13 Muharram 1433H. [MOD] -
KUALA TERENGGANU – Siapa sangka, kos menghasilkan lukisan yang kurang
daripada RM100 mampu dijual dengan harga lumayan sehingga memberi
kepuasan kepada peminatnya.
Pelukis, Dr Abdullah Sani Kamaluddin, 59, berkata, lukisannya dijual mencecah RM250 hingga RM6,000 satu unit bertemakan ilusi dan realiti memberi semangat baru kepadanya yang melihat lukisan kurang mendapat sambutan di Terengganu.
Bertitik tolak daripada itu, pensyarah sambilan Fakulti Reka Bentuk Perindustrian di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) ini meneruskan impiannya membina sebuah galeri yang mampu mempamerkan dan menjual hasil seninya.
“Tiga bulan lalu, saya mula terfikir negeri ini kurang galeri seni yang memaparkan hasil seni pelukis termasuk lukisan saya sendiri.
“Di rumah, lukisan ini hanya diletakkan di bawah tangga kerana tiada galeri khusus yang dapat dipamerkan,” katanya kepada Sinar Harian.
Dek ketiadaan galeri, Abdullah sering mempamerkan lukisannya di hotel termasuk Hotel Renaissance, Kota Sri Mutiara, Kota Bharu, Kelantan.
Akhirnya setelah puas memikirkan cara terbaik mengumpulkan hasil seni itu di suatu tempat, dia mula mengintai peluang membuka sebuah galeri miliknya yang boleh menarik orang ramai terutama pelancong ke Terengganu dan dia berjaya merealisasikannya.

“Sebenarnya galeri sebegini memainkan peranan penting untuk memajukan
negeri ini walaupun sesetengah pendapat menyatakan ia sebagai kerja
tidak popular,” katanya.
Menurutnya, hanya orang berjiwa seni mampu menilai makna di sebalik
lukisan dan hakikatnya, satu unit lukisan yang dijual sudah mampu untuk
membayar sewa galerinya berjumlah RM800 setiap bulan.
“Walaupun pada mulanya keputusan untuk membuka galeri ini mendapat
tentangan keluarga, namun saya yakin ia pasti berjaya,” katanya.
Abdullah berkata, galeri miliknya, Ganu D’Art Gallery membabitkan kos
hampir RM20,000 itu mempamerkan lebih kurang 90 jenis lukisan ilusi dan
realiti hasil tangannya.
Ditanya berhubung tema dipilih, Abdullah berkata, kebanyakan pelanggan atau orang ramai lebih gemar melihat atau membeli lukisan bertemakan ilusi serta realiti, sehingga mendorongnya menghasilkan lukisan sedemikian.
Menurutnya, galeri yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, Khamis lalu turut mengadakan pameran silih berganti karya seniman lain yang terdapat dalam negara.

Abdullah yang pernah menerima pengiktirafan Philip Morris Group of Componies Malaysia/Asean Art Awards 1997 turut melahirkan hasratnya untuk meletakkan lawatan berjadual ke galerinya dalam kalendar pelancongan negeri ini sempena Tahun Melawat Terengganu.
sinar/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan