08 Mac 2009

Perhimpunan bantah PPSMI: Polis buat sekatan jalan raya

Polis mula mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Lembah Klang sejak awal pagi ini sebagai persediaan menghadapi perhimpunan 100,000 rakyat bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI) di Masjid Negara petang ini.

Tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya itu dipercayai bagi memastikan keadaan keselamatan sentiasa terkawal.

Perhimpunan besar-besaran ini dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Semalam Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad berkata pihaknya telah mendapatkan permit daripada pihak polis kelmarin bagi mengadakan perhimpunan tersebut.

"Pihak polis hanya membenarkan tujuh orang daripada ahli jawantkuasa GMP untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

"Saya sendiri akan mengetuai rombongan ini dengan menaiki kereta," katanya dalam satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat akhir gabungan itu di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di sini hari ini.

Selain Dr Hassan, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, Dr Shahrir Mohd Zain, profesor bahasa Dr Abdullah Hassan, Timbalan Pegerusi GMP, Dr Shahril Mohd Zain dan Setiausaha GMP, Hasni Abas akan diiringi polis ke istana pada pukul 2 petang.

Bagaimanapun Dr Hassan berkata polis tidak membenarkan sebarang usaha untuk melakukan perarakan ke Istana Negara.

Jelasnya, pihak polis tidak membenarkan sebarang perarakan bagi menjaga keselamatan kerana perhimpunan esok dijangka melibatkan puluhan ribu orang.

"Kami telah memberitahu polis ini bukan tunjuk perasaan atau demonstrasi, ini juga bukan gerakan menentang kerajaan atau mana-mana pihak. Kami hanya mahu menyerahkan memorandum kepada YDPA.

"Sejak dari awal lagi kami telah menjelaskan pendirian kami bahawa gerakan ini tidak mempunyai apa-apa kepentingan politik dan kami juga tidak akan membenarkan sesiapa mengeksploitasinya," katanya.

Beliau menyifatkan penyertaan ahli-ahli daripada parti politik tertentu yang menyertai perhimpunan itu esok sebagai hak mereka sebagai rakyat Malaysia.

"Kami tidak dapat melarang mereka untuk membantah PPSMI," ujarnya.

Menurut Dr Hassan, pihaknya akan cuba berunding dengan polis sekali lagi bagi membenarkan lebih ramai penyokong bersama-sama ke Istana bagi tujuan tersebut.

"Kalau tidak boleh, apa boleh buat. Polis bukannya keras sangat. Mereka masih boleh diajak berunding," katanya.

Ditanya apakah kandungan memorandum yang akan diserahkan kepada YDPA esok, Dr Ahmad berkata terdapat dua perkara yang dikemukakan, pertama meminta PPSMI kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing dan kedua meminta pihak kerajaan meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sebanyak 135 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta dalam perhimpunan esok termasuklah Yayasan Tamil Kebangsaan dan Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong).

"Kami juga akan mendapat bantuan keselamatan daripada unit amal Pas semasa perhimpunan dijalankan," katanya. Mstar.

6 ulasan:

Unknown berkata...

OK, kita orang KL dan Malaysia kena jadi org cerdik, biarkan Polis buat sekatan, Kami org KL ni perkara biasa, dah berpuluh kali kita berdemo tak kan road block polis ni jadi penghalang.

Yang tak biasa suasana ni jangan risau ini lah masa kitanya berjimat cermat, dari Selatan Johor atau dari utara Perlis atau yob Perak yang tengah kuat semangat ni. Simpan semua kenderaan anda di stesen keretapi berhampiran naik keretapi atau komuter, dari KL Sentral naik LRT dsb dan terus kedestinasi yang telah ditetapkan pihak penganjur.

Teruskan perjalanan ...... JUMPA DISANA

Tanpa Nama berkata...

Sape2 yg x p perhimpunan tu,kita berdoa ajelah moga yg p sana selamat p dan balik. Polis buat keje dia,depa tu pun kalu bleh nk berhimpun skali...anak2 polis ramai jgk yg pening tak faham bahasa dlm math/sains.

Tanpa Nama berkata...

HAHA BTUL2...AKU SOKONG

Tanpa Nama berkata...

Kami doakan semuanya selamat pergi dan balik bersama kejayaan..Amin!!!!

Tanpa Nama berkata...

ASSALAMUALAIKUM... YB pi tak perhimpunan bantah ppsmi kat masjid negara. saya tak boleh pi lah. sebab dok kat sarawak. kalau YB pi nanti jangan lupa masukkan berita terkini n gambar sekali kdalam blog YB nie.saya memang takkan tengok brita apa yang depa nak kata malam sat lagi.

anuar berkata...

wahai pemimpin yang cerdik...lihatlah anak-anak di bawah yang makan pun tak cukup...nak campur tolak pun pening..kembalilah ke jalan yang asal kita sudah jauh menyimpang....berilah generasi akan datang masa depan yang cerah...