13 Muharram 1433H. [MOD] -
SIASAT...unit penyiasatan bomba menjalankan siasatan di lokasi kejadian, semalam.
TAWAU: Seorang suami hanya mampu meraung kesedihan apabila isterinya
yang sakit dan tidak mampu bergerak, rentung dalam kebakaran rumah
mereka di Jalan Hamzah, Batu 8, Ranggu, dekat sini, semalam.
Lebih menyedihkan, ketika kebakaran berlaku jam 9 pagi, suami
terbabit hanya dikenali sebagai Robert, 30, keluar mengambil wang gaji
yang ingin digunakan bagi menyewa kereta untuk membawa isterinya,
Rensiana Bara, 25, ke hospital.
Sekembali ke rumah, Robert terkejut dan hanya mampu meratap
kematian Rensiana yang mayatnya ditemui rentung dalam keadaan telentang
di bilik tidur.
Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak.
Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri, tetapi gagal kerana kedua-dua kakinya yang sakit dan membengkak menyebabkan dia tidak mampu bergerak.
Seorang ahli keluarga mangsa dikenali sebagai Romanus, 50, berkata mangsa sakit sejak beberapa hari lalu dan tidak mampu bergerak.
metro-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan