08 Mac 2009

6000 penyokong himpunan bantah dasar bahasa Inggeris rempuh polis

Kira-kira 6,000 penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), di ibu negara petang ini merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara.

Kira-kira pukul 2.20 petang tadi mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.

Kira-kira 2.30 petang. sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Istana-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang hanya membenarkan tujuh orang wakil perhimpunan itu bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.

Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.
mstar

Tiada ulasan: