08 Mac 2011

Khalil : Selamatkan Malaysia untuk generasi akan datang

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Najib : Seorang Perompak Yang Menasihati Orang Supaya Buat Baik

PARIT BUNTAR, 8 Mac : Ketua Penerangan PAS Perak YB Drs. Khalil Idham Lim mengkritik ucapan Perdana Menteri Malaysia yang menyarankan supaya kakitangan awam perlu bekerja bertungkus lumus dengan penuh dedikasi dan integriti dalam portfolio masing-masing.

Najib dipetik sebagai berkata, beliau menyatakan ia juga merupakan ibadah dalam Islam dan sudah pasti apa yang dilakukan dengan ikhlas akan dapat ganjaran daripada Allah.

"Persoalannya saya lihat ucapan beliau tidak lebih manis dibibirkan sedangkan realiti yang berlaku adalah disebaliknya. Kakitangan awam semacam tidak tahu dengan perangai pemimpin UMNO bila Najib berucap sedemikian dihadapannya?" soalnya.

“Mereka adalah perompak kepada khazanah negara dan wajib kita tolak, Sedangkan kakitangan awam yang betungkus lumus bekerja siang dan malam namun ganjarannya sangat kecil berbanding dengan nilai wang yang semakin kecil,” katanya ketika ditemui di sini.

Khalil juga menyentuh persolan kenaikan harga barang yang sedang menghantui rakyat Malaysia termasuklah kakitangan awam.

Menurutnya yang juga ADUN Titi Serong, pesanan Perdana Menteri yang boleh disifatkan tiada nilai walau satu sen ini adalah disebabkan ianya datang dari seorang mulut pemimpin yang langsung tidak komited dengan nilai dedikasi dan integriti terhadap rakyat.

“Nilai-nilai yang beliau sarankan itu gagal diterjemahkan dalam amalan pentadbiran beliau, Pentadbiran boros yang digambarkan oleh Najib dan Rosmah serta kabinetnya sekaligus menafikan saranan kepada orang lain ” tegasnya.

“Berikut saya sebut satu persatu wang rakyat yang dibelanjakan oleh Najib serta orang terdekat beliau, sebagai bukti, seorang perompak menasihat supaya orang lain perlu ikhlas dan tidak memandang soal kebendaan dalam bekerja,” ujarnya.

1. Rosmah menginap di sebuah bilik mewah (suite) dengan wang rakyat yang harganya mencecah UDS35,000 atau menyamai RM106,000 semalam, ianya merupakan suatu perbelanjaan yang amat boros.

2. Hutang baru kerajaan persekutuan bakal melonjak daripada paras RM362.39 bilion atau 53.7 peratus dari Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) kepada RM445.39 bilion, puncanya ialah wujudnya Perdana Menteri yang boros.

3. Tindakan Perdana Menteri terlampau taksub dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 bilion, bukti lagi bahawa Negara diterajui oleh pemboros.

4. BN juga dengan mudah meluluskan kontrak RM77 juta kepada Apco yahudi, wang yang terang lagi jelas disalahguna yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat.

5. RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang dan jumlah ini amat membimbangkan, tidak hairanlah rakyat melarat dan susah.

6. RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni, ini menyebakan rakyat menanggung kepayahan hidup untuk berbelanja.

7. RM28 bilion yang tiris dari Perbendaharaan setiap tahun akibat rasuah, seperti yang dianggarkan oleh Ketua Audit Negara, isu yang perlu bermain diminda kita ialah mengapa tiada seorang pun menteri BN yang tidak mewah, inilah puncanya.

“Saya kemukakan cadangan kepada rakyat, samaada tolak pemimpin BN yang korup atau rakyat menyokong BN tetapi resikonya terus berada dalam situati payah yang tidak pernah kunjung padam ini" Jelasnya

"Selamatkan Malaysia, jika bukan untuk kita, setidak-tidaknya untuk generasi akan datang,” katanya ketika mengakhiri sesi temuramah.

Buyung Gagu dipindahkan ke Taman Negara


03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] - BERAKHIRNYA SEBUAH LEGASI... Anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (NECC), Kuala Gandah, Pahang merantai kaki Buyung Gagu (bergading) dengan rantai besi semasa kerja-kerja pemindahan gajah liar dijalankan di tapak Empangan Triang dekat Kampong Gagu di Jelebu, Selasa. Buyung Gagu legasi terakhir gajah liar di sini, dipindahkan ke Taman Negara dengan menaiki lori. - Foto BERNAMA

Chelsea hidupkan peluang buru kejuaraan liga

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

BLACKPOOL - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berusaha keras memulihkan persembahan hambar pasukannya untuk kembali bersaing memburu gelaran Liga Perdana selepas mencatat kemenangan 3-1 ke atas kelab yang berada dalam zon penyingkiran, Blackpool.

Utusan Malaysia/-

Muslimat PAS ajak wanita buat perubahan

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengajak seluruh wanita negara ini membuat perubahan bagi merubah nasib mereka pada tahap yang lebih gemilang sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia ke-100, hari ini.

