahan tahun depan, penggal pertama bagi sekolah-sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah dari 13 Mac hingga 21 Mac, cuti pertengahan tahun dari 29 Mei hingga 13 Jun, cuti penggal kedua 21 Ogos hingga 29 Ogos, dan cuti akhir tahun dari 20 Nov hingga 2 Jan 2010.
Harga minyak dijangka turun lagi 10 sen sahaja.
Harga minyak dijangka diturunkan sebanyak 10 sen lagi, selepas penurunan sebanyak 15 sen bulan lalu. Berikutan itu, harga minyak petrol jenis RON 97 dijangka turun kepada RM2.45 seliter manakala RON 92 pula berharga RM2.40.
Kerajaan juga dijangka mengumumkan pengurangan minyak diesel, juga sebanyak 10 sen, kepada RM2.40 seliter.

Jikalah benar seperti yang dijangkakan nampaknya penurunan ini tidak dapat meringankan beban rakyat yang ditanggung selama ini.
24 September 2008
Raja Nazrin berbuka bersama rakyat di Gunung Semanggol.
BAGAN SERAI, 22 Sept. :- DYTM Raja Muda Perak, Raja Nazrin telah menemuai rakyat di Daerah Kerian dalam satu majlis Berbuka Bersama Rakyat dalam siri lawatan ke semua daerah di Perak sempena Bulan Ramdhan pada tahun ini.
Raja Nazrin besalaman dengan kanak-kanak yang hadir.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamluddin, Exco Kerajaan Negeri, Jamaluddin Md. Radzi, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dr. Abd. Rahman Hashim, Pegawai Kewangan Negeri, Jamalludin Al Amini bin Haji Ahmad, ADUN Selingsing, Hussin Din, ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim, ADUN Kuala Kurau, Ab. Yunus Jamhari, Pesurhjaya PASSerak, Ust. Ahmad Awang, Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadli, Orang Besar Jajahan Kerian, Datuk Seri Zulkifli , Penghulu-penghulu Mukim, Ketua-ketua Kampung, Dif-dif kenamaan dan masyarakat setempat.
Raja Muda Perak menyampaikan wang zakat kepada Penghulu Mukim
Majlis dimulai dengan Tazkirah dari YAB Menteri Besar sebelum ketibaan DYTM Raja Nazrin.
Selepas majlis berbuka, Raja Nazrin telah sembahyang Maghrib berjemaah bersama rakyat dimesjid yang sama.
Tazkirah oleh YAB Menteri Besar Perak.
Program diteruskan dengan sembahyang Isya dan Tarawikh berjemaah. Selesai menunaikan sembahyang, Raja Nazrin telah melayani rakyat yang berbaris panjang dari dalam mesjid sehingga ke kenderaan rasmi.
MB Perak serah kuih raya untuk pasukan keselamatan
IPOH, 22 sept :- Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada jasa dan khidmat pasukan keselamatan untuk menjaga keamanan negeri perak yang kita sayangi, demikian antara ucapan YAB Menteri Besar Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin semasa menyampaikan sumbangan kuih Hari Raya kepada Pasukan Keselamatan yang bertugas dihari raya di Kediaman Resmi Menteri Besar di sini.
Menteri Besar bersama Isteri memeriksa bungkusan sambil diperhati YB. Nga.
Hadir sama dalam Majlis tersebut ialah Speaker Kerajaan Perak, V. Sivakumar dan isteri, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, Ahli-ahli Yang Berhormat ADUN Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan.
Menteri Besar juga mengucapkan terima kasih atas gembelingan tenaga semua pihak untuk menyusun dan membungkus kuih.
"Anggaplah sumbangan ini sebagai suatu simbol dari Rakyat Perak bagi menghargai jasa anggota keselamatan yang bertugas semasa perayaan " katanya.
Dalam ucapan balas bagi mewakili pasukan keselamatan Ketua Polis Perak, Zulkefli Abdullah menyatakan tahap keselamatan di Perak pada masa ini adalah terkawal. Beliau juga menyeru semua pihak memainkan peranan menasihati dan mendidik rakyat supaya rakyat mengutamakan keselamatan.
"Pemberian kuih raya oleh kerjaan Negeri Perak amatlah kami harga dan kami mengucapkan terima kasih" ucapnya sebelum menghabiskan ucapan.
23 September 2008
ADUN Titi Serong agih dana Ramadhan kepada Masjid dan Surau
PARIT BUNTAR , 21 Sept. :- Satu Majlis Penyampaian Dana Ramadhan telah diadakan di sini hari ini di mana ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah menyampai sumbangan Kerajaan Negeri Perak kepada 15 Mesjid dan 50 Surau dalam DUN titi Serong. Ketua Kampung Parit Kasa, Hj. Ahmad menerima sumbangan untuk Surau Parit 3.
