08 Mac 2009

Jagalah kata-kata mu.

“Wahai orang-orang beriman, takutlah kalian kepada Allah dan berkatalah dengan kata-kata yang benar” (QS. al-Ahzab: 70).

Banyak sekali kata-kata manis diucapkan di mana-mana, Ada berjuta janji dipampang dalam bentuk iklan dan slogan , sehingga tidak semua sempat di baca . Namun, perlu difahami, akan timbul rasa jemu yang muncul pada manusia bila terlalu banyak berhadapan dengan kata-kata dan janji manis. Rasulullah SAW juga menganjurkan kita untuk sentiasa berhati bila kata-kata, sebab tidak sedikit di antara kata-kata itu terkandung dosa dan mengundang bahaya.

Kerana dosa dan bahaya itulah, Rasulullah SAW mengajak kita untuk memelihara mulut, dengan selalu memilih dan berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata yang benar dan bermanfaat.

Sabda Rasul SAW, “Setiap ucapan anak-anak Adam itu membahayakan dirinya(tidak bermanfaat), kecuali kata-kata berupa amar makruf nahi mungkar dan zikrullah” (HR Tirmidzi).

Dalam hadits yang lain, Rasulullah bersabda, “Yang paling banyak membuat manusia masuk ke neraka adalah karena dua lubang, yaitu mulut dan kemaluan” (HR Tirmidzi).

Untuk menghindari dosa dan bahaya, lebih baik diam saja kalau apa yang diucapkan tidak bermanfaat bagi diri sendiri atau orang lain, kata Rasulullah SAW (HR. Bukhari dan Muslim). Tentunya, diam yang beginilah yang paling berarti.

Sedangkan diamnya seseorang terhadap kemungkaran yang terjadi di sekitarnya sama dengan ikut membiarkan kemungkaran itu terjadi. Sangat malang jika orang yang diam ketika kemungkaran terjadi di sekelilingnya.

TERKINI 3.42 : Presiden PAS arah semua bersurai.

Presiden PAS,Tuan Guru Dato'Seri Hj.Abdul Hadi Awang mengumumkan kepada yang hadir supaya bersurai sebentar tadi.

Polis tembak gas kepada penentang PPSMI

Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis.

Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.

Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut, orang ramai berpakaian putih - sebagai lambang membantah PPSMI - bertempiaran lari. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.

Walaupun mereka bersurai seketika cuba mengelak asap gas pemedih mata, sebahagian terus berdegil cuba berarak ke istana.

Manakala polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra.

Sebahagian peserta demonstrasi cuba bergerak kembali ke Masjid Negara.

Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.

Polis menutup Lebuhraya Mahameru - dari arah Sungai Besi - bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut.

Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.

Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.

Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.

Kawasan tersebut, yang dijadikan daya tarikan pelancong, kini dikawal ketat oleh polis.

TERKINI 3.34 PM.

3.34 pm
Laporan dari harakah

Menurut beliau, kawasan sekitar Istana Negara kelihatan 'memutih' kerana lebih 100,000 orang ramai masih bertahan sungguhpun terasa bahang gas pemedih mata yang dilancarkan oleh FRU.

"Saya sudah tak nampak kawasan sekitar, mata sangat pedih kena tembakan gas...saya akan maklumkan kemudian," katanya singkat ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

3.32 pm
Terkini !!! menurut Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang berada di lokasi berhampiran Istana Negara memaklumkan bahawa Sasterawan Negara A. Samad Said ditangkap oleh pihak polis di depan pintu istana.

3.29 pm
Pihak FRU memberi amaran melalui pembesar suara melarang orang ramai masuk ke kawasan masjid dan di arah meninggalkan masjid.

laporan dari tukar tiub -
Pihak polis sedang bercakap melalui alat pembesar suara memaksa warga yang berada didalam Masjid Negara agar meninggalkan masjid.

Pihak polis sedang melarang warga dari datang ke masjid.

Pihak polis meminta para demonsran meninggalkan kawan Masjid Negara.