“DMPP turut mengucapkan selamat menyambut Hari Wanita Sedunia kepada seluruh wanita di mana jua mereka berada,” ujar ketuanya, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Sempena 100 tahun sambutan hari tersebut kali ini dengan temanya “Equal acsess to education, training, science and technology: Pathway to decent work for women – Kesamarataan peluang terhadap pelajaran, latihan, sains dan teknologi: Laluan kerjaya terpuji untuk wanita”.

Sebenarnya, kata beliau dalam pandangan Islam, wanita mempunyai hak-hak yang sama dengan lelaki di mana Allah menegaskan di dalam al-Quran bahawa wanita adalah pelengkap bagi lelaki manakala lelaki juga adalah pelengkap bagi wanita.

Sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud: “Sebenarnya wanita adalah saudara kandung bagi lelaki!”

“Sesungguhnya dari maksud hadis tersebut jelaslah bahawa pada pandangan Islam tidak ada pengurangan atas hak-hak wanita ataupun kezaliman atas wanita demi kepentingan lelaki kerana Islam merupakan satu syariat Allah yang diturunkan untuk lelaki dan wanita sekaligus tanpa pengecualian,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Oleh itu, jelasnya sebarang bentuk ketidak adilan ke atas wanita di dalam setiap aspek kehidupan amatlah ditegah dan bercanggah dengan ketentuan Ilahi.

Apatah lagi, ujarnya amat besarnya peranan wanita yang mesti disempurnakan oleh wanita, seperti kata-kata bijak pandai: Seorang ibu ibarat sekolah, apabila kamu siapkan dengan baik, bererti kamu menyiapkan satu bangsa yang harum namanya.

Sehubungan itu, menurutnya Pakatan Rakyat menawarkan beberapa program di dalam pelaksanaan agenda Dasar Bersama Pakatan Rakyat seperti menggubal akta bagi memastikan golongan wanita mendapat layanan yang adil dalam segenap bidang.

Di samping itu, memberi penekanan ke arah meningkatkan Kadar Guna Tenaga bagi Wanita kepada tahap 60% dalam tempoh 10 tahun akan datang berbanding 46% sepanjang tempoh 20 tahun yang lalu dan memperuntukkan 30% perwakilan wanita dalam semua barisan pimpinan politik dan kerajaan.

Pakatan Rakyat juga, tambahnya menangani segala bentuk keganasan terhadap wanita dan anak-anak dengan hukuman setimpal yang lebih berat dijatuhkan ke atas pesalah serta memastikan kebersanan pusat krisis di setiap hospital dan balai polis.

Selain itu, katanya memastikan kewujudan sistem sokongan dan bantuan seperti pusat penjagaan kanak-kanak dan sebagainya untuk ibu yang bekerja di pejabat kerajaan dan sektor swasta.

Beliau menambah, Pakatan turut memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan, mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara, memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah dan mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengkukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Justeru, ujarnya sayugia wanita mengambil inisiatif dan keprihatinan terhadap tawaran-tawaran tersebut agar seluruh wanita Malaysia dapat berperanan dan memberikan sumbangan positif terhadap usaha-usaha Pakatan Rakyat merubah nasib kaum wanita pada tahap yang lebih gemilang.

“Sesungguhnya nasib kita adalah di tangan kita juga seperti penegasan Allah SWT di dalam al-Quran bahawa Allah tidak akan mengubah nasib seseorang individu atau kaum tanpa mereka berusaha mengubah sikap dan berusaha ke arah reformasi kehidupan yang lebih baik.

“Marilah kita bersama-sama berganding bahu melaksanakan perubahan ini. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia,” ujarnya.

Harakahdaily/-

34 Buah Kereta Rosak Dihempap Pokok

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 MAC : Sebanyak 34 buah kereta remuk dihempap pokok ekoran hujan lebat dalam dua kejadian berasingan di tempat letak kereta swasta di Jalan Tun Razak di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian pertama berlaku berhampiran dengan Wisma Time di Jalan Tun Razak di mana 30 kereta remuk apabila lima pokok termasuk empat pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang dipakir di situ pada pukul 5.30 petang.

Pada masa yang sama empat kereta remuk apabila sebatang pokok besar ditempat letak kereta swasta berhampiran bangunan Bank RHB, yang terletak seberang jalan Wisma Time, tumbang dan menghempap kereta tersebut.

Beliau berkata seramai 20 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang itu sejak pukul 5.50 petang hingga 9 malam.

Tv Selangor/-

Parlimen tanpa Anwar

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Sehari sebelum cukup haul 3 tahun penggal 12 persidangan Parlimen Malaysia. Pembukaan sidang didahului oleh perbarisan dan tabik hormat di Dataran Parlimen. Lagu Negaraku disusuli kibaran Bendera Diraja disertai tembakan 21 das meriam berlangsung serentak.

Pembukaan sesi keempat ini berlangsung tanpa Ketua Pembangkang DS Anwar yang digantung. Menyertai beliau ialah tiga lagi Ahli Parlimen yang turut digantung atas isu yang sangat Ajaib.

Berlaku sedikit pertukaran tempat duduk apabila Ahli Parlimen Padang Serai menyertai Bebas. Ahli Parlimen yang sentiasa memanaskan sidang dengan lawak jenaka dan aksi yang kadang-kadang memalukan Pakatan Rakyat itu akhirnya menyertai kumpulan yang selalu beliau hentam dan maki.

