PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan
hari ini memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan
Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata
Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II,
Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahmood berkata, Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.
Pada 14 November lepas, Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, juga kakitangan kementerian, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan