Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis.
Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.
Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.
Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.
Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.
Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.
Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.
Suasana kelam-kabut, orang ramai berpakaian putih - sebagai lambang membantah PPSMI - bertempiaran lari. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.
Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.
Walaupun mereka bersurai seketika cuba mengelak asap gas pemedih mata, sebahagian terus berdegil cuba berarak ke istana.
Manakala polis antirusuhan pula memancutkan air kepada orang ramai di jalan menuju mahkamah syariah dari arah Jalan Syed Putra.
Sebahagian peserta demonstrasi cuba bergerak kembali ke Masjid Negara.
Sementara di Istana Negara, kawalan lebih 150 anggota polis dan unit pencegah rusuhan FRU, termasuk kenderaan pemancut air.
Polis menutup Lebuhraya Mahameru - dari arah Sungai Besi - bagi menghadapi sebarang kemungkinan kehadiran peserta perhimpunan tersebut.
Difahamkan seorang lelaki ditahan polis depan istana. Butiran lanjut belum diperolehi.
Penasihat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang menganjurkan perhimpunan itu, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan pengerusinya Datuk Dr Hassan Ahmad menyerahkan memorandum anti-PPSMI kepada penolong Datuk Paduka Maharajalela, Azuan Effendy Zairakithnaini di pintu masuk utama Istana Negara kira-kira jam 2.50 petang.
Lima lagi pemimpin GMP yang dijadual menyerahkan memorandum tersebut tidak kelihatan, dipercayai tersekat dalam kumpulan penyokong gerakan itu.
Kawasan tersebut, yang dijadikan daya tarikan pelancong, kini dikawal ketat oleh polis.

6 ulasan:
teruskan perjuangan kalian.kami guru-guru malaysia berada di belakang anda semua...mansuhkan ppsmi!!!!!
Saya tak pasti nama-nama seperti Firdaus Abdullah, Datuk Termuzi dan barisan kepimpinan UMNO turut bersama dalam perarakan ini, jika tiada amat memilukan dan mengecewakan - kerana prinsip mereka rupanya bukan bersifat sejati, sebaliknya disaluti demi kepentingan diri kerana itu, mereka rasa takut menyertai perhimpunan ini
Hmm, Semakin dapat sokongan nampaknya gerakan mansuh PPSMI.
kalu pah bedah pun bolih jln kaki dari masjid negara ke istana negara,tak Rosmah yang jauh lebih muda dari pah bedah tak bolih jln...Dato Azlina pun tak mandang...najib..Hishamudin jauh sekali le....konon hidup melayu...poorah...
saya berada 1 meter dari TG Hj Hadi, A. Samad Said dan lain-lain pimpinan tiba-tiba dibedil dgn peluru gas pemedih mata. saya nampak TG Presiden terpaksa menutup mukanya dengan beg plastik yg saya tak perasan siapa yang bekalkan.
Celaka punya polis peluru tu tepat jatuh dekat Presiden kita.
Drs,Istilah "golongan celaka" yg digunakan TGHA pd gerombolan penegak PMSSI adalah betul.FRU yg baghal lagi celaka ternyata mereng yg amat sgt.Menyerang org awam dgn gas pemedih mata dan peluru getah dlm kawasan masjid.Malu sungguh saya pd se org pelancung dr Jerman.Dia bertanya"Is this the way M'sian goverment treat his peoples.Because they want Maths and Science to be taught in their mother tougue.Pity the small kids" sambil menunjuk kearah anak kecil yg menangis kerana kepedihan.Ramai org awam hadir kerana PDRM memaklumkan perhimpunan ini mendapat permit.Kalau ada rakyat ingin turut serta menyerah memorandum.Apa salah nya?Polis boleh mengawal lalulintas supaya tak berlaku kesesakan.Contoh boleh dilihat bagaimana Polis Thai dan Korea mengawal pedemonstran mereka.Warga M'sia tak kan aibkan Yg DiPertuan Agong.Selepas serahan rakyat boleh dismiss dgn aman.Polis tak sudah sudah nak provoke rakyat.YB (dgn izin)mulut ini terlalu ringan melaknat FRU siang tadi.Sungguh ralat dan kecewa dgn tindakan mereka menceroboh dlm kawasan Masjid Negara.To witness with your own eyes is really sickening. Nona Ratana Chulaborn
Catat Ulasan