26 November 2009

Teoh selamat disemadikan semula

Dalam suasana yang diselubungi kesedihan, mayat mendiang Teoh Beng Hock selamat disemadikan semula di tanah perkuburan Taman Peringatan Nirwana pagi tadi.

Mayat mendiang Teoh digali semula Sabtu lalu untuk membolehkan bedah siasat kedua dijalankan di hospital Sungai Buloh pada hari berikutnya.

Majlis pengkebumian semula mendiang Teoh pagi ini dihadiri oleh abangnya, Bee Kee dan saudara mara yang lain.

Kedua-dua ibu bapa mendiang Teoh tidak hadir di tempat pengkebumian kerana adat resam, tetapi menunggu di sebuah kuil di situ.

Turut hadir ialah pemimpin DAP Lim Kit Siang, bekas majikan mendiang Teoh - Ean Yong Hian Wah yang juga exco kerajaan Selangor - dan ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng.

Seorang mahaguru Feng Shui memberitahu media Cina bahawa hari ini adalah hari yang baik untuk disemadikan semula mayat mendiang Teoh.

Dalam pengkebumian pertama dulu, keranda mendiang Teoh dimasukkan ke dalam liang dengan menggunakan tali merah - simbol perjuangan untuk keadilan.

Hari ini, keranda mendiang Teoh diturunkan menggunakan tali biasa dan ditabur bunga berwarna putih, tanda kesucian.

MalaysiaKini/-

Maahad Tahfiz Al Quran.


(Klik imej untuk paparan lebih jelas)

25 November 2009

Kota Siputeh : Serupa tapi tak sama dengan kes MB Perak.

Cina Islam menulis...

Nampaknya Kota Siputeh sekarang diselubungi oleh sesuatu yang hitam dan mencacat satu sejarah hitam juga dalam sistem kehakiman negara. Semacam ada kesamaan walaupun tidak serupa dengan kes pembicaraan yang berlaku mengenai jawatan Menteri Besar Di Perak. Mahkamah Rayuan kelmarin diwaktu Maghrib membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Baru sehari Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut. Keputusannya sudah jadi lain di Mahkamah Rayuan. Dalam Kes MB perak pada 11 Mei Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DS. Nizar adalah MB yang sah dan pada hari yang sama dipohon penagguhan dimahkamah yang sama namun ditolak. Tetapi Sehari selepas itu pada 12 Mei Permohonan dengan tergesa-gesa di terima penangguhannya di Mahkamah Rayuan.

Jawapan kepada semua rakyat Kota Siputeh dalam hal ini ialah betapa takutnya UMNO dan BN untuk berdepan dengan Pas dan pakatan Rakyat di Kedah. Sebenarnya kita mengharapkan sesuatu yang lebih memihak kepada rakyat sepertilah di Perak, supaya banyak hal, kuasa dengan mudah dan tidak terlalu disulitkan oleh mahkamah dan SPR untuk dikembalikan kepada Rakyat.

Rakyatlah hakim yang paling bijaksana dalam menentukan siapakah yang salah, dan siapakah yang benar termasuklah di Kota Siputeh.

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes MB Perak dibicarakan selepas sejam difailkan dan dibicarakan sekitar jam 11.00 pagi lebih dan sekitar dua jam sudah diputuskan ditangguhkan keputusan penghakiman DS. Nizar sebagai MB yang sah.

Dalam kes Kota Siputeh, pada 23 Nov permohonan penangguhan ditolak di Mahkamah Tinggi dan pada 24 Nov kira-kira jam 7.30 malam dimahkamah Rayuan permohonan diterima untuk penagguhan dalam keadaan esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh. Keduanya dalam keadaan tergesa-gesa.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim. Namun kepuitusan untuk kes MB Perak pada 12 Mei dibuat sebulat suara oleh hanya seorang hakim sahaja.

Bagi kes MB Perak hasil dari keputusan di Mahkamah Rayuan MB Kudeta kembali ke pejabatnya pada 13 Mei, dan keputusan pada 22 Mei di mahkamah yang sama yang membenarkan pelantikan Zambry sebagai MB Perak menyebabkan BN terus mempertahan kuasanya yang dirampas pada 6 Februari yang lepas dari Pakatan Rakyat.

Untuk Kota Siputeh keputusan kelmarin menyebabkan SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Kerana mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Apapun keputusan sudahpun diterima, kita tunggu babak berikutnya....

Hukum haiwan yang makan najis atau benda yang haram

http://akhisalman.blogspot.com/

MUKADDIMAH

Pada hari sabtu lepas berlangsung soal jawab agama secara online dgn pelajar2 nizhny novgorod Rusia . Diantara persoalan yang ditimbulkan adalah:

. Bagaimana kalau ikan atau binatang ternakan lain yang diberi makan lemak babi?

Disini saya ingin menulis perbahasan ulama yang berkait dengan persoalan ini.

HADIS2 YANG BERKAITAN

1. Hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar ra:



نهى عن أكل الجلالة وألبانها


" Rasulullah saw menegah dari makan binatang yang memakan najis dan meminum susunya." (Hr Hakim dan Tirmizi)

2. Hadis yang diriwayat dari Ibnu Abbas ra:


نهى عن لبن الجلالة


" Nabi saw menegah dari minum susu binatang yang memakan najis." (Hr Tirmizi dan Hakim)

PENDAPAT PARA ULAMA

Para ulama telah berselisih pendapat terhadap perkara ini kepada tiga pendapat:

PERTAMA: Ulama Syafie dan Hanafi berpendapat makruh memakan binatang yang memakan najis.

Ulama mazhab hanafi mengatakan makruh memakan daging binatang yang kesemua atau sebahgian besar makanannya adalah najis.

Ulama mazhab Syafie pula menyatakan daging binatang Jalalah (yang makan najis) yang makruh dimakan adalah yang berubah bau daging atau uratnya.

DALIL pendapat pertama: 2 hadis yang lepas yang mana Nabi saw melarang dari makan daging dan susu binatang ini. Mereka mengatakan tegahan hanya makruh kerana ia adalah disebabkan daging yang berubah baunya. Ini disamakan dengan daging berubah baunya yang disebabkan ia lama disimpan maka ianya hanya makruh dimakan.

KEDUA: Ulama mazhab Maliki, Hasan al-Basri dan sebahgian ulama syafie menyatakan harus makan daging binatang ini.

DALIL pendapat kedua: Mereka berkata:

"Sesungguhnya orang kafir yang makan babi dan meminum arak badan mereka tidak dihukum najis. Oleh itu binatang ini juga tidak najis."

KETIGA: Ulama mazhab Hambali mengharamkan memakan daging binatang ini. Iaitu yang kebanyakan makanannya adalah najis.

DALIL pendapat ketiga:

Berdasarkan 2 hadis yang lepas dan hadis berikut:


نهى رسول الله عن الإبل الجلالة أن يؤكل لحمها ولا يحمل عليها إلا الأدم ولا يركبها الناس حتى تعلف أربعين ليلة


" Rasulullah saw menegah makan unta yang makan najis, jangan ditanggung atas unta itu melainkan lauk-pauk dan jangan ditunggang manusia melainkan setelah diberi makan selama 40 malam." (Hr Hakim dan al-Baihaqi)

Mereka berpendapat bahwa larangan dalam kesemua hadis ini adalah larangan pengharaman.

PENDAPAT YANG KUAT

Pendapat yang kuat adalah pendapat yang mengatakan harus memakan daging binatang yang makanannya adalah najis. Ini adalah pendapat yang ditarjih oleh Dr Nazih hammad. Imam Sayuti berkata dalam kitabnya asybah wan-Nazair:

" Sekiranya kambing biri-biri makan makanan yang haram tidak diharamkan daging dan susunya, tetapi meninggalkannya lebih wara'."

Dr Nazih Hammad berkata:

Berdasarkan konsep "istihalah" (bertukar menjadi zat yang lain) yang diharuskan oleh para ulama fekah, tidak mengapa memberi makan makanan yang haram atau yang najis kepada binatang yang dimakan. Ia tidak memberi kesan kepada daging, susu dan telornya. Hukumnya adalah harus dimakan selagi mana tidak ada kemudaratan. Adapun jika ada kemudaratan maka ia diharamkan kerana tidak boleh melakukan perkara memberi mudarat kepada diri sendiri dan orang lain لا ضرر ولا ضرار.

Rujukan: al-Intifa' Bil A'yan Muharramah oleh Jumanah Muhammad Abdur Razzak dan al-Mawad al-Muharramah Wan Najisah Fid Dawa3 Wal Giza3 oleh Dr Nazih Hammad.

Mahkamah Rayuan Terima Permohonan SPR Tangguhkan Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.

Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.

Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.

Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.

Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.

Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.

Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.

Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong.

"Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.

Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.

Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.

Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon. Malaysiakini/-

"Lunyu" Karya Klasik China

"Lunyu" diterbitkan kira-kira 2000 tahun lalu. Karya ini mengandungi kumpulan kata-kata Konfusius , pengasas falsafah dan ahli pendidikan yang terkenal pada zaman purba di China, dan kata-kata penuntutnya.

Konfusius merupakan ahli pendidikan yang terkenal pada hayatnya. Beliau telah melatih ramai pelajar yang berbakat hingga mendapat pengalaman yang luas dalam amalan pendidikan. Banyak kesimpulan telah dicatatkan dalam buku "Lunyu" ini.

Hanya sebagai ahli pendidikan yang ulung dalam sejarah China, Konfusius berpendapat bahawa setiap orang baik orang yang miskin, maupun yang kaya patut diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan. Konfusius menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai dengan bakat pelajar yang berbeza-beza, berasaskan keupayaan individu.

"Lunyu" sebagai buku klasik banyak mencerminkan asas moral manusia. Ia menjelaskan bahawa setiap orang patut bersikap jujur dan berterus-terang dengan tabiat dan moral yang baik. "Lunyu" dikenali sebagai buku yang mencerminkan prinsip moral dan tingkah-laku yang baik.

Konfusius menyatakan bahawa puisi boleh mengobarkan semangat, etiket boleh mengukuhkan peribadi, dan muzik boleh memajukan kerjaya. Maka puisi , sajak dan etiket tersebut menjadi bahan yang mesti dipelajari oleh penuntut Konfusius.

"Lunyu" ialah bahan bacaan yang mencatatkan prinsip moral dan sifat manusia bagi orang China pada zaman purba di China. CRI/-

Kempen RM1 selamatkan bolasepak Perak diteruskan

Email : safarizal saleh

22 November 2009 (TAIPING) - Dewan Pemuda PAS Negeri Perak meneruskan usaha membantu Persatuan Bolasepak Negeri Perak berkaitan hutang lapok yang terpaksa diselesaikan untuk melayakkannya menyertai pertandingan Liga Super musim baru tahun depan.

Pemuda PAS Perak yang telah membuat serahan banting kempen RM1 tersebut kepada semua Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan untuk digerakkan kepada seluruh rakyat membantu Pasukan Bolasepak Perak ketika ini.

Semasa program Inkues Pilihanraya Pemuda PAS Perak, semua Pemuda PAS Kawasan telah diarah untuk turun bertemu penyokong, peminat dan rakyat Perak yang ingin membantu Pasukan Bolasepak Perak yang memerlukan bantuan kepada semua pihak.

Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah turut serta membantu bagi memastikan Pasukan Bolasepak Perak terus layak menyertai pertandingan Liga Super yang akan datang. Beliau yang hadir bagi membentangkan kajiannya terhadap Pemuda PAS Perak pada hari tersebut turut memberikan sumbangan peribadinya.

Pemuda PAS Perak sekali lagi menyeru kepada semua pihak yang cintakan Pasukan Bolasepak Perak agar terus membantu menjayakan kempen tersebut.



"Yi Jing" Karya Klasik Paling Kuno di China

"Yi Jing" merupakan salah satu karya klasik yang paling kuno di China. "Yi" bermakna perubahan. "Jing" bermakna cara atau klasik. Jadi "Yi Jing" ialah karya klasik yang mengisahkan perubahan.

Di China sendiri pun, "Yi Jing" tetap menjadi misteri bagi kebanyakan orang. Ilmu tilik yang berdasarkan buku ini mempunyai pengaruh besar dalam kalangan rakyat China. Sebenarnya, buku ini merupakan hasil pemikiran orang China pada zaman kuno terhadap astronomi, geografi dan pelbagai fenomena alam. Siapa penulis "Yi Jing" yang sebenarnya hingga kini belum dapat dipastikan. Kebanyakan orang percaya buku ini disusun oleh Ji Dan, ahli politik dan sarjana terkenal pada sekitar abad ke-11 sebelum Masihi berdasarkan pengalaman kalangan rakyat selama ratusan tahun.


