08 Mac 2009

Isyarat jelas rakyat tolak PPSMI, himpunan 100,000 berjaya! - Abu Bakar Chik

KUALA LUMPUR, 7 Mac: - Sungguhpun himpunan 100,000 hari ini dianggap hebat dan luar biasa kejayaannya namun insiden kekasaran dan serangan pihak polis yang terpaksa menurut arahan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak boleh diterima sama sekali.

Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik berkata serangan bertubi-tubi dan tanpa belas kasihan itu tidak mematahkan semangat tinggi dan 'membakar' hasrat rakyat khususnya para pejuang bahasa yang mahu menjujung dan memartabatkan Bahasa Melayu sekaligus membantah dasar PPSMI yang diperkenal kerajaan BN.

"Saya bersyukur dan rasa terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat seluruhnya yang sanggup bersusah-payah mengharungi asakan pihak polis untuk menyampaikan suara hati mereka kepada Yang Dipertuan Agong.

"Target dan hasrat kita hari tercapai dengan terkumpulnya lebih 100,000 rakyat dan serahan memo juga berjaya disampaikan," katanya ketika dhubungi Harakahdaily kira-kira jam 5.00 petang tadi.

Beliau juga kagum dengan semangat para pejuang bahasa yang menunggu dan bersama-sama rakyat berarak dari mula acara sehinggalah himpunan bersurai seusai bacaan doa di adakan di pekarangan masjid negara kira-kira 4.45 petang tadi

"Isyaratnya sudah jelas, rakyat sangat-sangat tidak puas hati terhadap dasar kerajaan BN dalam menggangkat bahasa Melayu dan meneruskan dasar PPSMI itu. Oleh itu rakyat mahukan perubahan dan tidak mahu melihat lagi kedegilan kerajaan BN.

"Justeru kita berharap agar Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-raja akan memperhalusi dan mempertimbangkan isu ini demi kedaulatan Bahasa Melayu di negara ini," katanya yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Sementara itu, beliau yang kecewa dengan sikap dan tindak tanduk polis yang sewajarnya melindungi orang awam dan para peserta daripada berlaku insiden tidak diingini sebaliknya mencetuskan suasana huru-hara mengakibatkan ramai pihak yang diasak teruk dan mengalami kecederaan.

"Asalnya polis benarkan, tiba-tiba di penghujung meraka bertindak kasar kepada orang ramai. Saya kira ini bukan kehendak mereka tetapi terpaksa ikut arahan BN yang tidak peduli keselamatan rakyat dan meremehkan suara mereka

"Yang hadir ada 60, 70 tahun ke atas malah kanak-kanak juga terpaksa menghadapi gas pemedih mata dan insiden kejar-mengejar yang menjadikan suasana hiruk-pikuk sedangan PDRM berperanan menjaga keselamatan. Saya sangat kecewa dengan tindakan polis yang hanya mengikut telunjuk Bn yang terang menganiaya rakyat" katanya dengan penuh semangat.

Katanya pihak polis perlu menghormati rakyat yang bersungguh-sungguh hadir untuk menunjukkan sokongan memartabatkan bahasa melayu dan bukan datang seperti 'penjenayah' yang wajar diperlakukan sebegitu rupa.

Di akhir perbualan beliau sekali lagi merasa bersyukur dan menganggap ianya satu sejarah telah tercipta membuktikan rakyat sudah berani bersuara untuk memastikan kerajaan bertindak demi kepentingan bahasa, bangsa dan agama. -Harakahdaily.

17 ulasan:

Unknown berkata...

siap lah malaysia kali nie...dulu bersih, pastu sidang dun bawah pokok dan sekarang PPSMI pulak akan menjada tatapan masyarakat dunia. malu aku ada polis dan FRU yang bodoh macam sekarang nie kat malaysia. aku rasa baik depa nie di ganti dengan petugas amal yang tek mengharap ganjaran langsung dalam men jaga kesesakan lalu lintas dan kselamatan orang ramai.

imej polis dah jadi kotor dan buruk disebabkan tindakan yang depa lakukan. jawablah depan ALLAH nanti kepada petugas polis dan FRU yang bedil gas pemedih mata kepada orang ramai dam yang beil ga dalam masjid negara dalam rumah ALLAH.

jawab lah depan ALLAH apa yang hang pa lakukan terhadap kanak-kanak dan orang tua yang pergi perhimpunan nie.

sekarang imej polis dan fru dah dibenci oleh orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

siap lah malaysia kali nie...dulu bersih, pastu sidang dun bawah pokok dan sekarang PPSMI pulak akan menjada tatapan masyarakat dunia. malu aku ada polis dan FRU yang bodoh macam sekarang nie kat malaysia. aku rasa baik depa nie di ganti dengan petugas amal yang tek mengharap ganjaran langsung dalam men jaga kesesakan lalu lintas dan kselamatan orang ramai.

imej polis dah jadi kotor dan buruk disebabkan tindakan yang depa lakukan. jawablah depan ALLAH nanti kepada petugas polis dan FRU yang bedil gas pemedih mata kepada orang ramai dam yang beil ga dalam masjid negara dalam rumah ALLAH.

jawab lah depan ALLAH apa yang hang pa lakukan terhadap kanak-kanak dan orang tua yang pergi perhimpunan nie.

sekarang imej polis dan fru dah dibenci oleh orang ramai.

Tanpa Nama berkata...

Kepada POLIS dan FRU, makan dan gunalah elaun kerja lebih masa (takutkan rakyat yang bantah PPSMI) dengan isteri dan keluarga. Berilah mereka dari hasil titik peluh HARAM untuk menjadikan kamu serta keluarga hidup seperti di dalam api neraka. Bagaimana kalau dikatakan lebih baik berkawan dengan SIVAJI yang kurang kenal ISLAM tapi mengetahui keadilan dan kebajikan berbanding anda yang hanya tahu YES BOSS tanpa melihat tugas itu HARAM atau HALAL...

Tanpa Nama berkata...

bahasa menunjukkan bangsa..... sebagai negara berdaulat kita mesti bangga dgn bahasa sendiri. kenapa mesti guna bahasa penjajah... bahasa melayu bahasa ilmu,tak yakin ke? adakah menteri pelajaran perihatin dengan tahap pendidikan anak-anak melayu diluar bandar yang tidak setaraf dgn dibandar.... tidakkah ini akan menyukarkan mereka dan menyebabkan mereka tertinggal lebih jauh?

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam....

Polis polis nih anak anak dia tak sekolah kat Malaysia aku agak. Sebab tu dia tak kisah dengan PPSMI.

Padanlah anak anak polis biasanyer merupakan golongan paling bangang dan kaldai kat sekolah. Rupa rupanya bapak dia perangai macam anjing.

GAMBAR DEMO ADA DI BLOGSPT ANA. BOLEH TENGOK SAMA SAMA.

Tanpa Nama berkata...

SALAM...WAHAI PEMIMPIN UMNO DAN BARISAN NASIONAL,INGATLAH AMANAH YANG KAMU PIKUL...AKHIRAT NANTI PASTI DTANYA OLEH ALLAH AZZA WAJALLA...NABI S.A.W PERNAH BERSABDA BAHAWA PEMIMPIN PERTAMA SEKALI AKAN DSOAL DI AKHIRAT NANTI...INGAT,ALLAH TIDAK PERNAH LEKA DAN LALAI ATAS PERBUATAN KITA SEMUA...CUBA KITA RENUNGKAN KEMBALI SEJARAH PARA SAHABAT..MEREKA CUKUP TAKUT NAK MEMEGANG JAWATAN KHALIFAH...UMNO PULA SIBUK NAK PEGANG JAWATAN..X DAPAT SAMPAI BERLAKU RASUAH ATAU NAMA SAINTIFIKNYA POLITIK WANG..
BUAT SAUDARAKU DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA...APAKAH PEMIMPIN JENIS INI YANG KITA MAHUKAN...BANGSA X TERBELA,APATAH LAGI AGAMA...JAUH SEKALI...FIKIRLAH BAIK2

Tanpa Nama berkata...

BUAT DR MAHATHIR,MERANGKAP PENGASAS PPSMI NI...
TERIMA KASIH ATAS JASAMU YANG BNYAK MENYUSAHKAN RAKYAT...KALAU DR MAHATHIR MAHU,ESOK KLU DR MATI,SYA BOLEH TOLONG SIAPKAN TALQIN DALAM BAHASA INGGERIS...KATA BAHASA INGGERIS BAHASA ILMU...BARU DAPAT ILMU NANTI..KALAU X PAKAI BAHASA INGGERIS NANTI,RAKYAT X PAHAM PULAK KANDUNGAN TALQIN TU...

ummu asiah berkata...

Salam,

utk perkongsi bersama rakaman gambar aksi demo anti PPSMI tadi. siapa sudi boleh jengok di blog saya:

http://ummuasiah2001.blogspot.com/

ummu asiah berkata...

salam, sekadar berkongsi gambar demo anti PPSMI tadi. jemput ke blog saya:

http://ummuasiah2001.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

salam,

sekadar perkongsi, gambar demo anti PPSMI tadi, moga ada manafaatnya. Dijemput melawat blog saya di:

http://ummuasiah2001.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Polis terutamanya FRU makhluk yang sangat patuh pada arah bos. mereka dipilih dalam kalangan orang yang keras hati, tidak ada toleransi. kalau dia berhadap dengan anaknya sekalipun, tetap dia bertindak kasar. jadi, tidak hairanlah dia boleh bertindak begitu pada hari ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam.. satu soalan yg selalu bermain2 didalam mindaku.. apakah bezanya polis dgn anjing?

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

kalau imbas kembali sejarah 1946 masa orang Melayu buat rapat umum membantah Malayan Union, tak ada pun pihak berkuasa yakni penjajah bertindak kasar. tetapi sekarang bila rakyat membantah PPSMI dan memperjuangkan bahasa Melayu..habis rakyat dikerjakan Polis !! kerajaan sekarang lebih kejam lagi dari penjajah..

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..syukur..
rakyat Malaysia semakin sedar..
kepada pejuang-pejuang sejati teruskan usaha murni kalian..

MAHASISWA

Tanpa Nama berkata...

Drs,Diambang sambutan Maulidul Rasul.pihak polis membuat onar kedua di perkarangan Masjid Negara selepas Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar.Selagi Musa Hassan tidak tampil kehadapan memohon maaf kpd rakyat,bagi saya ia kekal sebagai hutang di pdg Mahsyar nanti.Dia anak org beragama.Dia tahu hukum.Dia selayak nya dipertanggungjawabkan.YB seandai YB ada bersama di "venue" tadi YB akan mengerti mengapa saya teramat emosi. Nona Ratana Chulaborn

AvanzaG berkata...

Pemuda Umno apa cerita?senyap jer…kata hero bangsa melayu. Sanggup buat apa saja untuk bangsa Melayu. Hero taik ayam pandu…

Pooodah…

hamdan al-kandahlawi berkata...

ek..awat tuduh2 org ngn nama anjing ni..tk baik..meh sama2 kita jaga akhlak..