BN wajib menyekat Anwar. Bermula dengan perlu memastikan beliau digagalkan dari kerusi PM di zaman Tun Mahathir sampailah ketika beliau berada di barisan pembangkang. Perpaduan di kalangan pembangkang adalah ketakutan maha tinggi BN. Peranan beliau dalam mendekatkan PAS, DAP dan PKR tidak pernah dipertikai. Kemahiran yang sangat tinggi amat perlu bagi membawa pemimpin-pemimpin parti berbeza ideologi.

ANWAR DISERANG

Anwar diserang lagi. Kali ini dengan menggunakan segala peraturan secara songsang di Parlimen untuk mengasak beliau ke sudut. Hanya kerana beliau membangkitkan isu hubungan APCO dan kerajaan Malaysia. BN menggunakan 'stupid majority' bagi menghalalkan penggangtungan Anwar.

Saya berada di Parlimen ketika Anwar dizalimi tanpa kehadirannya. Ahli Parlimen BN menjadi pengecut ketika Anwar bangkitkan isu itu. Ketika Anwar di luar dewan, Ahli Parlimen Kota Belud, bekas Setiausaha Pemuda Umno merujuk isu yang telah dibangkitkan oleh DS Anwar dan dan BN mengenakan Anwar. BN mempunyai majoriti untuk menzalimi Ahli Parlimen yang mempunyai kemampuan menyanggah mereka.

CATATAN PELIK PARLIMEN MALAYSIA

Satu: DS Anwar adalah Ahli Parlimen biasa. Tanpa jawatan kabinet. Melainkan beliau adalah Ketua Pembangkang, beliau sama status seperti saya dan ahli parlimen biasa yang lain.

Kami bebas membangkitkan apa sahaja isu kerana kami tiada akses kepada maklumat. Yang ada akses hanyalah Menteri dan Timbalan Menteri. Pegawai akan sediakan bahan dengan arahan mereka. Menterilah yang akan menjawab segala persoalan kami bangkitkan walaupun biasanya mereka yang terdesak memeramkan sahaja isu yang tidak memihak mereka.

Kedua: Anwar sudahpun habis berucap. Beliau cuba dirujuk ketika beliau tiada di dalam dewan. Beliau dikenakan ketika beliau tiada untuk menjawab.

Ketiga: Tuduhan yang dikenakan terhadap beliau ialah tuduhan menyelewengkan fakta. Tuduhan yang hanya boleh dikenakan kepada Menteri atau Timbalan Menteri yang menjawab. Bukannya mereka yang bertanya. Adakah dengan demikian maka bertanya pun dikira kesalahan dan boleh dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Pilihan,

Keempat: Ahli Parlimen Pakatan rakyat yang cuba mencelah, dinafikan hak untuk membetulkan kesalahan. Ya kerana ‘stupid Majority” digunakan oleh BN dan Speaker terpaksa menurut.

Kelima: Anwar di perintah dan diberi peluang seminggu untuk membuat penjelasan. Biasanya penjelasan dipohon daripada Menteri atau Timbalannya. Ia diminta oleh Ahli Parlimen biasa bukannya diputuskan oleh Menteri yang meminta penjelasan.biala ditanya kemudiannya, maka semuanya termasuk speker kemalu-maluan.

Keenam: Anwar memberi penjelasan juga. Walaupun bertentangan dengan peraturan dewan. Hukuman dijatuhkan juga. Maka Anwar perlu dihadapkan ke jawatankuasa Hak dan Kebebasan sekali lagi dengan “stupid Majority”.

Ketujuh: Anwar dijanjikan (ada dalam hansard) dengan peluang membela diri, mengemukakan bukti dan membawa saksi. Namun dengan sekeping surat dari APCO, Anwar tidak tidak perlu bersusah payah lagi.

Kelapan: Sekali lagi “Stupid Majority” diperlukan untuk menghalalkan kezaliman. Anwar dihukum. Tetapi yang sebenarnya juga dihukum ialah rakyat. Malysia sangat kerugian. Ini hanya catatan santai. Namun semua saksi masih hidup lagi. Kalau ada yang mati nescaya akan ada PRK!! Namun Anwar kena 6 bulan. Satu Demontrasi berlaku di Parlimen. Ya satu Sejarah Hitam.

Harakahdaily/-
Penulis adalah anggota Parlimen Padang Terap yang juga Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah.

Isu Ceramah Anwar : Minda Najib Macam JKKK

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MELAKA 8 MAC : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil tersebut lapor Harakah Daily.

"Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian.

"Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu," katan Yusof ketika dihubungi.

Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini, banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

"Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yang tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah 'standard'.

"Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi sama ada dari orang dalaman Umno atau luar negeri.

"Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR," tegas Yusof.

Tv Selangor/-

Sultan Oman Rombak Kabinet Besar-Besaran

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD]

MUSCAT 8 MAC : Sultan Qaboos, Oman semalam memecat Menteri Ekonomi dan Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan Kabinet besar-besaran selepas beberapa minggu protes anti kerajaan diadakan rakyat di negara Teluk itu.

"Sultan Oman mengarahkan rombakan dalam majlis menteri," menurut satu pengumuman televisyen sebelum senarai Kabinet baru dibacakan.Menteri Ekonomi, Ahmad Abdel Nabi Mekki dan Menteri Dalam Negeri, Saud Ibrahim al-Busaidi adalah antara menteri utama yang terkeluar, selain Menteri Perdagangan dan Industri, Maqbool Ali Sultan.

