08 Mac 2011

Siapakah Najib untuk label Syeikh Yusuf Al-Qaradawi sebagai pengganas ?

03 Rabiulakhir 1432H. [MOD] -

PARIT BUNTAR, 8 Mac : Ketua penerangan PAS Perak, YB Drs. Kkahll Idham Lim mengulas dunia sedang melihat betapa kejamnya Muammar Ghaddafi menghujankan peluru berat ke atas rakyatnya di Libya yang memberontak terhadap kepimpinan beliau, dalam masa sama dunia sedang mengecam tindakan terkutuk Presiden itu yang korup selama berkuasa selama 42 tahun.

Ulama terkenal, Syeikh Yusuf Al-Qaradawi telah mengeluarkan fatwa perlu dibunuh Ghaddafi, fatwa tersebut bukan berdasarkan kapasiti beliau seorang, ini melibatkan ramai kekuatan ahli fiqh haraki yang arif tentang situasi semasa rakyat Libya yang diserang serta dizalimi.

“Perdana Menteri saya lihat tidak konsisten dalam isu menentang kezaliman, sepatutnya beliau menyokong tindakan Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, bukannya menempelak fatwa itu, nampaknya PM kita tidak menjiwa situasi rakyat Libya yang sedang dizalimi pemimpinnya,” katanya ketika ditemu di sini.

Tambahnya, dalam hal isu Libya, Najib menyifatkan Qaradhawi mengambil jalan bersekongkol dengan kumpulan yang dikatakan pengganas yang menyerang pemerintah walhal apa yang berlaku sebetulnya rakyat yang bangkit setelah dizalimi,

“Saya hairan bila Najib menyimpulkan bahawa Yusuf Qaradhawi tidak boleh diangap sebagai ulama pembela umat islam,” ujarnya.

“Saya ingin ajukan persoalan, apakah yang dipertimbangkan sehingga Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009M, Najib langsung tidak berhak melabel tokoh sehebat itu dengan penilaian yang amat dangkal,” tegasnya.

“Saya juga ingin menyarankan Najib supaya mentarik semula kenyataan tersebut, ini boleh menyebabkan situasi keliru rakyat Malaysia khususnya yang selama ini memandang bahawa tokoh itu sememangnya diakui diperingkat antarabangsa,” jelasnya.

Beliau yang juga Adun Titi Serong menyatakan bahawa Dr. Yusuf al-Qaradhawi adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini, bukan sahaja di Malaysia, malah dunia mengakuinya.

“Meletakkan ulama yang mulia dengan taraf sebagai pengganas adalah satu perbuatan yang amat jijik dimata umat Islam, Perdana Menteri Malaysia itu perlu bebas dari sebarang bentuk nasihat dalam segala bentuk jika tidak mahu diri dilabel sebagai penentang ulama dunia,” tegasnya.

WASSALAM,

Oleh : Hafizi pauzi.

3 ulasan:

Awanama berkata...

siapa plak pak sheikh tu nk jatuh hukum mati kat org????????

Awanama berkata...

bukan pak syeikh 2 nak jatuhkan hukuman mati tapi 2 hukuman allah

Unknown berkata...

dh tu hukum hudud..kesian..cetek sungguh ilmu agama mu wahai Tanpa Nama..