08 Mac 2011

Isu Ceramah Anwar : Minda Najib Macam JKKK

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

MELAKA 8 MAC : Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen pilihan raya kecil tersebut lapor Harakah Daily.

"Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian.

"Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu," katan Yusof ketika dihubungi.

Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini, banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

"Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yang tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah 'standard'.

"Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas," tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.

Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi sama ada dari orang dalaman Umno atau luar negeri.

"Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR," tegas Yusof.

Tv Selangor/-

2 ulasan:

Awanama berkata...

saya tak dapat maklumat yang menyatakan DSAI tidak diperlukan berceramah di Merlimau, tetapi saya difahamkan ramai rakyat yang berakhlak mulia di Malaysia tidak berkehendakkan najib jadi pemimpin, sebab sudahlah tidak bersih, dilihat pula tidak bersih, banyak pihak mengatakan terlalau banyak terlibat dengan kes-kes al tan...., kapal selam tak boleh nyelam, seleweng, rasuah, bini berat rantai dari berok(lebih sudu dari bubur)dan macam-macam lagi........

Awanama berkata...

LEPAS NI KALAU NAK WAT CERAMAH TAPI DIHALANG ... CUBA WAT CARA NI .. ANWAR DOK KAT MANA2 TAPI BUKAN DEKAT TEMPAT CERAMAH .. CERAMAH DIBERIKAN SECARA LIVE MENGGUNAKAN SKYPE .. DAN SEMUA ORANG BOLEH TGK