Kementerian yang dipegang Mekki dibubarkan manakala tempat Busaidi digantikan oleh ketua perkhidmatan awam, Faisal Said al-Busaidi, menurut agensi berita ONA.

Rombakan kebinet itu sememangnya dijangka selepas Sultan Qaboos memecat dua menteri pada Sabtu lalu sebagai reaksi terhadap bantahan rakyat yang mengaitkan gejala rasuah dan reformasi demokrasi yang perlahan di negara itu.

Tv Selangor/-

Masa Haidh Bukan Masa Libur Ibadah ~

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Banyak kaum wanita yang menganggap masa haidh sebagai masa libur ibadah. Bahkan tak jarang mereka menyebut masa haidh sebagai masa libur. Sebab, selama masa itu mereka tidak boleh mengerjakan shalat dan shaum.

Benarkah anggapan mereka ini? Tentu saja tidak! Jika yang mereka maksud adalah meninggalkan semua atau sebagian besar ibadah. Akan tetapi begitulah kenyataan yang kita dapati. Ingatlah wahai saudariku, bagi seorang muslim tidak ada istilah libur ibadah.

Berapa banyak kaum wanita yang merasa bahwa datangnya masa haidh seperti lepasnya beban berat yang ia pikul selama masa suci. Ia merasa begitu lega, santai dan bisa melakukan apa saja tanpa harus terganggu dengan datangnya waktu shalat.

Saudariku muslimah,
Ketahuilah, itu adalah perangkap setan. Setan mem­buat indah anggapan mereka itu. Setan sangat berhasrat menjebak kalian dalam kelalaian. Lalai dari mengingat Allah dan lalai mengingat akhirat. Sebab, jika engkau lalai niscaya setan dapat dengan mudah menggiringmu kepada kemurkaan Allah Karena itu, janganlah kalian tertipu.

Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Rabb-nya dan orang yang tidak berdzikir kepada Rabb-nya adalah seperti perbedaan antara orang yang hidup dan yang mati.” [Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dalamShahih-nya dari Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu'anhu]

Renungkanlah wahai saudariku muslimah, …

Pantaskah seorang muslimah merasa santai di saat terluput darinya sebuah ibadah yang sangat agung di dalam Islam? Ibadah yang tidak bisa disetarakan dengan ibadah apapun yaitu shalat dan shaum. Pantaskah ia bergembira di saat ia tidak bisa berdiri bermunajat kepada Rabb yang Maha Agung, berbicara langsung dengan-Nya dalam shalat?

Seharusnya semangat mereka lebih terpacu. Yaitu se­mangat untuk menggantikan terluput keutamaan ibadah shalat dan shaum.

Banyak kita temui para wanita, terutama para gadis, menjadikan masa haidh ini sebagai masa untuk mengo­songkan pikiran dan jeda ibadah dengan alasan rileks ka­rena datang bulan. Sehingga banyak waktunya yang terbuang percuma tanpa faedah sedikitpun bagi akhiratnya. Akhirnya, begitu masa suci tiba ia merasa berat untuk memulai kembali aktivitas ibadahnya.

Sumber: Wanita Haidh Tak Luput Pahala, Ust. Abu Ihsan Al-Atsari, Pustaka At-Tibyan (hal. 27-29)

Konspirasi politik rampasan: Catatan sejarah hitam Perak

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Pada tarikh ini, dalam sejarah tanahair apabila seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hanya mempunyai wakilnya sebanyak 6 kerusi berbanding 18 kerusi dan 7 kerusi telah membentuk sejarah baru bagi politik Malaysia amnya dan Perak khasnya kerana PAS diberikan keyakinan oleh DAP dan PKR bagi membentuk sebuah kerajaan negeri setelah Barisan Nasional (BN) hanya mempunyai 28 kerusi.

Pergabungan antara PAS (6), DAP (18) dan PKR (7) berbanding dengan BN (28) iaitu Umno (27) dan MCA (1) telah merubah landskap politik Perak dengan pelbagai cabaran kerana angin tsunami politik Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 12 tahun 2008 ini telah menjawab pelbagai persoalan tuntutan rakyat Perak yang selama ini dipendam atau dikekang tanpa disalurkan secara betul atau berkesan.

Pelbagai isu nasional mahupun peringkat negeri atau tempatan dengan pelbagai masalah sentiasa ada dan terus ada tanpa diselesaikan seolah-olah sebagai jambatan atau umpan untuk rakyat terus bergayut dengan BN. Umpamanya isu tanah sudah lebih 50 tahun BN gagal atau sengaja untuk melambatkan hak bagi seorang warga penduduk di Perak untuk dimilikinya.

Ditambah dengan pengurusan kewangan rakyat yang mana pernah disebut oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin tentang sekecil-kecil perkara seperti minum pagi semasa Mesyuarat Exco yang agak melampau. Bagi pimpinan yang datang daripada PAS yang telah di didik agar bercermat sepertimana yang di ajar oleh Islam dalam pelbagai perkara dapat dilaksanakan ketika berkuasa.

Dalam merungkai konsprasi politik yang disusun di Perak sebagai salah satu usaha menafikan keputusan rakyat yang telah membuat keputusan terbaik dan tekat untuk memberikan nafas baru perubahan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri hanya bertahan selama 11 bulan sahaja. Walaupun dalam tempoh yang sengkat, banyak juga perubahan yang telah dilakukan tetapi masih dinafikan oleh BN.

Bermula dengan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (dahulu Badan Pencegahan Rasuah Malaysia) (SPRM) dengan menggunakan media arus perdana yang acap kali menyerang dua orang Exco Kerajaan Negeri (kini telah menjadi ADUN Bebas) yang terpaksa dipertahan oleh semua Exco yang lain bagi menunjukkan setia kawan yang amat yakin bahawa kedua-dua Exco terbabit telah diperangkap.

Pelbagai andaian serangan media ketika itu memaksa semua Exco mempertahan pendirian akan terus bersama dan yakin semua tuduhan tersebut adalah usaha jahat mencemar kepimpinan Pakatan Rakyat (setelah dipersetujui oleh semua parti) (PR) dan usaha menggagalkan pentadbiran kerajaan negeri. Dan isu tuduhan rasuah ini digerakkan oleh media berminggu-minggu seperti mendapat kerjasama daripada SPRM.

Terlalu banyak serangan terhadap kedua-dua Exco terbabit sehingga bersedia mengambil keputusan untuk menyaman mana-mana pihak yang membuat tuduhan kerana selagi Mahkamah tidak membuat keputusan selagi itulah mereka tidak didapati bersalah. Bukan setakat itu sahaja, Umno menekan Datuk Seri Nizar agar menggantung kedua-dua Exco terbabit kerana telah disiasat isu rasuah seperti didakwa.

Mungkin kerana serangan luar sama hebat dengan serangan dalam, tiba-tiba dua Exco tersebut menghilangkan diri dan dikhabarkan bercuti. Disitulah kehilangan kedua-dua Exco tersebut menjadi tanda tanya konsprasi politik rampasan bermula. Bukan tuduhan, tetapi pelbagai maklumat sampai yang menunjukkan agenda tawar-menawar berlaku dan akhirnya terbukti sehingga ke hari ini.

Cara konsprasi ini disusun bukan oleh seorang sahaja, tetapi ianya memainkan banyak watak yang telah kita dengar. Sehingga ke hari ini kedua-dua ADUN PKR yang kini menjadi Bebas termasuk Timbalan Speakar daripada DAP telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Negeri di bawah PR yang hanya bertahan memerintah 11 bulan sahaja. Kesan kejatuhan PR itu bertambah parah dengan pelbagai insiden yang memberikan kesan kepada rakyat Perak.

Dalam perbicaraan kedua-dua ADUN Bebas terhadap tuduhan rasuah seperti telah diduga, mereka dibebaskan oleh Mahkamah seperti sengaja SPRM lambat memohon merayu dibicarakan semula. Persoalan-persoalan yang dilemparkan kepada SPRM dahulu telah terjawab. Perkara ini terancang? Siapa yang rancang? Apa tindakan kedua-dua ADUN Bebas itu terhadap SPRM? Semua sekarang boleh tutup buku sahaja, yang jahat tentunya terbukti BN.

Persoalan yang timbul, adakah rakyat yang pernah membuat kejutan politik di Perak hilang pertimbangan drama yang dilakonkan dahulu? Adakah kerja buat Datuk Seri Dr Haji Zambry Abdul Kadir telah memulihkan semua kecacatan yang telah berlaku semenjak diisytihar Menteri Besar Mahkamah? Adakah rakyat akan biarkan sahaja dan kembali memberikan sokongan kepada BN? Atau rakyat akan kembalikan kuasa pemerintahan kepada PR pada PRU 13 nanti?

Sudah tiba masanya rakyat kena membuka minda mereka dalam politik Perak kini, PRU 13 kayu ukur sejarah hitam yang telah berlaku. Kuasa penentu bagi mana-mana kerajaan negeri adalah kuasa rakyat. Politik kepartian adalah sistem demokrasi yang ada, siapa akan menang dan siapa akan kalah. Menang secara terhormat dan kalah secara terhormat, jangan ada yang tidak mahu kalah kerana hanya mahu menang sahaja.

Rakyat akan sekali lagi membuat keputusan mereka bila-bila masa sahaja daripada sekarang. Ada yang menimbulkan isu perkauman adalah trend selepas PRU 12 yang lalu, kerana trend ini cukup berjaya menegangkan kekebalan kaum untuk bersama atas nama bersatu. Tetapi corak perkauman ini akan sebenarnya memakan diri kerana di dalam Islam tidak meletakkan kaum sebagai kekuatan sebenar.

Dalam apa yang berlaku, timbul persoalan pendirian politik kepada ADUN yang sudah menjadi Bebas. Ke mana arah mereka selepas ini? Atau mereka akan bersama BN atas parti mereka untuk terus menjadi calon PRU 13 bagi berdepan dengan PR nanti. Kerangka politik Perak akan menjadi susut nilai menjelangnya PRU 13 nanti, PR akan berdepan dengan BN di atas padang baru yang ditonton oleh rakyat yang akan membuat keputusan mereka.

Keputusan rakyat adalah muktamad, Datuk Seri Zambry atau Datuk Seri Nizar akan menduduki kerusi Menteri Besar yang ke - 12 nanti. Sama-samalah kita tunggu tiupan angin PRU 13 yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat Perak yang sudah bertekat membuat satu keputusan setelah melalui satu tempoh yang amat merusingkan.

safarizal saleh

Kenapa pengundi tolak PAS?

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

Calon PAS Hassanuddin Salim tumpas di tangan Syed Ibrahim Syed Ahmad dengan majoriti 2,724 undi. Hassanuddin mendapat 2,336 undi manakala Syed Ibrahim mendapat 5,060 undi.

Dalam pilihan raya kecil kali ini, seramai 8,999 pemilih layak mengundi – pertambahan 542 orang daripada 8,451 pada tahun 2008. Manakala peratusan keluar mengundi pula meningkat kira-kira 3 peratus - daripada 80.33 kepada 83.2 peratus. Manakala BN Melaka mengekalkan kerusi Merlimau melalui Roslan Ahmad yang mengalahkan Yuhaizad Abdullah dari Pas dengan majoriti 3,643 undi. Roslan meraih 5,962 undi sementara Yuhaizad 2,319 undi.

Apabila keputusan sudah dibuat oleh rakyat, kita kena terima seadanya. Orang BN sudah boleh senang hati kerana keputusan itu menunjukkan mendung BN semakin berlalu. Tetapi bagi PAS dan PR peluang untuk mereka bermuhasabah kenapa rakyat menolak PAS dan PR.

Kekalahan PAS telah diulas oleh pemimpin BN yang jelasnya negatif. Tetapi pandangan negatif itu tidak seharusnya dipandang sebelah mata. Hal ini kerana menurut ilmu tasauf, kalau kita nak buat perubahan dengarlah komen musuh. Kemen mereka walaupun tidak ikhlas adalah satu pandangan yang akan memberi manfaat kepada perjuangan.
Sebelum kita mengenal pasti sebab rakyat menolak PAS, suka saya menjelaskan di sini, kemenangan PAS dan PR dalam pilihan raya umum lalu bukan semata-mata rakyat percaya kepada perjuangan PR. Kemenangan PR kerana dua sebab:

1. Kelemahan BN hingga menghilangkan keyakinan rakyat.

2. Rakyat tiada pilihan lain dalam memberi undi, maka mereka memilih pembangkang selain mencuba parti baru.

Hakikatnya PAS belum begitu kuat, dan penambangan ahli baru dalam kalangan orang muda masih belum membanggakan. Ahli lama mungkin boleh mengekalkan kedudukan mereka tetapi untuk menarik lebih ramai golongan lain amat lambat.

Berdasarkan itu, berikut adalah sebab mengapa rakyat tidak memilih PAS dan PR
1. Pendekatan PAS dalam kempen masih belum boleh merangsang keyakinan orang di atas pagar.

2. Kempen PAS masih sama macam macam dahulu, lalu mereka mengangap PAS tidak lebih baik.

3. Orang Melayu percaya PAS hanya memperjuangkan Islam bukan Melayu dan pembangunan.
4. Orang bukan Islam masih tidak begitu yakin PAS boleh membela mereka.
Oleh sebab itu beberapa perubahan perlu dibuat oleh PAS kalau mahu memang dalam pilihan raya akan datang.

1. Pendekatan berkempen perlu diubah dengan banyak membentangkan apa yang PAS boleh laku setelah mereka menang. Tanpa memburukkan parti lawan tunjukkan kemampuan PAS.
2. Kempen mempertahankan Islam sekadar retorik perlu diubah kepada mendidik ahli dan orang ramai. Maka ceramah agama bukan hanya pada musim pilihan raya, dan didikan iman harus diberi keutamaan.

3. Orang Melayu perlu didedahkan perjuangan Islam sebenar dalam bengkel dan kursus. Perjuangan sekadar menuntut hukum hudud perlu diperluaskan kepada bengkel pelaksanaan sebenar.

4. Orang bukan Islam perlu didekati apatah lagi ahli PR sama ada dalam DAP juga PKR, mereka perlu diberi fahaman sebenar perjuangan Islam. Mereka perlu difahamkan bahawa Islama menjaga kepentingan mereka.

Kalau PAS boleh buat semua itu dalam masa terdekat ini, pilihan raya akan datang boleh menampakkan perubahan yang membanggakan. Ingatlah orang ramai mahukan perubahan yang lain daripada yang lain. Kalau mereka mendapati sikap orang PR sama sahaja dengan orang BN maka lebih baik mereka pilih BN.

Ahmad Baei Jaafar

INI BUKAN KEKALAHAN TERAKHIR BUAT PR, KECUALI PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PAS menyertai pilihanraya adalah kerana menganggap bahawa itu adalah salah satu kewajipannya di dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya PAS tidak bertanding, rakyat tidak mempunyai peluang untuk mengangkat pemimpin mereka yang mahu melaksanakan hukum Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti di dalam negara ini yang dasarnya adalah Islam.

Begitu juga dengan sekutu PAS di dalam PR yang masuk bertanding kerana ingin melakukan perubahan. Walaupun sudah lama kita mengetahui bahawa kita menyertai pilihanraya di dalam keadaan demokrasi yang pincang serta penuh ketidakadilan, namun kita tetap menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi pilihan mereka.

