13 Muharram 1433H. [MOD] -KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi memberitahu hakim kanan Mesir bahawa dia tidak mencerobohi kuasa mereka apabila dia mengEluarkan dekri baru-baru ini.
Seorang pembantu Morsi berkata undang-undang itu terhad kepada "isu-isu berkaitan kedaulatan,'' tetapi kenyataan tersebut tidak memuaskan hati pengkritik beliau.
Pendirian tanpa kompromi tersebut diberitahu semasa mesyuarat antara Morsi dan ahli-ahli Majlis Kehakiman Agung Isnin lalu dalam usaha untuk menyelesaikan krisis selama empat hari yang telah meletakkan Mesir dalam pusingan kekacauan yang baru dengan pertempuran antara kedua-dua pihak yang mengakibatkan seorang penunjuk perasaan mati dan ratusan tercedera.
Badan kehakiman, sasaran utama dekri Morsi, juga telah mula memberi respons, memanggil dekri tersebut sebagai rebutan kuasa dan serangan ke atas "kebebasan badan tersebut".
Hakim dan pendakwa mogok dan tidak hadir ke mahkamah di Kaherah dan bandar-bandar lain pada Ahad dan Isnin lalu.
Sementara itu, Ikhwanul Muslimin telah membatalkan demonstrasi besar-besaran di Kaherah, yang dirancang diadakan Selasa ini, "sehingga notis lanjut" bagi "mengelakkan pertempuran".
Melindungi Revolusi
Pentadbiran Morsi mempertahankan dekri tersebut sebagai usaha untuk mempercepatkan pembaharuan yang akan melengkapkan transformasi demokrasi Mesir.
Tetapi seruan beliau untuk berdialog telah ditolak oleh ahli-ahli Barisan Penyelamat Kebangsaan (NSF), pakatan pembangkang baru liberal, berhaluan kiri dan lain-lain ahli politik dan parti, yang sukar untuk bersatu sehinggalah pengumuman dekri Morsi.
Barisan tersebuk termasuk Sabahy, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Mohamed ElBaradei dan bekas ketua Liga Arab, Amr Moussa.
Pihak tentera tidak melibatkan diri dengan krisis selepas mengetuai Mesir melalui peralihan selama 16 bulan untuk pilihan raya presiden pada bulan Jun.
Penganalisis berkata Morsi telah meneutralkan tentera apabila beliau memecat jeneral tertinggi tentera Ogos lalu, dan melantik satu generasi baru yang kini berhutang budi kepada presiden.
Morsi menyatakan keputusan beliau Khamis lalu sebagai keperluan untuk melindungi revolusi yang menggulingkan Mubarak hampir dua tahun yang lalu dan untuk mengukuhkan peralihan negara kepada pemerintahan demokrasi.
Morsi juga mengarahkan perbicaraan semula Mubarak dan pembantu kanan beliau atas tuduhan membunuh penunjuk perasaan semasa pemberontakan.
"Dia terpaksa bertindak untuk menyelamatkan negara ini dan melindungi revolusi," ujar Pakinam al-Sharqawi, pembantu Morsi.
"Ia adalah satu peringkat utama dalam proses melengkapkan revolusi 25 Januari," katanya merujuk kepada hari bermulanya pemberontakan terhadap Mubarak pada tahun lepas.
Beliau juga mencipta badan kehakiman 'perlindungan revolusi' yang baru untuk menjalankan pendakwaan secepat mungkin.
harakah/-


Najib
telah cuba menumpang kejayaan Obama mempertahankan kerusi Presiden
Amerika Syarikat dalam pilihanraya Presiden baru-baru ini. Najib telah
meminta rakyat mengambil contoh rakyat Amerika dengan mengekalkan
kerajaan penyandang di negara ini. Saya telah menulis tentang isu ini
dan kali ini saya ingin menulisnya sekali lagi.


"Sepertimana
yang disebut oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berdasarkan
tinjauan yang dibuat oleh sebuah kumpulan kajian politik dari sebuah
universiti awam, sokongan pengundi Melayu di Johor meningkat antara tiga
hingga lima peratus.
Katanya
lagi, kemenangan sesuatu parti di kawasan tersebut bergantung kepada
pengundi atas pagar termasuklah mereka yang membuat keputusan pada saat
akhir.
Beliau
juga berkata tindakan Pakatan menamakan calon Melayu sebagai menteri
besar Johor, turut memberi impak "positif" peralihan sokongan pengundi
terutama golongan muda dan kelas pertengahan.
