08 Mac 2009

Khalil : PASTI terus berkembang maju.

PARIT BUNTAR, 7 Mac.:- Institusi pendidikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) terus berkembang maju berkat sokongan semua pihak khususnya ibu bapa yang memberi kepercayaan kepada PASTI dengan menghantar anaknya belajar. Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Sukan Tahunan PASTI Kawasan Parit Buntar 2009 disini.

Sukan tahunan PASTI itu menggabungkan 8 PASTI dalam Kawasan Parlimen Parit Buntar dengan jumlah pelajar berjumlah hampir 400 orang. Kemeriahan acara tahunan itu diserikan dengan kehadiran semua ibu bapa pelajar.

Hadir sama dalam majlis itu ialah YDP PAS Kawasan, Harun Hashim dan Naib YDP, Ahmad Azhar Sharin.

Drs. Khalil juga menyatakan keyakinannya PASTI akan terus melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti seperti yang diketahui umum sebelum ini. Kataanya di negeri Selangor bukan saja orang Melayu yang menghantar anaknya ke PASTI namun ada orang Cina dan India yang berbuat demikian.

4 ulasan:

lim berkata...

selamat maju jaya khasnya PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM (PASTI) hingga tadika tajaan umno juga mengambil kokurikulum kita buat pelajarnya,ini menunjukkan PASTI ada masa depan yang amat cerah secerah bulan PURNAMA...

lim berkata...

Alhamdulillah,Selamat Maju Jaya khasnya buat PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM(PASTI)kokurikulum kita juga sebahagiannya telah dicedok oleh tadika tajaan umno, Ini menunjukkan PASTI mempunyai masa depan yang amat cerah secerah bulan PURNAMA.Dicadangkan difrancaiskan dengan nama PASTI PURNAMA..

Amri Mat Saaid berkata...

salam YB,

PASTI insyaAllah memang dah terbaik, masalahnya penerusan dari PASTI perlu difikirkan olh PAS secara serius, contoh terbaik ialah SRI AlAmin oleh JIM- Telok Bakong Online

Tanpa Nama berkata...

salam YB,

PASTI insyaAllah memang dah terbaik, masalahnya penerusan dari PASTI perlu difikirkan olh PAS secara serius, contoh terbaik ialah SRI AlAmin oleh JIM- Telok Bakong Online