3.28 pm
Blogger Mat Comot yang berada di dalam masjid telah terkena gas pemedih mata. Ramai yang menjerit jerit ke arah Polis dan FRU yang berada di luar pagar. Dalam masjid pun tak selamat lagi.

3.23 pm
Sebuah kenderaan polis pecah cermin. Peserta sudah masuk kedalam kawasan masjid tetapi mereka terus di serang. Tembakan gas pemedih mata hampir 20 di lepaskan dan air kimia turut di tembak sama. Ramai mencari tempat perlindungan.

3.19 pm : Polis tembak gas pemedih mata dalam Masjid Negara.



Sekarang polis tembak gas pemedih mata dalam masjid negara.Semua berkumpul dalam masjid negara.

Sekarang suasana huru hara .....Pedih mata.... Budak kecil yang berteduh dalam masjid pun terkena semburan gas pemedih mata. Pemuda Besut.

TERKINI 3.21 PM.

3.21 pm
Kumpulan PKPIM yang bertahan di Kampong Atap dengan KERANDA 152 telah mula berundur
ke Masjid Negara.

KERANDA 152 - adalah simbol perjuangan Bahasa Melayu. Angka 152 adalah fasal Bahasa Melayu di dalam Perlembagaan Malaysia. - tukar tiub

3.19 pm
DI laporkan satu tembakan pemedih mata masuk ke kawasan masjid. Laporan terperinci sedang di nanti.

3.17 pm
Ustaz Riduan Mohd Nor mengajak orang ramai untuk kembali semula ke Masjid Negara memandangkan pihak polis masih bertalu melepaskan gas pemedih mata.
Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said kelihatan berada di pintu pagar Istana Negara. - laporan harakah .

Terkini 3.09.

3.09 pm
laporan dari tukartiub

Mata mata dan FRU sedang mengepong Masjid Negara. Para demonstran yang ingin mengundur dan berkumpul kembali ke Masjid Negara sedang di serang dengan gas pemedih mata dan tembakan meriam kimia.

3.06 pm
Seorang wanita jatuh pengsan. sementara pakcik yang pengsan tadi adalah dari pahang. Masih mendapatkan rawatan dari unit amal.

3.05 pm
Mat comot sedang meriba seorang tua yang pengsan akibat gas pemedih mata, Sementara wakil blogger perak sedang berpatah balik. Terdapat sekatan di roundabout public bank.

Terkini sehingga 2.59 pm.

2.59 pm
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.
- laporan dari tukartiub

2.56 pm
Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.
Rombongan mendapat arahan dari TG Haji Hadi untuk berundur ke Masjid Negara.
Kumpulan kini di anggarkan kesemuanya mencecah 150,000 orang - laporan dari Harakah
Tuan Haji Mahfuz pun ada di lokasi2.59 pm
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

MAT SABU KENA TEMBAKAN GAS DAN KIMIA.

BELIAU SEDANG DI BERI MINUM AIR DAN DI KIPAS UNTUK MELEGAKAN NAFAS.
- laporan dari tukartiub

2.56 pm
Polis masih terus melepaskan gas pemedih mata. Dalam masa yang sama amaran dikeluarkan agar semua bersurai jika tidak tangkapan akan dilakukan.
Rombongan mendapat arahan dari TG Haji Hadi untuk berundur ke Masjid Negara.
Kumpulan kini di anggarkan kesemuanya mencecah 150,000 orang - laporan dari Harakah
Tuan Haji Mahfuz pun ada di lokasi

2.52 pm
Ledakan gas pemedih mata berdentum dentam. FRU menyerang di celah celah bangunan. Rakyat sedang berhadapan dengan FRU. Semua masih berusaha untruk ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Raja mereka.
Halangan terus berlaku. Unit amal sedang membantu untuk meneruskan rombongan.

2.52 pm
Ledakan gas pemedih mata berdentum dentam. FRU menyerang di celah celah bangunan. Rakyat sedang berhadapan dengan FRU. Semua masih berusaha untruk ke istana negara untuk menyerahkan memorandum kepada Raja mereka.
Halangan terus berlaku. Unit amal sedang membantu untuk meneruskan rombongan.