Ramai yang mempersoalkan sampai bila PR harus bertanding di dalam suasana yang kita sendiri tahu akan risikonya. Samada PR bangkit menentang ketidakadilan di dalam sistem demokrasi yang ada sekarang atau tidak, kita mesti menyertai pilihanraya kerana itu satu kewajipan. Jika kita tidak berupaya bangkit, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan demi kekalahan lagi.

Saya bukan ingin menafikan beberapa kelemahan di pihak kita yang mungkin menjadi faktor kita tewas sejak kebelakangan ini. Kita harus akui kita masih punyai kelemahan yang perlu kita perbaiki.

Namun pada pendapat saya, sehebat mana pun kita jika kita bertanding di dalam keadaan padang yang tidak rata dengan pengadil yang bersikap berat sebelah, kita lebih banyak berpeluang untuk kalah dari mencapai kemenangan. Jika kita menang sekali pun, bukan bererti kita menang kerana pilihanraya itu bersih dan adil. Mungkin kita menang oleh kerana terlalu kuat sokongan pada kita sehingga tidak mampu untuk mereka menghalangnya lagi. Adakah kita selama-lamanya mahu mengharapkan situasi begitu?

Sehubungan itu, suka saya cadangkan kepada pimpinan PR agar lakukan sesuatu yang lebih serius dan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi dipermainkan setiap kali kita menyertai pilihanraya.

Siapa boleh nafikan jentera kerajaan, media, rasuah politik, undian pos dan segalanya digunakan oleh pihak mereka setiap kali adanya pilihanraya? Kita sedar sudah lama semua ini, namun kita seperti tidak bersungguh bangkit menentangnya. Ini lah punca sebenar atau faktor utama mengapa kita selalu tewas.

Memadaikah kita hanya bercakap menentang ketidakadilan ini, selepas itu kita masuk juga gelanggang dalam situasi yang tidak pernah berubah? Percayalah, selagi semua itu tidak kita halang, selagi itu kita akan terus ditertawakan dengan kekalahan demi kekalahan. Contoh terbaru, PRK di Dun Tenang, Merlimau dan Dun Kerdau terlalu menonjol kecurangan demokrasi yang mereka lakukan.

Bila kita tewas, kita buat komen yang nadanya tetap sama bertahun-tahun iaitu kita tewas akibat amalan rasuah mereka, undi pos, pengundi hantu, media, jentera kerajaan yang mereka gunakan. Kita tahu, tapi apa yang kita rancang untuk menghalangnya?

Menjadi harapan kita agar pimpinan PR lebih serius di dalam hal ini. Jika keadaan ini tidak dapat diperbaiki, tiada gunanya kita siang malam berkempen meminta rakyat menyokong kita. Sekiranya semuanya dapat kita perbetulkan, barulah kita boleh mengkaji sebenar-benarnya kelemahan kita jika kita masih tewas lagi.

WFAUZDIN NS

Siapakah Najib untuk label Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas ?

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 8 Mac : Ketua penerangan PAS Perak, YB Drs. Kkahll Idham Lim mengulas dunia sedang melihat betapa kejamnya Muammar Ghaddafi menghujankan peluru berat ke atas rakyatnya di Libya yang memberontak terhadap kepimpinan beliau, dalam masa sama dunia sedang mengecam tindakan terkutuk Presiden itu yang korup selama berkuasa selama 42 tahun.

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa perlu dibunuh Ghaddafi, fatwa tersebut bukan berdasarkan kapasiti beliau seorang, ini melibatkan ramai kekuatan ahli fiqh haraki yang arif tentang situasi semasa rakyat Libya yang diserang serta dizalimi.

“Perdana Menteri saya lihat tidak konsisten dalam isu menentang kezaliman, sepatutnya beliau menyokong tindakan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, bukannya menempelak fatwa itu, nampaknya PM kita tidak menjiwa situasi rakyat Libya yang sedang dizalimi pemimpinnya,” katanya ketika ditemu di sini.

Tambahnya, dalam hal isu Libya, Najib menyifatkan Qaradhawi mengambil jalan bersekongkol dengan kumpulan yang dikatakan pengganas yang menyerang pemerintah walhal apa yang berlaku sebetulnya rakyat yang bangkit setelah dizalimi,

“Saya hairan bila Najib menyimpulkan bahawa Yusuf Qaradhawi tidak boleh diangap sebagai ulama pembela umat islam,” ujarnya.

“Saya ingin ajukan persoalan, apakah yang dipertimbangkan sehingga Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M, Najib langsung tidak berhak melabel tokoh sehebat itu dengan penilaian yang amat dangkal,” tegasnya.

“Saya juga ingin menyarankan Najib supaya mentarik semula kenyataan tersebut, ini boleh menyebabkan situasi keliru rakyat Malaysia khususnya yang selama ini memandang bahawa tokoh itu sememangnya diakui diperingkat antarabangsa,” jelasnya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menyatakan bahawa Dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini, bukan sahaja di Malaysia, malah dunia mengakuinya.

“Meletakkan ulama yang mulia dengan taraf sebagai pengganas adalah satu perbuatan yang amat jijik dimata umat Islam, Perdana Menteri Malaysia itu perlu bebas dari sebarang bentuk nasihat dalam segala bentuk jika tidak mahu diri dilabel sebagai penentang ulama dunia,” tegasnya.

WASSALAM,

Oleh : Hafizi pauzi.

Krisis Libya semakin meruncing, penduduk Ras Lanouf lari selamatkan diri

3 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -
RAS LANOUF 7 Mac - Penduduk Ras Lanouf melarikan diri hari ini kerana bimbang bandar yang dikuasai pemberontak di timur Libya ini akan diserang oleh tentera Muammar Gaddafi.

Ketika tentera Gaddafi menyekat kemaraan pemberontak menuju ke bandar kelahirannya dan menawan semula sebuah pekan penting, pemimpin veteran itu menuduh Perancis mencampuri urusan dalaman Libya dan sekali lagi menyalahkan al-Qaeda sebagai punca pergolakan di negaranya.

Penduduk kelihatan melarikan diri dari bandar minyak Ras Lanouf dengan menaiki kereta menghala ke Brega yang ditawan oleh pemberontak minggu lepas.

Kakitangan sebuah hotel tempatan berkata, penduduk meninggalkan bandar ini kerana 'mereka menerima berita pertempuran akan meletus'.

Askar pro-Gaddafi semalam menyekat kemaraan pemberontak menuju ke bandar kelahiran Gaddafi, Sirte.

Pemberontak juga terpaksa berundur dari Bin Jawad yang ditawan kelmarin, selepas tujuh maut dan 50 lagi cedera dalam pertempuran.

"Kami berundur dari Bin Jawad, Ras Lanouf akan menjadi barisan pertahanan kami," kata seorang pemberontak, Aqil al-Fars.

Dalam pada itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut pasukan kemanusiaan dibenarkan meninjau keadaan penduduk awam di bandar Misrata yang dibedil berkali-kali oleh kereta kebal tentera Gaddafi semalam, menyebabkan ramai yang 'cedera dan terkorban'.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon berkata, Menteri Luar Libya bersetuju untuk membenarkan satu pasukan 'penilaian kemanusiaan' melawat Tripoli.

Ki-moon melantik bekas Menteri Luar Jordan, Abdelilah al-Khatib sebagai duta khas untuk mengadakan rundingan segera dengan kerajaan Gaddafi di Tripoli.

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan yang semakin meningkat untuk membekalkan senjata kepada pemberontak selepas pentadbiran Presiden Barack Obama didakwa terlepas peluang untuk menumbangkan Gaddafi pada peringkat awal pemberontakan yang bermula pada 15 Februari lalu.

Ahli Kongres AS dan bekas pegawai pentadbiran nampak bersepakat mengenai kemungkinan senjata dibekalkan kepada pemberontak yang serba kekurangan sebagai cara untuk membantu mereka menewaskan tentera Gaddafi. - AFP

Kemenangan BN dengan cabul demokrasi.

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 8 Mac : ADUN Titi Serong, YB Drs. Khalil Idham Lim mengulas bahawa Umno BN tidak perlu mendabik dada dengan kemenangan yang diperolehi di kedua-dua DUN Merlimau dan kerdau, hakikatnya BN belum lagi memenangi hati rakyat, kemenangan tersebut disifatkan sebagai hanya mempertahankan kerusi mereka dengan sekian banyak pencabulan terhadap demokrasi dilakukan dalam PRK tersebut..

“Umno BN bersungguh-sungguh menyampaikan khabar gembira kepada media bahawa kemenangan tersebut adalah petanda bahawa mereka telah memenangi semula hati pengundi melayu di kawasan tersebut, tindakan ini mengelirukan dan bohong,” katanya ketika ditemui di sini.

"Saya menafikan bahawa orang Melayu sudah kembali menyokong BN . PRK bukan gambaran yang sebenar dan kita tunggu PRU ke 13" Katanya.

Menurutnya yang juga Ketua Penerangan Pas Perak, BN tetap menafikan bahawa mereka menentang demokrasi yang lebih bebas di Malaysia namun dalam masa yang sama Pakatan Rakyat langsung tidak diberi peluang berkempen di TV mahupun radio walaupun seminit.

"Harapan saya rakyat pandai menilai pemberitaan yang sangat berat sebelah setiapkali ada PRK" katanya

“Di TV3 dan RTM, rakyat hanya akan melihat calon BN sahaja yang berkempen, seolah-olah pertandingan satu penjuru sedang berlaku, ini satu amalan pelik BN di kancah politik tanah air, saya pasti, rakyat yang punyai pertimbangan yang waras boleh menilai penipuan ini, jelasnya.

Menurut Khalil Idham lagi, BN bakal mengulangi penipuan pilihan raya sebegini pada PRU 13 nanti, beliau juga mengingatkan kepada rakyat supaya jangan beri peluang terhadap sebarang bentuk pembohongan yang melibatkan hak warga Malaysia.

“Rakyat berhak memilih pemimpin mereka berdasarkan perinsip demokrasi yang tulen dalam isu perjalanan pilihan raya yang adil dan saksama, PRU 13 semakin hampir, gerakkan tenaga untuk menyebar maklumat serta fakta mengenai salah laku BN tersebut,” ujarnya ketika mengakhiri sesi temubual.

Oleh : Hafizi Pauzi