Setiap mesjid dan surau disalurkan wang sebanyak RM 200 ringgit dengan jumlah keseluruhan sumbangan yang diagihkan sebanyak RM 13,000.
Selain itu diadakan juga penyerahan Cek-Cek "Out Right Grant"sumbangan kepada 5 persatuan dan NGO yang terletak dalam DUN iaitu Khairat Kematian Sungai Labu, PAKSI, Persatuan Murid Tua Sin Hwa, PIBG SK Titi Serong dan Rukun Tetangga Tanah Kebun.
Bendahari Mesjid Kg. Kedah, Hj. Mohd. Yusof menerima sumbangan.
Pada Kesempatan itu satu pengisian tazkirah Ramadhan telah disampaikan oleh Ust. Zakaria Hamzah dari Pulau Pinang.
Semasa menyampaikan ucapannya ADUN Titi Serong menjelaskan dia telah mengusahakan dana dari Kerajaan Negeri bagi memastikan jumlah Mesjid dan Surau yang banyak dari DUN lain diagihkan sedikit dana secara sama rata.
Ust. Zakaria sedang menyampaikan Tazkirah.
"Sebab itulah saya berikan dipenghujung bulan bagi memastikan ianya dapat dimanfaatkan sebelum Ramadhan berakhir" Katanya.
Beliau juga mengumumkan dan menjemput semua hadirin ke Majlis Jamuan Aidil Fitri ditempat yang sama pada 5 Syawal.
Hadirin yang mewakili Mesjid dan Surau.
"Semua fasiliti yang ada di Pejabat ADUN saya kira sudah lengkap semuanya untuk memastikan segala urusan dengan semua Penghulu, Ketua kampung, Mesjid , Surau dan rakyat di DUN ini berjalan lancar" ,tegasnya.
Doa di bulan Ramadhan
Tiga golongan manusia yang tidak pernah ditolak doanya oleh Allah. Salah satunya adalah orang yang berpuasa sampai ia berbuka (HR Tirmidzi).Bila direnungkan, orang-orang beriman sentiasa berada dalam berdoa dalam hidupnya. Bukan hanya ketika sedang memanjatkan doa dan ketika sedang melakukan sembahyang, tetapi juga ketika sedang mencari nafkah. Semuanya berkaitan erat dan saling mempengaruhi satu sama lain.
Jumlah Eksport China Meningkat 12.5%
Jumlah eksport China meningkat 12.5% dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah import pula meningkat hampir 10%.Jabatan Pentadbiran Am Kastam China mengeluarkan laporan hari ini yang menunjukkan, jumlah eksport tersebut mencatat 802.9 bilion dolar Amerika. Manakala, jumlah import pula mencatat 679.2 dolar Amerika. Serentak itu, harga eksport meningkat hampir 10%, manakala harga import meningkat hampir 20%. Jumlah dan harga produk yang dieksport ke Kesatuan Eropah, A.S. dan Jepun meningkat.
Tarikh 9 Oktober: Terpulang kepada PM untuk putuskan
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata terpulanglah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan sama ada akan mengundurkan diri atau tidak pada 9 Oktober.Ringgit tidak ditambat semula
Malaysia tidak akan menambat semula ringgit seperti disarankan oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak hari ini.21 September 2008
Berpeganglah kepada Al Quran dan sunnah Nabi
“Kutinggalkan untuk kalian dua perkara yang kalau berpegang kepadanya kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, iaitu Al-Quran dan sunnah” (HR. Al-Hakim). Al-Quran diturunkan Allah agar menjadi pegangan hidup bagi manusia, supaya tidak tersesat dalam hidup ini. Sebagai pegangan hidup, Al-Quran sepatutnya didekati, dibaca, difahami, dan diamalkan, samasekali bukan untuk ditakuti. Jika ditakuti berarti akan dijauhi.
PM adakan pertemuan dengan pemimpin UMNO Perak
IPOH ,20 Sept. :-Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin-pemimpin Umno Perak dari peringkat bahagian, pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri di Bangunan Ibu pejabat Umno Perak di sini.Abdullah yang tiba kira-kira pukul 6.30 petang, disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali serta pemimpin Umno negeri yang lain.
Bernama
Pak Lah mesti berundur kalau tak mahu dimalukan
Majlis Tertinggi UMNO telah menasihati Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara secara sukarela, segera dan terhormat. Jika tidak, kemungkinan besar Abdullah akan disingkirkan oleh majoriti bahagian UMNO yang memulakan perwakilan bahagian masing-masing pada 10 Oktober 2008.Lantaran itu, Abdullah dijangka mengumumkan tarikh persaraannya daripada siasah dan kerajaan dalam tempoh terdekat ini demi agama, bangsa dan tanahair, selewat-lewatnya pada 9 Oktober 2008.