2.59 pm
MAT SABU PEMIMPIN PARTI PAS HAMPIR PENGSAN. KETIKA BERITA INI DITULIS BELIAU SEDANG TERBARING DAN SEDANG DI RAWAT OLEH UNIT AMAL.

Terkini sehingga 2.42 pm.

2.42 pm
Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini. - laporan malaysiakini.

2.40 pm
laporan dari tukar tiub -
PARA DEMONSTRAN YANG DI GANGU OLEH TEMBAKAN GAS PEMEDIH MATA KINI
TELAH BERJAYA BERKUMPUL KEMBALI.

PARA DEMONSTRAN BERTEKAD UNTUK SAMPAI KE MASJID NEGARA

2.38 pm
Di laporkan ada blogger yang kena gas pemedih mata dan ramai antara mereka terpaksa berpatah balik. Sebahagian sudah melepasi dan tidak dapat di ketahui siapa yang berjaya melepaskan diri dari sekatan. Laporan sedang di nanti.

2.36 pm
Mat comot melaporkan GAS PEMEDIH MATA sudah di lepaskan di sekitar kampong atap untuk menghalang rombongan. Orang ramai bertempiaran dan berpecah. Keadaan menjadi kecoh. Wak suruh mat comot pergi ke depan, tapi dia kata dah lupa bawak topeng muka.

2.33 pm
Rombongan dari SOGO sudah bersatu dengan rombongan dari Daya bumi. Di anggarkan 5,000orang mengikut laporan dari harakahdaily.

Sementara itu rombongan sudah melepasi kampong atas dan tidak lama lagi akan sampai ke istana negara. anggaran masa lagi 3 ke 5 minit.

Trak FRU sedang bergerak untuk membuat sekatan menghala ke istana.

2.30 pm
Blogger mat comot melaporkan keadaan berjalan dengan baik. mengikut pengiraan dia, jumlah rombongan di anggarkan sekitara 20,000 ke 30,000. Panjang !!! dan melalui tepian jalan.

Hanya kelihatan 1 helikopter di ruang atas dan berita sedang di nantikan dari rombongan dari sogo.

2.25 pm
pada jam 2.20 pm tadi, Dianggarkan lebih 1,000 orang sedang berarak daripada Pasar Seni ke arah dataran Merdeka dengan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Chik.

2.24 pm
Blogger perak berada di sana dan sedang mengambil gambar dan video untuk di download kemudian.

2.22 pm
Selain dari pemimpin anti PPSMI, dilaporkan oleh tukartiub bahawa Chegubard kelihatan berada di depan.

Sepanjang jalan riuh rendah dengan bunyi hon dari kenderaan termasuk bas dan lori.

Sedang menanti berita dari SOGO.

2.21 pm
Sepanjang perjalanan, banyak kenderaan yang membunyi kan honk tanda sokongan. Cuaca masih lagi hujan rintik rintik dan mereka sedang menuju ke istana.... laporan dari blogger topeng perak.

2.16 pm
Sejumlah hampir 13,000 orang sedang bergerak dari Masjid Negara dan menuju ke Istana.
Kumpulan yang sedang menanti di Sogo juga turut bergerak ke arah yang sama.

Helikopter berpecah kepada 2, satu di atas rombongan istana dan sebuah lagi mungkin menuju ke Sogo.

2.13 pm
Perbincangan dengan pihak polis untuk ke istana negara beramai ramai gagal !!!
FRU menghalang orang ramai meninggalkan kawasan Masjid.

Rempuhan di buat dan pihak FRU tidak dapat mengawal keadaan dan sekarang rombongan sudah bergerak ke Istana Negara.

1 anggota UNIT AMAL telah di pukul oleh anggota FRU dan beberapa orang lagi di tahan.

2.10 pm
Jumlah FRU teramat kurang berbanding mana mana perhimpunan yang di lakukan sebelum ini.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

2.01 pm
laporan dari tukar tiub pada jam 1.39
AINON MUHAMAD BARU MENALIPON:
Tok Batin dan isterinya dari Pos Dipang Tapah Perak telah sampai ke Masjid Negara.
Tok Batin ini datang dengan kereta maka beliau tidak di tahan.

sebelum itu pada pada jam 1.35 tgh tadi,
Dua buah bas yang membawa orang asli daripada Tapah,Perak telah ditahan pihak polis di Damansara dan dibawa ke Balai Polis Sentul untuk disoal siasat.
http://notoumno.blogspot.com

Terkini ! Demo GMP - 2.07 pm

1.58pm
Di dalam kawasan masjid sahaja sudah ada lebih kurang 4,000 orang.
Pihak penganjur sedang berbincang dengan pihak polis untuk kebenaran berarak ke istana negara.
Terdapat dua helikopter di ruang udara, Helikopter Tentera dan Polis.
Hujan di Masjid negara - renyai renyai ...
Suasana agak riuh dengan jeritan jeritan dan laungan laungan.
Masih menanti rombongan dari luar untuk sampai ke Masjid Negara.

1.53pm
Di central market orang ramai sudah berkurang, ramai yang sudah menuju ke Masjid Negara. Tapi di beritahu, di kawasan SOGO masih ramai rakyat di sana dan sedang menanti isyarat untuk bergerak.
Helikopter masih berlegar di ruang udara.
Hujan sudah mulai turun ... bukak payong wooooooiiiiii !!!!
Gerai gerai sementara banyak terdapat di central market. sudah seperti pesta minggu. wakakakak !!!
di laporkan oleh blogger mat comot. Blogger kulup sakah dan edyes sedang menghala ke sana.

1.48 pm
Keadaan cuaca yang tidak berapa cantik ni sedikit mengganggu
talian broadband. Internet sering terputus putus.


1.45 pm
Di beritahu sekatan jalanraya oleh Pihak polis di sepanjang jalan menuju ke Kuala lumpur masih di teruskan.

1.42 pm
Rombongan seramai 100 atau lebih dari Central Market sedang menuju ke Masjid Negara.
Di sepanjang perjalanan, pertambahan dalam setiap langkah. rombongan menjadi semakin ramai.
Hujan turun setitik setitik .. bukan renyai dan tidak lebat.
Helikopter berlegar di atas

1.25 pm
Sekumpulan wakil daripada Chinese Assembly Hall telah tiba di pekarangan Masjid Negara dan turut menyatakan sokongan terhadap bantahan PPSMI.. - harakah

1.15 pm
Sasterawan Negara,Dato' A. Samad Said melahirkan kekecewaan dengan sistem demokrasi negara apabila dilaporkan dua buah bas yang sedang menuju ke Masjid Negara telah ditahan polis.
Laporan dari Pahangdaily Online

Gambar terkini himpunan GMP.










http://pemudabesut.blogspot.com/

6000 penyokong himpunan bantah dasar bahasa Inggeris rempuh polis

Kira-kira 6,000 penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), di ibu negara petang ini merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara.

Kira-kira pukul 2.20 petang tadi mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.

Kira-kira 2.30 petang. sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Istana-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang hanya membenarkan tujuh orang wakil perhimpunan itu bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.

Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.
mstar

Susulan sidang bawah pokok, Nizar mohon menghadap Sultan Perak

YAB. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon perkenan untuk menghadap Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga resolusi yang diluluskan ketika sidang tergempar di bawah pokok di Ipoh, Selasa lalu.

Menurut Exco Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat, Nga Kor Ming, dokumen berkaitan ketiga-tiga resolusi berkenaan sudah siap dan akan dikemukakan kepada Sultan Perak.

Kata beliau, pihaknya juga telah mengemukakan notis bagi tujuan tersebut.

Selasa lalu, sidang tergempar DUN Perak yang berlangsung di bawah pokok 100 meter dari bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan Dewan Undangan Negeri Perak, meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah menyatakan sokongan kepada Nizar sebagai Menteri Besar; membubarkan Dewan bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan; dan mengesahkan keputusan Speaker V. Sivakumar melarang Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan.

