KUALA LUMPUR: Biarpun
tidak dibenar masuk ke Malaysia, taklimat skandal Scorpene oleh peguam
Perancis di sebuah hotel di Singapura hari ini akan disiar secara
langsung menerusi internet.
Inisiatif siaran itu dibuat oleh sebuah NGO yang berkempen dalam isu itu iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Siaran langsung itu akan dipancarkan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) , tepat jam 12.00 tengahari ini.
"SAMM menyediakan ruangan awam untuk siaran secara LIVE dari Singapura untuk sepanjang sesi taklimat peguam Perancis.
"Jadilah antara rakyat Malaysia terawal yang mengikuti taklimat ini dengan hadir ke KLSCAH jam 12 tengahari ini," kata NGO itu dalam satu kenyataan.
Satu sidang media juga akan diadakan setelah tamat sesi taklimat tersebut.

harakah/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan