08 Mac 2011

Pembelian Kapal Perang Laut RM6.7 Bilion Tidak Berasas

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 7 MAC: Keputusan kerajaan Umno-BN membelanjakan RM6.7 Bilion membeli enam kapal perang laut generasi kedua tidak berasas dan bercanggah dengan retorik kerajaan pusat bahawa negara mungkin muflis.

Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng dalam soalannya kepada Menteri Pertahanan, Datuk Zahid Hamidi di Parlimen pagi tadi turut mempersoalkan ketelusan tender pembinaan kapal tersebut kerana tiada tender terbuka dikeluarkan bagi pembinaan kapal tersebut.

Kata beliau, tindakan kerajaan seolah-olah mengenepikan kebajikan rakyat kerana kerajaan sanggup menarik subsidi sebanyak RM1.7 Bilion yang diberikan kepada rakyat dengan alasan kerajaan tiada peruntukkan mencukupi tetapi mampu pula membelanjakan lebih RM6 Bilion untuk pembelian kapal perang laut ini.

Beliau seterusnya mempersoalkan adakah tindakan kerajaan Malaysia membeli dan menaik taraf pertahanan laut ini mencerminkan wujudnya ancaman luar kepada Malaysia kerana pembelian dibuat untuk kapal perangn laut yang serba moden.

Selain itu, beliau juga bertanyakan apakah rasional di sebalik kenaikan harga pembelian kapal-kapal laut tersebut yang meningkat dari RM5.3 Bilion ke RM6.7 bilion memandangkan perkiraan kos hanya dibuat baru-baru ini.

" Sekarang kerajaan membelanjakan RM6 bilion untuk kapal peronda ini, adakah rasional dan apakah jaminan projek ini tidak menyebabkan berlakunya lebihan kos?,"soal beliau.

Menjawab soalan Lim Lip Eng, Zahid berkata perolehan bagi enam kapal perang laut tidak dibuat secara tender dan diberi terus kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd bagi memenuhi syarat perjanjian perbadanan yang dibuat pada 11 Disember, 1995.

Sebelum ini, kerajaan melalui Kementerian Pertahanan pernah membuat pesanan yang serupa kepada Penang Shipyard and Construction - Naval Dockyard Sdn Bhd (PSC-ND) tetapi disebabkan penyelewengan serius menyebabkan kerajaan terpaksa menjamin keluar syarikat berkait kerajaan tersebut.

Kerajaan Umno-BN pada masa itu juga terpaksa menanggung kos tambahan akibat kelewatan menyiapkan kapal-kapal berkenaan dan bagi menyelamatkan syarikat serta projek berkenaan, kerajaan Umno-BN bertindak menggabungkan PSC-ND dengan Boustead Holdings Bhd menjadi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara tahun 2005, penyelewengan dalam PSC-ND telah membebankan kerajaan dengan tambahan kos kira-kira RM200 juta.

Berang dengan kenyataan Lim Lip Eng yang mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku, Zahid kemudiannya menyalahkan Lim Lip Eng sambil menyuruh ahli parlimen itu kembali ke sekolah.

Keadaan itu kemudiannya membangkitkan sedikit kekecohan dalam Dewan Rakyat apabila ahli-ahli parlimen pembangkang meminta Zahid menarik balik kenyataan beliau terhadap Lim Lip Eng.

" Tuan Yang di-Pertua, saya rasa elok ahli parlimen Segambut masuk Tabika semula kerana tidak dapat membezakan,"kata Zahid yang disambut bantahan ahli-ahli parlimen pembangkang.

Tv Selangor/-

2 ulasan:

Pak Mat berkata...

Itu belum cukup, Aku cadang pada Najib dan Zahid Hamidi beli la 20-30 billion baru best, kalau Malaysia bankrap baru orang Felda, Perkasa,Pemuda Amno dan Geng2 depa seronok.Lepas tu plak bagi komisen 15-20 Billion baru boleh bagi kain batek gan kain pelikat dekat orang Malayuuu Amno.Hidup Bn....

Awanama berkata...

inila mentaliti orang politik konon yang tak tau tentang pertahanan. cogankata diaorang sebenarnya, biarlah kalau singapura serang malaysia dalam sehari dah sampai perlis. tak payah beli apa-apa peralatan petahanan. kalau berperang muka diaorang yang cabut dulu dari negara ni. kalau dah YB (yang bodoh) memangle bodoh.