Persidangan itu, yang berlangsung selama 30 minit bermula 10.20 pagi, dihadiri semua 27 ADUN PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Usul pertama dibentangkan oleh wakil rakyat Titi Serong, Khalil Idham Lim, usul kedua oleh ADUN Teja, Chang Lih Kang, dan satu lagi oleh ADUN Pantai Remis, Datuk Ngeh Koo Ham. Mesyuarat itu ditangguhkan pada 10.33 pagi.

Persidangan yang dipanggil oleh Sivakumar itu diadakan di situ selepas polis menghalang beliau dan 27 ADUN pembangkang daripada memasuki Dewan.

Persidangan yang berlangsung sambil wakil-wakil rakyat terbabit berdiri dan ia dijalankan dengan bantuan Setiausaha Dewan yang baru dilantik ,Mohd Misbahul Munir Masduki mengantikan Setiusaha Dewan yang digantung tugas,Abdullah Antong Sabri dengan penggunaan alat pembesar suara.

Kawasan persidangan yang berlangsung di persimpangan jalan itu dipagari oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat manakala lebih 500 orang berada di sekitar kawasan berkenaan.Mstar.

RAYUAN DERMA MANGSA RIBUT

CATATAN WM 7/3/09 : Untuk kelmarin 6 Mac sebanyak RM 810 sumbangan telah diterima dari pelbagai pihak. Terima kasih .

Dalam kejadian ribut beberapa hari lepas yang saya siarkan sebagaimana dengan lawatan yang dilakukan dalam blog ini. sebanyak 25 rumah dalam DUN Titi Serong yang mengalami kerosakan yang memerlukan bantuan segera.Bersama ini disiarkan gambar keadaan 4 dari rumah yang mengalami kerosakan teruk.

Rumah seorang OKU yang ranap menyembah bumi, bantuan segera diperlukan.

Pihak kami telah mengeluarkan bantuan segera berupa sedikit sumbangan kewangan dan bantuan barang keperluan seharian untuk meringankan bebanan mangsa.Itulah kemampuan kami setakat ini.

Namun jauh dari itu kami masih menyedari ianya jauh dari mencukupi bagi menyelesaikan masalah yang dialami mangsa walaupun bukan untuk 100%.

Oleh itu atas nama Pusat Khidmat ADUN Titi Serong kami memohon bantuan dari semua pihak, apalah sudi kiranya disalurkan derma kepada magsa tersebut. Insya Allah segala sumbangan dari semua penderama yang budiman akan kami salurkan kepada semua mangsa dengan seamanah dan sebaik mungkin.

Derma tersebut boleh disalurkan melalui akaun berikut :-

1. Bank Islam- Pusat Khidmat ADUN Titi Serong- No.Akaun : 08022010043634
2. Maybank - Khalil Idham Lim/Norainah - No.Akaun : 158417019430


Bantulah mereka yang memerlukan.


Semua bumbung diterbangkan angin.


Simpati anda meringankan bebanan mereka.

Halang sidang DUN artinya suruh diadakan pilihanraya ?

Selasa 3 Mac yang lalu, Zambry Abdul Kadir memperoleh perintah Mahkamah Tinggi bagi menghalang Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada memanggil sebarang persidangan dewan itu lagi.

Dengan keputusan ini berarti memberi laluan kepada satu Pilihan raya tanpa kita sedar. Melarang diadakan sidang arti menyuruh diadakan pilihanraya.

Perintah itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim setengah jam lalu selepas mendengar permohonan baru yang dikemukakan oleh pasukan peguam Zambry dan enam Exco yang lain pagi tadi.

Keputusan diumumkan kira-kira 4.45 petang. Lucunya pada sebelah paginya Sidang DUN yang ditelah dipanggil oleh Speaker telah berjalan dengan lancar dan meluluskan 3 usul walaupun dibawah sebatang pokok dan tanpa meja dan kerusi, ianya tetap sah mengikut majoriti banyak pihak.