Buku ini cuba menjelaskan peraturan perubahan alam semula jadi dan merumuskan bahawa peraturan itu juga sesuai dengan perkembangan masyarakat manusia dan pembesaran seseorang. Inti kandungan "Yi Jing" ialah: dunia sentiasa mengalami perubahan, jadi manusia perlu menyesuaikan diri dengan perubahan itu untuk mendapatkan manfaat dan menghindari kemalangan. Pandangan ini sebenarnya merupakan asal usul teori bahawa "manusia dan alam semula jadi hidup bersama-sama secara harmoni dalam ilmu falsafah China. Fikiran Konfusianisme dan Taoisme yang timbul selepasnya semuanya mewarisi dan mengembangkan teori tersebut. Semua orang yang berminat kepada falsafah tempatan China pasti akan membuat penyelidikan yang mendalam terhadap karya klasik tersebut.


"Yi Jing" telah membawa pengaruh yang besar kepada pembangunan kebudayaan China. Banyak ilmu falsafah dan pepatah dalam buku ini yang masih digunakan dengan meluas dalam kehidupan orang China hingga kini. Orang Barat mula menterjemah "Yi Jing" pada abad ke-15. Sekarang, "Yi Jing" telah menjadi salah sebuah karya klasik kuno China yang mempunyai edisi bahasa yang paling banyak.CRI/-

Polis Huru-Hara Kerana Takukan UMNO

Oleh : Zaibie Abas

Pencatat ingin berbicara dengan pembaca tentang apa yang berlaku di Batu 31, Air Manis Kulai Johor pada 22hb. November 2009. Pencatat memerlukan pandangan semua.

Pertama. Ketua Polis dan anggota keselamatan telah berada sejak jam 5.00 petang. Ceremah YB. Tian Chua dan Mazlan Aliman dibenarkan. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dilokasi, tiba-tiba Ketua Polis Kulai menghalang ceramah dengan alasan tiada permit.

Kedua. Ceramah Anwar Ibrahim tidak dibenarkan sama sekali kecuali untuk meminta pengunjung untuk bersurai.

Ketiga. Polis menghalang kenderan awam parking ditanah persendirian dan menyaman kenderaan yang parking ditepi jalan.

Keempat. Polis menyelongkar kawasan persendirian dan merampas parang. Parang itu dirampas walaupun disimpan dalam keadaan selamat.

Kelima. Polis tidak memberi permit dengan alasan bantahan Pemuda UMNO dan bukannya penduduk kampung. Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta surat bantahan dan waran Mahkamah ceroboh premis persendirian. Pihak Polis tiada dokumen tersebut.

Keenam. Pemilik tanah telah membenarkan kawasan tanah dikepung tanda kawasan persendirian. Polis telah menghalang jalan masuk dengan meletak lori dan kereta Polis.

Ketujuh. Polis membenarkan ceramah selama 1 jam 15 minit dan memberhentikannya selepas tiada kekacauan berlaku.

Kelapan. Polis membenarkan Pemuda UMNO melakukan provokasi dengan membenarkan bena berbentuk hasutan dipasang dibeberapa tempat.

Kesembilan. Polis sengaja membenarkan pasukan Pemuda UMNO datang dilokasi ceramah untuk tujuan kekacauan-provokasi. Polis membiarkan sahaja Pemuda UMNO menjerit-jerit memaki hamun kami dilokasi.

Kesepuluhan. Ketua Polis mengugut pencatat untuk mengambil tindakan keras jika meneruskan ceramah dua hari sebelum ceramah. Bukannya berunding untuk menyelasaikan masalah.

Kesebelas. Jika Anwar Ibrahim dianggap penjenayah-peliwat. Apa moral Datuk Seri Najib Razak minum dan bersembang sambil ketawa bersama Anwar Ibrahim di Parlimen. Adakah Najib juga peliwat ?

Pencatat meminta pendapat pembaca. Perlukah pencatat mengambil tindakan mahkamah atau biarkan sahaja peristiwa ini sebagai renungan.

SEMANGAT KERAJAAN RAKYAT : PAKATAN RAKYAT

Oleh : Nash Ar-Rawy

01 Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dengan Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an
ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas sistem pemerintahan rakyat dan kuasa rakyat ... sumber Al Qur'an
iii) Waqulja al hakku wazahaqol batil ( Apabila datang yang hak , maka musnahlah yang batil )
iv) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah ( Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

02 Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) dilaksanakan secepat mungkin , bukannya di tangguhkan untuk keselesaan kroni tetapi mendahalui kepentingan pelajar dan pembelanjaran .Sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai

03 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya samada PRK maupun PRU di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti untuk menyatakan ; dasar, agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada Kerajaan Rakyat berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan kepada massa.

04 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan; dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi. Penghapusan JPP ( Jabatan Pembangunan Persekutuan ) JKKKP(Persekutuan); Hapuskan 'kerajaan dalam kerajaan' dan “ Politiking “ mengikut PRINSIP FEDERALISME yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.; selaku Ketua Kerajaan Rakyat bukan Ketua Kerajaan Parti PR atau UBN.

05 Siaran langsung keseluruhan sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri serta siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang 'censorship' supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06 Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dari segi aspek ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" . Dihapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'

07 Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesional, dan pakar-pakar di bidang masing-masing ; seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parlimen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH .

Sebagai ASAS YANG FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE. . Membentuk KERAJAAN RAKYAT iaitu KERAJAAN BERKEBAJIKAN PAKATAN RAKYAT ( PR ) ganti UBN..

08 Dari segi praktisnya UBN tiada bisa mempraktikkan ciri-ciri Kerajaan Rakyat kerna selama lebih daripada lima dekad ( 52 tahun ) masih lagi ego dan bongkak dengan sistem pemerintahan kepataian kroni UBN bukannya di atas prinsip dan semangat Kerajaan Rakyat . Apalagi, dengan kesinambungan sistem pemerintahan autokrasi berparlimennya yang mencengkam rakyat dengan salahgunakan kuasa ISA ,SPR, SPRM dan mahkamah; manipulasi jentera kerajaan yang bukannya jentera parti ( UBN ) di dalam mana-mana pilihanraya . Ini adalah salahguna wang rakyat untuk kepentingan parti semata-mata. .

09 Justeru itu , rakyat memerlukan perubahan dengan menegakkan prinsip-prinsip dan semangat Kerajaan Rakyat . Perubahan dalaman dan sistem pemerintahan untuk menghapuskan kefasadan rasuah ternyata mengekal Ketua Menteri yang rasuah dan memenangkan calun rasuah di dalam pilihanraya. Retorik satu Malaysia untuk rakyat , nampaknya tinggal slogan sahaja seperti slogon yang terdahulu yang terbenam dan tiada kedengaran lagi seperti bersih , cekap dan amanah dan “ Islam hadhari” yang di rekacipta ; diikuti dengan pembohongan terkini dan fahaman sesat kebangsaan “ MelayuIslam” untuk pancing undi massa; cuba bersaing dengan “Islam For All “ ( Parti Islam Satu Malaysa : PAS) dan ‘Justice For All”.

10 Di atas realitias politik bahawa UBN ibarat kapal yang sarat dengan seanika sindrom dan bisa karam pada bila-bila masa kerna problema dalaman seperti skandal PKFZ yang membabitkan MCA, Gerakan dan Umno dan krisis dalaman UBN yang tak sudah-sudah. Sudahlah sampai masa dan ketikanya rakyat menolak Umno MCA MIC ( UBN) dan menerima gagasan rakyat : PAS DAP PKR ( PAKATAN RAKYAT ) sebagai penguasa baru di Putrajaya dan Kerajaan Baru ( Pakatan Pilihan Rakyat) untuk memerintah Kerajaan Pusat dan menambahkan Kerajaan Negeri yang sediada demi untuk kepentingan rakyat dan masa depan satu Malaysaia . Bersama Parti Islam Satu Malaysia : PAS- DAP –PKR “ GOD IS THE GREATEST ! “

Malaysia makmur dengan hasil haram?

Email : Zamri keciks
by roslan sms

Baru-baru ini di Parlimen isu jumlah hari cabutan untuk judi tikam nombor yang dihalalkan oleh kerajaan Pusat dipertikaikan.

Menurut rekod pada tahun 2008 sahaja kerajaan Pusat mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino (iaitu hampir dua kali ganda dari Bajet Selangor 2010 iaitu sebanyak RM1.3 bilion).

Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan pecahan hasil yang diperolehi dari syarikat-syarikat judi berkenaan adalah Genting RM949.8 juta (lebih dua kali ganda dari hasil cukai yang dijangka untuk Selangor 2010 iaitu RM460 juta), Sports Toto RM509.74 juta, Magnum RM396.5juta, Pan Malaysia Pool RM270.76 juta dan Pan Malaysian Racing RM138 juta.

Untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3 kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang khasnya dari DAP merungut bahawa terdapat terlalu banyak cabutan untuk setahun dan mendesak agar kerajaan mengurangkan jumlahnya.

Untuk rekod juga selain jumlah pendapatan dari cukaijudi seperti di atas turut dimaklumkan yang kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.

Apa nak dikatakan? Inilah realiti yang ada di hadapan kita pada hari ini. Lumayan sungguh hasilnya bukan?

BERSAMA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR- PESURUHJAYA PAS PERAK

Email : mohd hafez sabri

PAS Perak melalui Pesuruhjayanya melahirkan rasa simpati kepada semua mangsa yang terlibat dengan insiden banjir yang melanda kawasan utara Malaysia khususnya kepada rakyat Perak. Mengulas lanjut, beliau mengatakan, dalam keadaan seperti ini, ahli Jabatan AMAL memainkan peranan penting sebagai benteng paling hadapan untuk membantu mangsa yang dilanda musibah banjir, seluruh ahli PAS tidak mengira jawatan dan kedudukan perlu menjuarai isu-isu kebajikan rakyat di Perak ini.

Selain itu beliu juga menyatakan bahawa peranan seperti Jabatan AMAL juga perlu sentiasa diteruskan secara istiqamah kerana Islam amat menggalakkan kita sesama umat Islam bertolong-tolongan atas dasar kebajikan seperti mana yang telah dijelaskan di dalam ayat Allah SWT di dalam al-Quran Karim:

“Tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolongan dalam membuat dosa dan mungkar, bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras siksa-Nya”- Al-Maidah : 2

Menurutnya lagi, sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai teras perjuangannya, kita tidak seharusnya bersikap berat sebelah dalam membantu kerana mereka yang ditimpa musibah merupakan ujian daripada Allah SWT dan seharusnya kita bersikap terbuka dan profesional dalam menghulurkan bantuan. Katanya lagi, kita boleh melihat banyak sirah Nabi Muhammad SAW menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang
kerana sebagai pejuang Islam, kita sememangnya maklum bahawa dalam konteks ini, mereka merupakan mad’u yang mungkin diberi hidayah Allah untuk bersama dengan kita.

ICBC Dapat Lesen Perbankan di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan lesen Bank Industri dan Perdagangan China (ICBC) untuk beroperasi perbankan di negara itu. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia pada 20 November, ini merupakan hasil perjanjian yang dicapai oleh Jawatankuasa Penyeliaan Perbankan China dengan Bank Negara Malaysia serta kerajaan kedua-dua negara pada awal tahun ini.

Bank Negara Malaysia menyatakan, lesen yang diberi kepada ICBC merupakan lesen yang diberikan secara berhad berdasarkan perjanjian dua hala. Perjanjian jenis ini perlu mempertimbangkan jumlah perdagangan dan pelaburan dua hala, kuota pihak lain dalam sektor kewangan Malaysia serta sumbangannya terhadap sistem kewangan dan pembangunan ekonomi Malaysia.CRI/-

Banjir...

Beberapa orang kanak-kanak bermain air banjir apabila kawasan perumahan mereka dinaiki air di Kampung Kubang Pasu di Kota Baharu, semalam. --fotoBERNAMA

Nasha alami kekejangan otot

Pemeriksaan perubatan mendapati Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengalami gejala kejang otot di sebelah kanan tubuhnya, dari bahagian bahunya ke pinggang.

Ketika dikunjungi Malaysiakini di wad rawatannya di Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, beliau yang masih bergantung kepada pil penahan sakit hanya berkata: "Tiada apa-apa yang serius."

Tambahnya, walaupun mengalamai kesesakan nafas semalam – antara tanda-tanda sakit jantung - pemeriksaan mendapati beliau bebas daripada penyakit yang mengancam nyawa itu.

Nasharuddin, ahli parlimen Tumpat, berkata doktor membenarkannya keluar dari institut perubatan itu esok pagi.

Katanya, lapan tahun lalu, beliau pernah mengalami kesakitan yang sama sebanyak dua kali.

Beliau berkata, selain ramai pemimpin PAS termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut hadir menziarahinya malam tadi.

Ketika Malaysiakini melangkah masuk ke bilik Nasharuddin kira-kira jam 10.15 pagi tadi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim turut berada di situ.

Malaysiakini/-