13 Muharram 1433H. [MOD] -
BESAR...Jamal duduk di atas pari 200kg yang ditangkapnya, semalam.
MUKAH: Jeti perahu tambang di tebingan Mukah, di sini, menjadi
tumpuan orang ramai yang ingin menyaksikan seekor ikan pari gergasi
seberat kira-kira 200 kilogram yang ditangkap seorang nelayan, semalam.
Lebih menarik perhatian, pari ditangkap Jamal Saini, 38, nelayan
dari Kampung Litong itu dikatakan kudung kerana tidak mempunyai ekor.
Menurut Jamal, dia keluar ke laut bersendirian kira-kira jam 6
pagi menggunakan enjin sangkut 30 kuasa kuda dan mula memasang pukat
tidak jauh dari pantai Kampung Penipah, di sini.
“Kira-kira jam 8 pagi, saya terkejut apabila mendapati pukat tiba-tiba disentap sesuatu objek besar menyebabkan bot saya nyaris tenggelam kerana dimasuki air.
“Kira-kira jam 8 pagi, saya terkejut apabila mendapati pukat tiba-tiba disentap sesuatu objek besar menyebabkan bot saya nyaris tenggelam kerana dimasuki air.
“Saya gunakan pukat untuk menangkap udang dan pada mulanya saya menyangka mungkin ikan yu yang masuk ke dalam pukat,” katanya.
metro/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan