08 Mac 2009

Pengalaman dan gambar dari seorang peserta demo GMP.



Saya mengikuti bantahan GMP. Terus terang inilah pertama kali saya mengikuti siri bantahan. Sebelum ini saya tidak mengikuti atau menghadiri mana-mana rapat umum. Pertama kali memang saya teruja dengan kehadiran orang-orang Melayu dan ada segelintir kaum lain.

Semasa saya mengikuti perarakan tersebut memang saya dapati ada kesungguhan yang betul-betul untuk membantah PPSMI. Saya agak gementar sedikit sebab saya lihat trak-trak FRU sudah mula berkeliaran. Tapi saya cuba gagah untuk menghampiri istana.

Dalam jarak lebih kurang 300 meter saya nampak bumbung istana. Serentak dengan itu juga saya nampak kepulan asap gas pemedih mata bersimpang siur di udara. Keadaan masa itu sudah menjadi panik. Tetapi syukur Alhamdulillah, sukarelawan PAS berbaju merah menenangkan keadaan. Dalam keadaan yang tertanya-tanya tiba-tiba saya nampak segerumbulan pemuda menghusung keranda. Dibelakang mereka terdapat FRU yang cuba memisahkan kumpulan mereka.

Saya perhatikan mereka tidak berganjak dan terus cuba untuk memecahkan benteng FRU. Apakan daya, nampaknya FRU menggunakan kawad tektikal untuk membuat pecahan kumpulan tersebut tetapi gagal. Kumpulan yang menggusung keranda menghampiri saya dan saya dapati mereka adalah golongan belia dan ada kemungkinan mahasiswa. Mata saya betul-betul asyik dengan tingkah laku mereka. Betapanya tidak, dalam kita mengatakan bahawa mahasiswa zaman sekarang lembik masih ada lagi mahasiswa yang betul-betul mempunyai ikltizam yang tinggi.

Dengan semangat dari generasi tua, seperti kata pakcik sebelah saya melaungkan pada kumpulan tersebut "Kamu muda lagi, kamu kedepan, kamulah yang akan memperjuangkan Melayu nanti". Perasaan saya mulai naik untuk bersama-sama berjuang dan untuk sekali lagi dari pakcik sebelah saya berkata " Kita kedepan untuk anak dan cucu kita, kita kedepan untuk orang-orang kampung. Mereka orang-orang kampong tidak tahu apa yang kita buat. dan mereka juga telah disumbat dengan dalil-dalil dari UMNO yang telah rosak". Inilah pengalaman saya yang pertama.

Saya benarkan kalau YB/Ustaz paparkan gambar tersebut di blog YB/Ustaz















































8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Terharu! Semoga Allah Ta'ala selamatkan negara kita.

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam....

Perjuangan ini tidak akan terhenti walaupun PPSMI dimansuhkan.

Perjuangan ini akan diteruskan sehinggalah UMNO dan Barisan Nasional dikuburkan dan keadilan untuk semua bangsa ditegakkan.

Jemput ke blog aku untuk lihat gambo demo bantah PPSMI.

Tanpa Nama berkata...

Setiap generasi Allah takdirkan ada cabaran yang mesti mereka lalui. Jadi semua orang sentiasa berjuang dengan caranya sendiri sama ada secara individu atau berjamaah. Memperjuangkan keutuhan bahasa Melayu merupakan salah satu perjuangan kita.
Kami guru2 sentiasa bersama anda semua. Setiap masa kami menyatakan bantahan kami dengan berbagai cara yang sesuai dengan kedudukan kami yang terpaksa akur dengan berbagai2 dasar KPM, yang kami sendiri tidak setuju.
Teruskan perjuangan, kami guru2 sentiasa menyokong perjuangan ini dengan cara kami. Cuba bayangkan berapa peringkat umur anak bangsa kita telah kerugian keran melayan "fikiran kacau" pemimpin2 UMNO

Tanpa Nama berkata...

PENGALAMAN ANA SEKELUARGA DIPERHIMPUNAN PPSMI 7 MAC 2009

Jam 12.00 tgh - Ana dan keluarga seramai 6 orang bergerak dengan Avanza dari rumah di Damansara Damai Sg Buluh menuju masjid negara untuk turut serta dalam perhimpunan sah PPSMI
Jam 12.45tgh Sampai dimasjid negara nampak ada polis biasa dan FRU yang sedang berdiri dan sembang2 sesama mrk...dalam kawasan masjid orang tidak berapa ramai lagi ada sebilangan wartawan...ana dihampiri wartawan NTV7 Amoi untuk temuramah tentang PPSMI anak ana juga tapi mlm tadi tengok tv tak keluar pun.
Jam 1.27 azan zohor...dalam masa yg singkat jemaah menjadi begitu ramai..kami solat zohor beramai2
Jam 2.15 Ada taklimat pimpinan dianjung sebelah kanan masjid...aku nampak 5,6 orang polis termasuk SB naik keanjung itu,kemudian turun balik ingatkan nak tangkap pemimpin…
Jam 2.30 TGHH dan Ustaz Nasa diringi unit amal bergerak keluar dari masjid menuju ke Istana negara ana dan keluarga turut serta di barisan belakang…jumlah masa tu mungkin 20 ribu orang..hujan turun mengiringi perjalanan kami
Jam 2.55 Sampai dijalan atap ana nampak asap tebal meyelubungi jalan raya jaraknya lebih kurang 500m dihadapan…mungkin di halakan pada kumpulan TGHH dan SAF pimpinan…berapa saat kemudian kami sekeluarga mula merasa pedih mata, perit tekak dan kulit muka seperti melecur …anak2 ana mula cemas (pengalaman pertama katakan)..unit amal mengarahkan orangramai dan kami menyelamatkan anak2 dgn masuk kedalam bangunan Koperasi Polis yang berdekatan …anak ana yg kecil memekup mukanya dan berdiam diri matanya merah dan berair tapi tak menangis…kedaan dilokasi tegang dan kecoh..aku nampak Ustaz Ghani PJ Melaka belari tercungap2 berpatah balik dgn kawalan unit amal kesian nampak sangat beliau dalam keadaan yang yg teruk akibat serangan gas
Jam3.10 ptg Kumpulan TGHH berpatah balik kami sekeluarga pun turut berpatah balikmenuju masjid Negara
Jam 3.25 kami sampai di masjid negara Sepasukan FRU bersama trak menghampiri kawasan sebelah kanan masjid Negara …tiba2 mereka melepas tembakan gas asap disusuli pancutan air water canon kedalam kawasan masjid keadaan menjadi tegang dan kecoh semula..ramai kami tidak menyangka FRU (melayu) sampai hati menembak gas dan air kedalam kawasan masjid yg dipenuhi oleh segenap lapisan masyarakat kanak2 dewasa dan orang tua…ana mengarahkan anak dan isteri menyelamatkan diri dengan masuk kedalam masjid keadan masa tu macam zon peperangan di palestin antara zionis dengan rakyat palestin.Bom ala fosforus FRU jatuh masuk kedalam masjid Negara di tingkat atas berhampiran keluarga ana …mujur bergolek masuk kedalam kolam dan lenyap..isteri ana cakap dia nampak pelawat pompuan orangputih ketakutan belari tak tentu arah bila tembakan gas masuk kedalam masjid ..ana terpandang sorang pakcik tua terkial-kial menyelamatkan diri apabila 2 butir gas asap jatuh berhampiran dengan kerusi tempat beliau berehat…tiadak sabar dengan tndakan biadap FRU..sekumpulan belia2 islam (bukan unit amal) yg hilang sabar membalas tindakan dengan membaling botol air mineral kearah trak FRU..walaupun pemuda2 ini boleh mengunakan batu-batu kalau mahu
Jam 3.40 ptg – Keadaan kembali tenang FRU menghentikan serangan setelah kehabisan peluru gas dan air barangkali...group FRU yg menyerang berlalu tetapi diganti group FRU yg baru pulak…nampak nya group ni hanya stand by saja..unit amal mengawal keadaan dan mengarahkan orang ramai yang berada dijalanraya masuk kekawasan masjid
Jam 4.00 ptg sekumpulan mahasiswa mengusung keranda 152 dan membuat sedikit ucapan..diikuti bacaan doa.
Jam 4.30 Ana masuk kedalam masjid nampak orang berkerumuni Sastrawan Negara A.Samad said…beliau melahirkan rasa puas hati dan bangga kerana perjuangan ini mendapat sokongan dan simpati yg amat besar dari rakyat.
Jam 4.44 ptg Azan Asar dan solat berjemaah...orangramai mula bersurai
Jam 5.15 Bertolak balik kerumah singgah makan tomyam kat Bandar Baru Sg buloh.. belanja isteri dan anak2 bagi menghargai semangat dan kesedaran mereka dalam perjuangan ini ...semasa menjamu selera anak2 menluahkan pengalaman masing diperhimpunan itu...nampaknya mereka sangat happy dan teruja (mungkin pasal nasi ayam sorang satu pinggan kut) dan mengatakan mrk pasti kembali lagi keperhimpunan seperti itu sekirannya mrk diperlukan....

Sekian ...Desa Riang Damansara Damai

daLyaanoon berkata...

tembakan gas pemedih mata dan water canon tidak melunturkan semangat rakyat!

lagi seronok adalah...

kali ni gas dia lebih kimia!pedih sgt...tp kalo cukup alat seperti air, garam, topeng...bleh je rempuh!

Brahim Nyior berkata...

Terharunya.. Moga-moga PPSMI berkubur.

Ingat, kita tidak menolak BI, tapi kita menolak BI dalam Sains dan Math.

Ada orang jahil (baca: UMNO) yang menganggap GMP menolak BI.

Tengin betoi..

Tanpa Nama berkata...

Saya merupakan seorang daripada 150,000 orang yang berhimpun di HIMPUNAN 100 RIBU BANTAH PPSMI.

Dalam banyak-banyak perbuatan tak bertamadun dan tak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh (dengan izin) BARUA-BARUA UMNO/BN melepaskan gas pemedih mata di dalam Masjid Negara. Alangkah malunya perbuatan yang CELAKA ini.

Tanpa Nama berkata...

Kepada sesiapa yang nak tengok bukti ANJING UMNO/BN yang BENGONG tahap CIPAN menyembur gas pemedih mata di dalam Masjid Negara, boleh lihat di sini (http://www.friendster.com/photos/25696400/1/890918111)